Kampung Bukit Buloh Kechil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kampung Bukit Buloh Kechil
Kampung Bukit Buloh Kechil is located in Bumi
Kampung Bukit Buloh Kechil
Kampung Bukit Buloh Kechil (Bumi)
Koordinat: 6°15′50″N 100°39′25″E / 6.264°N 100.657°E / 6.264; 100.657Koordinat: 6°15′50″N 100°39′25″E / 6.264°N 100.657°E / 6.264; 100.657[1]
NegaraMalaysia
NegeriKedah
DaerahPadang Terap
MukimPadang Terap Kanan
Kawasan parlimenPadang Terap
Kawasan negeriKuala Nerang
Pentadbiran
 • Kerajaan tempatanMajlis Daerah Padang Terap
 • Ahli Parlimen (Padang Terap)Nurul Amin Hamid (PN)
Aras
52 m (171 ft)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (tiada)
Poskod
06300 Kuala Nerang
Kod kawasan+604
Plat pendaftaran kenderaanK

Kampung Bukit Buloh Kechil (Jawi: كامڤوڠ بولوه كچيل), juga dieja sebagai Kampong Bukit Buloh Kechil dan Kampung Bukit Buloh Kecik dalam Pelat Utagha merujuk kepada sebuah kampung yang ditinggalkan di dalam kawasan pentabdiran Mukim Padang Terap Kanan, di tengah Daerah Padang Terap, salah satu daerah di Kedah, Malaysia.[1][2] Poskod bagi Kampung Bukit Buloh Kechil ialah 06300 Kuala Nerang.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Tinjauan awal mengenai kewujudan Kampung Bukit Buloh Kechil telah dilakukan pada September 1928 oleh Jabatan Ukur Negeri-negeri Melayu Bersekutu (FMS Survey), di mana telah membuktikan bahawa kependudukan di Kampung Bukit Buloh Kechil telah dimulakan sejak tahun 1920-an. Nama "Kampung Bukit Buloh Kechil" turut didokumentasikan dalam peta topografi Malaya 1945 berskala 1:63,360, di garisan utaraan 38 dan garisan timuran 74 (rujukan grid RG3874, dengan nama Kg. Bt. Buloh Kechil).[3][4] Kedudukan koordinat mengenai Kampung Bukit Buloh Kechil pula direkodkan dalam gazetir, "Gazetter (No. 11) – Malay States" yang diterbitkan pada tahun 1944, karya Pejabat Hidrografik, Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat dengan kedudukan koordinat di 6°16′N 100°40′E / 6.267°N 100.667°E / 6.267; 100.667.[2]

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Kampung Bukit Buloh Kechil secara rasmi merupakan salah satu kampung dalam pentadbiran Mukim Padang Terap Kanan, iaitu mukim di kawasan pedalaman Daerah Padang Terap.[3][4]

Geografi[sunting | sunting sumber]

Map
Peta kawasan Kampung Bukit Buloh Kechil dengan kawasan sekitar dalam radius 2 kilometer (1.2 bt)

Berdasarkan bentuk muka bumi kawasan setempat, Kampung Bukit Buloh Kechil terletak di kawasan tanah pamah, di ketinggian dari min aras laut mencecah 50–52 meter (164.0–170.6 ka).[1] Terdapat beberapa ciri-ciri pandang darat fizikal seperti sungai dan bukit yang berhampiran dengan Kampung Bukit Buloh Kechil. Titik tertinggi di persekitaran Kampung Bukit Buloh Kechil ialah terletak di baratnya, yang dikenali sebagai Bukit Buloh, dengan ketinggian mencecah 189 meter (620.1 ka) dari aras laut. Di samping itu juga, sungai yang berhampiran dengan perkampungan ini ialah Sungai Lubok Labi, yang berpunca dari Bukit Langsat, hanya di timur dari Kampung Bukit Buloh Kechil.[3][4] Ia terletak kira-kira 400 kilometer (248.5 bt) ke arah utara dari ibu negara Malaysia, iaitu Kuala Lumpur.

