KL Wangan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
KL Wangan
PengarahPekin Ibrahim
PenulisPekin Ibrahim
Dihasilkan oleh
  • Rain Aziz
  • Sean Rahman
  • Pekin Ibrahim
  • Abu Zarin Haron (eksekutif)
Dibintangi
Muzik olehSebastien Pan
Syarikat
penerbitan
Centro Pictures
Diedarkan olehSkop Productions
Tarikh tayangan
  • 21 Disember 2017 (2017-12-21) (Malaysia)
Masa tayangan
90 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 7.1 juta
Pecah panggungRM 1 juta

KL Wangan (juga dikenali sebagai KL Wangan: Bikin Gempak) merupakan filem aksi Malaysia 2017 diarahkan oleh Pekin Ibrahim.[1] Ia merupakan filem kedua arahannya selepas Mat Moto, dibintangi oleh Pekin sendiri, Faizal Hussein, Kazuto Soon dan Emily Lim.[2]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Filem ini berkisarkan tentang Hong dan Yudi yang berkongsi sejarah mengenai lumba kereta jalanan, dari kereta biasa sehinggalah kereta berkuasa tinggi. Selepas bertahun membawa haluan masing-masing, kedua-dua sibuk mengembangkan perniagaan mereka. Satu hari, mereka secara tidak sengaja bertemu semula di satu perlumbaan tanpa menyedari mereka bersaing sesama sendiri.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon undangan[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

KL Wangan merupakan filem kedua arahan Pekin Ibrahim di dalam kerjayanya sebagai pengarah filem dan ia juga filem sulung terbitan syarikat miliknya, Centrino Pictures. "Wangan" ialah perkataan bahasa Mandarin atau Cina yang bermaskud pelumba malam. Menurut laporan Harian Metro, kos pembikinan filem ini dianggarkan berjumlah RM7.1 juta dengan penambahan hampir mencecah RM200, 000 dari jumlah kos asal.[3]

Filem ini menampilkan penampilan khas daripada ramai pelakon terkenal termasuk Dato' Yusof Haslam dan juga pelakon aksi Indonesia, Donny Alamsyah yang pernah membintangi filem Merantau dan The Raid. Ditanya mengenai pemilihan Donny sebagai pelakon untuk filem arahannya, Pekin berkata beliau bertemu dengan Donny semasa Festival Filem Antarabangsa Asia (AIFFA) yang diadakan di Sarawak. Faizal Hussein yang terkenal dengan peranan lakonan drama dan filem, memegang watak sebagai Yudi, beliau mengakui watak Yudi merupakan sesuatu yang menjadi kehendaknya ketika proses pra-penerbitan filem ini dijalankan. Ini merupakan kali kedua beliau dan Pekin bekerjasama selepas Bunohan. [4] Kereta yang digunakan dalam filem Fast & Furious membuat kemunculan khas dalam filem ini.[5]

Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]

KL Wangan telah ditayangkan secara rasmi pada 21 Disember 2017 di pawagam seluruh Malaysia. Bagi mempromosikan filem ini, Pekin mengetuai sesi jelajah promosi bersama barisan pelakon di 20 lokasi menarik di seluruh negara.[6]

Muzik[sunting | sunting sumber]

Lagu tema filem ini menggunakan judul sama, dinyanyikan oleh Altimet.[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "KL Wangan sarat aksi mendebarkan". Kosmo! Online. 17 Disember 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-22. Dicapai pada 22 Disember 2017.
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-04. Dicapai pada 2018-01-04.
  3. ^ Amirul Haswendy Ashari (15 Julai 2017). "Kos KL Wangan cecah RM7.1 juta". Harian Metro. Dicapai pada 22 Disember 2017.
  4. ^ "KL Wangan: Yudi watak idaman Faizal Hussein". Youth Bernama. 8 Disember 2017. Dicapai pada 22 Disember 2017.
  5. ^ "Cars from Fast & Furious featured in KL Wangan". Yahoo! News. 26 Ogos 2016. Dicapai pada 22 Disember 2017.
  6. ^ Wawann Mohd (2 Januari 2018). "Pekin bawa pelakon KL Wangan temui penonton". Sinar Harian. Dicapai pada 2 Januari 2018.
  7. ^ Wawann Mohd (21 Disember 2017). "OST KL Wangan". Sinar Harian. Dicapai pada 22 Disember 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]