Keluarga Diraja Savoy

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Keluarga Diraja Savoy
Negara
Estates
Gelaran
Diasaskan1003; 1021 tahun yang lalu (1003)
PengasasHumbert I dari Savoy
Pemerintah terakhirUmberto II dari Itali
Ketua terkiniKonflik:
Deposition12 Jun 1946: Umberto II dan kerabat dirajanya dipaksa angkat kaki dari Itali kerana isi daripada referendum Itali 1946
Cabang kadet

Keluarga Diraja Savoy (Itali: Casa Savoia) ialah sebuah keluarga aristokrat Itali (secara rasmi sebuah dinasti) yang diasaskan pada tahun 1003 di wilayah Savoy, semenanjung Itali bahagian utara. Seiras dengan berjalannya masa, keluarga itu menguatkan kuasanya dengan mengilhak daerah Alpine di barat laut Itali dan menguatkan pengaruhnya di Itali Selatan. Putera keluarga diraja berkahwin dengan puteri dari Kerajaan Sicily, tidak lama selepasnya Savoy menaklukan dari dalam pentadbiran di kerajaan itu pada tahun 1713.

Kerajaan Sardinia yang sebelumnya hanya kerajaan dengan wilayahnya hanya pulau-pulau kecil, diasaskan sebagai tempat bermastautin yang selesa bagi ahli keluarga diraja sederum awal mula penyatuan itali menjadi satu kerajaan padu di bawah kekuasaan keluarga diraja Savoy.

Dari ranting pokok salah satu keluarga, Keluarga Diraja Ranting Savoy-Carignano, diraja itu memimpin penyatuan Itali pada 1861 dan memerintah Kerajaan Itali sehingga 1946; mereka juga pernah memerintah Kerajaan Sepanyol secara ringkas pada abad ke-19. Raja-raja Itali dari zuriat Savoy ialah Victor Emmanuel II, Umberto I, Victor Emmanuel III, dan Umberto II. Raja terakhir sempat memerintah selama pemerintah Fasis Mussolini sehingga pemadaman monarki pada referendum Itali 1946. Bentuk kerajaan bertukar kepada republik dan ahli diraja kehilangan kuasa politik. Saki baki daripada Savoy terpaksa harus meninggalkan Itali dan hanya boleh pulang dengan syarat, tidak boleh menjadi pemimpin bangsa Itali semula sampai masa yang belum pasti.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Nama keluarga diraja ini berasal daripada daerah Savoy yang berada di antara Pegunungan Alps, antara sempadan moden Perancis dan Itali. Seiras masa, mereka membina kuasa politik dengan mengilhak wilayah mengguna tentera, berkahwin dengan demang atau pesirah jiran yang lebih lemah ataupun berkongsi diplomatik.[2] Humbert I, Pesirah Savoy bahkan pada awalnya tidak menguasai daerah ini tetapi ketika pada masa sebelum pemadaman monarki tahun 1946, mempunyai hartanah di hampir seluruh Semenanjung Itali.

Awal penubuhan[sunting | sunting sumber]

Moyang keluarga ini ialah Humbert I, Pesirah Sabaudia (Umberto I "Biancamano"), (1003–1047 atau 1048). Merujuk kepada hikayat tempatan, Ayahanda Humbert berasal dari Sachsen,[3] beberapa sejarawan moden mengatakan bahawa dirinya berasal daripada Perdemangan Vienne.[4][5] Menurut cerita Sabaudia hanya daerah miskin, sebelum Maharaja Empayar memberikannya perkampungan-perkampungan Pegunungan Alps.

Salah satu putera Humbert, Otto, Pesirah Savoy meneruskan tahta 1051 selepas kematian Amadeus I, Pesirah Savoy dan berkahwin dengan Marchesa Adelaide dari Turin. Dari perkahwinan itu, Otto memiliki hak untuk mengklaim gelaran Marchesato Susa dan mengklaim bandar besar yaitu Turin dan Pinerolo ke dalam kuasa Savoy.[6]

Savoy memiliki perkampungan di Kaunti Vaud di Switzerland, tetapi Geneva menghad kaunti itu sehingga Bern yang berpakat dengan Geneva mengilhak tanah mereka di sana.