Kampung Bukit Buloh Kechil terletak di bahagian tengah Daerah Padang Terap dalam bahagian selatan Mukim Padang Terap Kanan, dekat sempadan zon pentabdiran Mukim Pedu. Petempatan yang terdekat dengan Kampung Bukit Buloh Kechil iaitu, Kampung Tanjung Kiri dan Kampung Tanjung Kanan di bahgaian bart laut, Kampung Lubok Labi, Kampung Tanjong Seberang dan Kampung Bendang Padang di bahagian utara, Kampung Bukit Baling, Kampung Lubok Keriang dan Kampung Rawa di bahagian timur laut, Kampung Bukit Langsat dan Kampung Tanah Merah di bahagian timur, Kampung Padang Setol di bahagian tenggara, Kampung Bukit Buloh Besar, Kampung Bukit Buluh dan Kampung Kandang di bahagian selatan serta Kampung Pengkalan Besar, Kampung Bukit Kura dan Kampung Banggol di bahagian barat daya.[1][3][4] Pekan yang berhampiran dengan Kampung Bukit Buloh Kechil ialah Pekan Kampung Tanjung, di tenggaranya.[3][4]

Klimatologi[sunting | sunting sumber]

Iklim di sekitar kawasan Kampung Bukit Buloh Kechil ialah iklim monsun tropika (dikelaskan sebagai Am dalam pengelasan iklim Köppen). Purata suhu di Kampung Bukit Buloh Kechil untuk tahun 1995 sehingga 2005 ialah 27.1 °C (80.8 °F). Dalam rekod, purata bulan yang paling panas dalam tahun 1005–2005 ialah Mei dengan suhu mencecah 28.1 °C (82.6 °F) dan bulan paling sejuk ialah Disember dengan suhu 26.0 °C (78.8 °F).[5][6] Purata pembentukan kerpasan iaitu air hujan turun di sekitar kawasan ini adalah 2,179 milimeter (85.8 in) pertahunnya. Bulan Oktober merekodkan bulan pembentukan kerpasan yang tinggi iaitu, sebanyak 341.6 milimeter (13.4 in) manakala bulan yang paling rendah pembentukannya pula terjadi pada bulan Januari dengan 55.3 milimeter (2.2 in).[5][7] Dalam data dari Global Historical Climatology Network, bulan April dan Mei pada tahun 1998 merupakan bulan yang paling panas dengan suhu mencecah 29.3 °C (84.7 °F) manakala bulan paling sejuk terjadi pada bulan Disember tahun 1996, dengan suhu mencapai 25.2 °C (77.4 °F), dalam lingkungan tahun 1995 hingga 2005. Bulan Mac pada tahun 1996 mencatatkan bulan kemarau di kawasan ini, dengan pembentukan kerpasan sebanyak 11.8 milimeter (0.5 in) sahaja, manakala bulan yang paling banyak menerima pembentukan kerpasan dalam bentuk air hujan ialah Oktober tahun 2003, dengan jumlah sebanyak 511 milimeter (20.1 in).[5][6][7]

Kependudukan[sunting | sunting sumber]

Terdapat 10 buah rumah yang dianggarkan dalam kawasan Kampung Bukit Buloh Kechil, dengan pola petempatan berjenis petempatan berselerak, dalam peta FMS Survery. Beberapa kawasan di perkampungan ini terutama di bahagian timur telah dijadikan sebagai kawasan penanaman sawah padi (atau bendang) terbuka yang ditanam oleh penduduk setempat, dengan menggunakan air dari Sungai Lubok Labi. Beberapa kawasan Kampung Bukit Buloh Kechil juga dijadikan sebagai ladang kelapa sawit.[3][4] Pemerhatian bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira 25 ke 250 orang yang mendiami di sekitar kawasan Kampung Bukit Buloh Kechil perkilometer perseginya, yang dikategorikan sebagai taburan penduduk sederhana–jarang.[8][9] Kawasan perkampungan Kampung Bukit Buloh Kechil kini dilitupi oleh kawasan tanah yang dicampur kegunaannya iaitu industri pertanian seperti kelapa sawit dan padi, petempatan manusia, kawasan perhutanan, dan padang ragut.[10][11]

