Kampung Abau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kampung Abau
Kampung Abau is located in Bumi
Kampung Abau
Kampung Abau (Bumi)
Koordinat: 6°15′01″N 100°31′10″E / 6.25031°N 100.51947°E / 6.25031; 100.51947Koordinat: 6°15′01″N 100°31′10″E / 6.25031°N 100.51947°E / 6.25031; 100.51947[1]
NegaraMalaysia
NegeriKedah
DaerahPadang Terap
MukimPadang Temak
Kawasan parlimenPadang Terap
Kawasan negeriKuala Nerang
Pentadbiran
 • Kerajaan tempatanMajlis Daerah Padang Terap
Aras
40 m (130 ft)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (tiada)
Poskod
06300 Kuala Nerang
Kod kawasan+604
Plat pendaftaran kenderaanK

Kampung Abau (Jawi: كامڤوڠ اباو), juga dieja sebagai Kampong Abau merujuk kepada sebuah kampung di barat Daerah Padang Terap, salah satu daerah di Kedah, Malaysia.[1][2] Ia secara rasmi merupakan salah satu pembahagian pentadbiran kampung di bawah Mukim Padang Temak dan terletak kira-kira 400 kilometer (248.5 bt) ke arah utara dari ibu negara Malaysia, iaitu Kuala Lumpur.[1][3] Poskod bagi Kampung Abau ialah 06300 Kuala Nerang.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Tinjauan awal mengenai kewujudan Kampung Abau telah dilakukan pada November 1930 oleh Jabatan Ukur Negeri-negeri Melayu Bersekutu (FMS Survey), di mana telah membuktikan bahawa kependudukan di Kampung Abau telah dimulakan sejak tahun 1930-an. Nama "Kampung Abau" turut didokumentasikan dalam peta topografi Malaya 1945 berskala 1:63,360, di garisan utaraan 21 dan garisan timuran 71 (rujukan grid RG2171, dengan nama Kg. Abau).[3] Kedudukan koordinat mengenai Kampung Abau pula direkodkan dalam gazetir, "Gazetter (No. 11) – Malay States" yang diterbitkan pada tahun 1944, karya Pejabat Hidrografik, Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat dengan kedudukan koordinat di 6°15′N 100°31′E / 6.250°N 100.517°E / 6.250; 100.517.[2]

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Kampung Abau secara rasmi merupakan salah satu kampung dalam pentadbiran Mukim Padang Temak, iaitu mukim di barat Daerah Padang Terap.[3]

Geografi[sunting | sunting sumber]

Topografi kawasan[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan topografi kawasan setempat, Kampung Abau terletak di kawasan tanah pamah, di anggaran ketinggian dari min aras laut mencecah 40 meter (131.2 ka).[1] Terdapat beberapa ciri-ciri pandang darat fizikal seperti sungai dan bukit yang berhampiran dengan Kampung Abau. Antara bukit-bukau yang terletak berhampiran dengan Kampung Abau ialah Bukit Kerbau Berguling dan Bukit Tiang Bahru di bahagian barat laut, Bukit Mah Baru di bahagian utara, Bukit Genting Tok Menara dan Bukit Pasai di bahagian barat daya serta Bukit Perupok di bahagian tenggaranya.[3] Kampung Abau juga merupakan salah satu petempatan di pesisiran Sungai Padang Terap. Charok Alor Yoi yang berpunca dari Bukit Batu Puteh, bermuara di likuan Sungai Padang Terap terletak di kampung ini. Muara bagi Charok Kuala Tangla dan Sungai Tanglak terletak di utara kampung ini dalam beberaoa meter sahaja.[3][4]

Petempatan sekitar[sunting | sunting sumber]

Petempatan yang terdekat dengan Kampung Abas ialah:[1][3][4]

Pekan pentadbiran yang berhampiran dengan Kampung Abau ialah Pekan Bukit Tembaga, di selatan Kampung Abau.[3]

Meteorologi[sunting | sunting sumber]

Iklim di sekitar kawasan Kampung Abau ialah iklim monsun tropika (dikelaskan sebagai Am dalam pengelasan iklim Köppen). Purata suhu di Kampung Abau untuk tahun 2000 sehingga 2005 ialah 27.2 °C (81.0 °F). Dalam rekod, purata bulan yang paling panas dalam tahun 2000–2005 ialah Mei dengan suhu mencecah 28.1 °C (82.6 °F) dan bulan paling sejuk ialah Disember dengan suhu 26.2 °C (79.2 °F).[5][6] Purata pembentukan kerpasan iaitu air hujan turun di sekitar kawasan ini adalah 2,188 milimeter (86.1 in) pertahunnya. Bulan Oktober merekodkan bulan pembentukan kerpasan yang tinggi iaitu, sebanyak 344.3 milimeter (13.6 in) manakala bulan yang paling rendah pembentukannya pula terjadi pada bulan Feburari dengan 33.9 milimeter (1.3 in).[5][7]

