Kejaksaan Agung Republik Indonesia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Lambang Kejaksaan Agung Republik Indonesia

Kejaksaan Agung Republik Indonesia (disingkat Kejagung) ialah lembaga teratas dalam kejaksaan negara tersebut yang melaksanakan kekuasaan negara secara bebas dalam bidang penuntutan serta bidang kuasa yang lain berdasarkan undang-undang meliputi wilayah kekuasaan negara Indonesia.

Badan ini, Kejaksaan Tinggi (berkedudukan di ibu kota provinsi dan daerah hukumnya meliputi wilayah provinsi) serta Kejaksaan Negeri (berkedudukan di ibu kota kabupaten/kota dan daerah hukumnya meliputi wilayah kabupaten/kota) merupakan kekuasaan negara khususnya di bidang penuntutan, di mana semuanya merupakan satu kesatuan yang utuh yang tidak dapat dipisahkan.

Ketua penjawat ini, seorang Jaksa Agung (setaraf seorang Ketua Hakim Negara di negara-negara Nusantara lain) dipertanggungjawabkan memimpin dan mengendalikan pelaksanaan tugas dan bidang kuasa Kejaksaan Agung Republik Indonesia. Beliau dilantik dan diberhentikan oleh Presiden Republik Indonesia. Penjawat terkini ialah Muhammad Prasetyo.

Tugas dan bidang kuasa[sunting | sunting sumber]

Dalam bidang jenayah, Kejaksaan Agung mempunyai tugas dan bidang kuasa untuk:

  • mengemukakan tuduhan;
  • menjalankan keputusan mahkamah yang telah memperoleh kekuatan undang-undang tetap;
  • mengawasi pelaksanaan sebarang keputusan mahkamah terhadap jenayah, baik keputusan bersyarat, keputusan pengawasan, mahupun keputusan pembebasan bersyarat;
  • menyiasat jenayah-jenayah tertentu berdasarkan undang-undang; dan
  • melengkapi perkara-perkara tertentu dan untuk itu, boleh melakukan pemeriksaan tambahan sebelum diserahkan ke mahkamah.

Dalam bidang undang-undang sivil dan pentadbiran negara, Kejaksaan Agung dengan kuasa khususnya boleh bertindak, baik di dalam mahkamah mahupun di luar, untuk dan atas nama negara atau pemerintah.

Dalam bidang ketertiban dan ketenteraman awam, Kejaksaan Agung turut menyelenggarakan kegiatan-kegiatan seperti peningkatan kesedaran undang-undang masyarakat; pengamanan dasar-dasar penegakan undang-undang; pengawasan pengedaran barang-barang tercetak; pengawasan aliran kepercayaan yang dapat membahayakan masyarakat dan negara; pencegahan penyalahgunaan dan/atau penodaan agama; penelitian dan pengembangan undang-undang serta juga statistik jenayah.

Kejaksaan Agung boleh meminta hakim supaya menempatkan seorang tertuduh di rumah sakit, hospital kesihatan mental, atau tempat-tempat lain yang sesuai kerana yang tertuduh tidak mampu berdiri sendiri atau disebabkan oleh hal-hal yang dapat membahayakan orang lain atau dirinya sendiri. Kejaksaan Agung juga boleh memberikan pertimbangan dalam bidang undang-undang kepada para pemerintah yang lain.


Kejaksaan Republik Indonesia

Lembaga: Kejaksaan Agung | Kejaksaan Tinggi | Kejaksaan Negeri
Penjawat: Pendakwa Agung | Pendakwa | Tri Krama Adyaksa

 
Jabatan dan Kementerian Negara Republik Indonesia
Bendera Indonesia

Kementerian Koordinator: Politik, Undang-undang dan Keamanan | Ekonomi | Kesejahteraan Rakyat
Jabatan: Dalam Negeri | Luar Negeri | Pertahanan | Undang-undang dan HAM | Kewangan | Tenaga dan Sumber Galian | Perindustrian | Perdagangan | Pertanian | Kehutanan | Perhubungan | Kelautan dan Perikanan | Tenaga Kerja dan Transmigrasi | Kerja Raya | Kesihatan | Pendidikan | Sosial | Agama | Kebudayaan dan Pelancongan | Komunikasi dan Maklumat
Kementerian Negara: Penyelidikan | Koperasi dan UKM | Lingkungan Hidup | Pemberdayaan Perempuan | Pencekapan Sistem Pemerintahan Negara | PPDT | Perancangan Pembangunan Nasional | BUMN | Perumahan Rakyat | Pemuda dan Olahraga
Setingkat Menteri: Sekretariat Negara | Sekretariat Kabinet | Kejaksaan