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Kampung Bukit Buloh Kechil dahulunya dihubungkan dengan petempatan lain dengan jalan tanah sahaja.[3][4]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d "Kampung Bukit Buloh Kechil, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 8 April 2023. Dicapai pada 8 April 2023.
  2. ^ a b Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat (Oktober 1944). Gazetter (No. 11) – Malay States [Gazetir (Ke-11) Tanah Melayu] (dalam bahasa Inggeris). Washington: US Goverment Printing Office. m/s. 27. Dicapai pada 20 Februari 2020.
  3. ^ a b c d e f g Survey Department of Federated Malay States, Survey of India (Mac 1945) (dalam bahasa Inggeris). Malay Peninsula 1945 – Kedah (Parts of Padang Terap, Kubang Pasu and Kota Star District) (Peta). 1:63,360. HIND 1035: Lembaran 2E/11. Kedah, Malaysia.
  4. ^ a b c d e f g Survey Department of Federated Malay States, Great Britain War Office General Staff (Mac 1949) (dalam bahasa Inggeris). Malay Peninsula 1945 – Kedah (Parts of Padang Terap, Kubang Pasu and Kota Star District) (Peta). 1:63,360. GSGS 4203: Lembaran 2E/11. Kedah, Malaysia.
  5. ^ a b c Laura Zepner; Pierre Karrasch; Felix Wiemann; Lars Bernard (2021). "ClimateCharts.net – Kampung Bukit Kura, Kedah, Malaysia". International Journal of Digital Earth (dalam bahasa Inggeris). Technical University of Dresden. 14 (3): 338–356. doi:10.1080/17538947.2020.1829112. Dicapai pada 10 Februari 2023.
  6. ^ a b Yun Fan; Huug van den Dool (12 Januari 2008). "A global monthly land surface air temperature analysis for 1948–present" (dalam bahasa Inggeris). Journal of Geophysical Research, Global Historical Climatology Network. doi:10.1029/2007JD008470. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  7. ^ a b Schneider, Udo; Becker, Andreas; Finger, Peter; Rustemeier, Elke; Ziese, Marku (2020). "GPCC Full Data Monthly Product Version 2020 at 0.5°: Monthly Land-Surface Precipitation from Rain-Gauges built on GTS-based and Historical Data" (dalam bahasa Inggeris). Deutscher Wetterdienst, Jerman: Global Precipitation Climatology Centre. doi:10.5676/DWD_GPCC/FD_M_V2020_050.
  8. ^ "NASA Earth Observations: Population Density" [Pemerhatian Bumi NASA: Kepadatan Penduduk]. NASA/SEDAC (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2016.
  9. ^ Center for International Earth Science Information Network; Columbia University (2015). "Gridded Population of the World, Version 4 (GPWv4): Population Density" [Populasi Dunia Bergrid, Versi 4 (GPWv4): Kepadatan Penduduk]. Sosioeconomic Data and Application Center (SEDAC), NASA (dalam bahasa Inggeris). NASA. doi:10.7927/H49C6VHW. Dicapai pada 21 Februari 2023.
  10. ^ "NASA Earth Observations: Land Cover Classification" [Pemerhatian Bumi NASA: Klasifikasi Penutup Bumi] (dalam bahasa Inggeris). NASA/MODIS. Dicapai pada 30 Januari 2016.
  11. ^ Ellis; E.C.; K.K. Goldewijk; S. Siebert; D. Lightman; N. Ramankutty (2000). "Anthropogenic Biomes of the World, Version 2" [Bioma Antropogenik Dunia, Versi 2] (dalam bahasa Inggeris). Socioeconomic Data and Applications Center (SEDAC), NASA. doi:10.7927/H4D798B9. Dicapai pada 12 Februari 2023. Cite journal requires |journal= (bantuan)