Kependudukan[sunting | sunting sumber]

Terdapat lima buah rumah yang dianggarkan dalam kawasan Kampung Abau, dengan pola petempatan berjenis petempatan berselerak, dalam peta FMS Survery. Beberapa kawasan di perkampungan ini terutama di bahagian timur telah dijadikan sebagai kawasan penanaman sawah padi (atau bendang) terbuka yang ditanam di lembah anak sungai Sungai Padang Terap oleh penduduk setempat. Beberapa kawasan Kampung Abau juga dijadikan sebagai ladang penanaman. Sumber ekonomi penduduk setempat hanya bergantung kepada sektor pertanian sahaja.[3] Pemerhatian bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira 25 ke 250 orang yang mendiami di sekitar kawasan Kampung Abau perkilometer perseginya, yang dikategorikan sebagai taburan penduduk sederhana–jarang.[8][9] Kawasan perkampungan Kampung Abau dilitupi oleh kawasan tanah yang dicampur kegunaannya iaitu industri pertanian seperti kelapa sawit dan padi, petempatan manusia, kawasan perhutanan, dan padang ragut.[8][10] Kampung Abau dahulunya dihubungkan dengan petempatan lain dengan jalan tanah sahaja.[3]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e "Kampung Abau, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 20 April 2023. Dicapai pada 20 April 2023.
  2. ^ a b Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat (Oktober 1944). Gazetter (No. 11) – Malay States [Gazetir (Ke-11) Tanah Melayu] (dalam bahasa Inggeris). Washington: US Goverment Printing Office. m/s. 27. Dicapai pada 20 Februari 2020.
  3. ^ a b c d e f g h i Survey Department of Federated Malay States dan Survey of India (September 1943) (dalam bahasa Inggeris). Malay Peninsula 1945 – Kedah (Parts of Padang Terap, Sik and Kota Star District) (Peta). 1:63,360. HIND 1035: Lembaran 2E/15 (Gajah Mati) (2 ed.). Kedah, Malaysia.
  4. ^ a b Survey Department of Federated Malay States dan Survey of India (Mac 1945) (dalam bahasa Inggeris). Malay Peninsula 1945 – Kedah (Parts of Padang Terap, Kubang Pasu and Kota Star District) (Peta). 1:63,360. HIND 1035: Lembaran 2E/11 (3 ed.). Kedah, Malaysia.
  5. ^ a b Laura Zepner; Pierre Karrasch; Felix Wiemann; Lars Bernard (2021). "ClimateCharts.net". International Journal of Digital Earth (dalam bahasa Inggeris). Technical University of Dresden. 14 (3): 338–356. doi:10.1080/17538947.2020.1829112. Dicapai pada 10 Februari 2023.
  6. ^ Yun Fan; Huug van den Dool (12 Januari 2008). "A global monthly land surface air temperature analysis for 1948–present" (dalam bahasa Inggeris). Journal of Geophysical Research, Global Historical Climatology Network. doi:10.1029/2007JD008470. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  7. ^ Schneider, Udo; Becker, Andreas; Finger, Peter; Rustemeier, Elke; Ziese, Marku (2020). "GPCC Full Data Monthly Product Version 2020 at 0.5°: Monthly Land-Surface Precipitation from Rain-Gauges built on GTS-based and Historical Data" (dalam bahasa Inggeris). Deutscher Wetterdienst, Jerman: Global Precipitation Climatology Centre. doi:10.5676/DWD_GPCC/FD_M_V2020_050.
  8. ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.
  9. ^ Center for International Earth Science Information Network; Columbia University (2015). "Gridded Population of the World, Version 4 (GPWv4): Population Density" [Populasi Dunia Bergrid, Versi 4 (GPWv4): Kepadatan Penduduk]. Sosioeconomic Data and Application Center (SEDAC), NASA (dalam bahasa Inggeris). NASA. doi:10.7927/H49C6VHW. Dicapai pada 21 Februari 2023.
  10. ^ Ellis; E.C.; K.K. Goldewijk; S. Siebert; D. Lightman; N. Ramankutty (2000). "Anthropogenic Biomes of the World, Version 2" [Bioma Antropogenik Dunia, Versi 2] (dalam bahasa Inggeris). Socioeconomic Data and Applications Center (SEDAC), NASA. doi:10.7927/H4D798B9. Dicapai pada 12 Februari 2023. Cite journal requires |journal= (bantuan)