Hautecombe Abbey, tempat aristokrat keluarga ini dimakamkan

Perluasan, berundur dan kejayaan[sunting | sunting sumber]

Semasa Amadeus VIII, Demang Savoy berkuasa pada akhir abad ke-14, gelaran 'pesirah' sudah tidak pantas lagi disandang oleh pemimpin wilayah itu. Maharaja Empayar Rom Suci Sigismund memberikan gelar Demang Savoy pada tahun 1416.[7]

Peta Semenanjung Itali pada tahun 1494

Pada tahun 1494, Charles VIII dari Perancis hendak menyerang Kerajaan Napoli dengan melewati jakur darat dari wilayah perdemangan Savoy. Semasa tiba di Piemonte, Demang Savoy menggalakkan festival sebab kedatangan mereka.[8] Penghinaan daripada bawahan Empayar Rom Suci ini membuat angkara murka Maximilian I. Pada masa Charles V, tentera Empayar ditempatkan di Savoy untuk mengehadkan hal yang sama beberapa dekad sebelumnya.[9] François I dari Perancis mengilhak hampir seluruh wilayah Savoy pada tahun 1536. Bandar-bandar besar seperti Piemonte dan Turin tunduk hanya dalam masa 4 bulan,[10] Charles III memimpin dari saki baki kekuasaannya di daerah Vercelli.[10]

Emmanuel Philibert rasmi menjadi demang pada tahun 1553. Ia terpaksa mengabdi kepada Keluarga Diraja Habsburg yang semasa itu menguasai: Belanda Sepanyol, Kerajaan Sepanyol, Kerajaan Napoli, Empayar Rom Suci dan Empayar Austria. Felipe II sebagai Raja Sepanyol dan perwakilan daripada Diraja Habsburg berjanji akan menyokong Savoy mendapat wilayahnya semula jikalau Philibert layak di matanya. Felipe menunjuk Philibert sebagai ketua negara Belanda yang merupakan wilayah kepunyaan Habsburg dari tahun 1555 sehingga 1559.[11] Sebagai pemimpin Belanda, ia menjadi panglima tentera Sepanyol dalam penyerangan ke atas Perancis bahagian utara dan memenangi Pertempuran Santo Quentin (1557).[12] Selepas bersara sebagai pemimpin Belanda dan menjadi demang Savoy semula, Philibert memanfaatkan permusuhan Keluarga Diraja Bourbon menentang musuhnya bagi kepentingan perdemangannya. Ia menukar kedudukan bandaraya dari Chambéry kepada Turin.

Pada abad ke-17 populasi Turin meningkat secara cepat, Charles Emmanuel II menubuhkan pelabuhan bernama Nizza untuk keperluan bandar raya perdemangannya, selepasnya mengasas jalan baharu dari Pegunungan Alps menuju Perancis atau sebaliknya. Ia dikenal sebagai tokoh yang mahir dalam politik, ia memelihara kedamaian di wilayahnya sampai akhir usianya. Perang Warisan Sepanyol berlaku pada tahun 1701. Victor Amadeus awalnya memihak klaim Keluarga Diraja Bourbon, tetapi beberapa tahun selepasnya menyokong Keluarga Diraja Habsburg dan menyertai Perjanjian Utrecht. Sebagai bahagian daripada pakatan, Savoy mendapat imbalan berupa wilayah di timur laut Itali dan sebuah mahkota di Sicily. Savoy berkuasa tujuh tahun ke atas wilayah Kerajaan Sicilia (1713–20).

Penyatuan Semenanjung Itali ke bawah kepimpinan keluarga diraja[sunting | sunting sumber]

Peta Semenanjung Itali pada tahun 1796

Selepas mendapatkan wilayah Pulau Sicilia, Perdemangan Savoy untuk yang pertama kali dalam sejarah diakui sebagai raja berkuasa dan layak memakai mahkota di mata monarki Eropah lain, tetapi hanya 7 tahun sahaja. Akibat Perang Empat Pakatan Raya, Savoy dipaksa menukar wilayah Sicilia untuk Sardinia dan meskipun keluarga diraja mengalami penurunan kewangan, Savoy tetap menggalakkan misi politik mereka untuk menambah wilayah baharu ke dalam naungan. Mereka menyertai salah satu faksi dalam Perang Warisan Poland dan Perang Warisan Austria, Charles Emmanuel III dari Sardinia bahkan diberikan seluruh wilaah Perdemangan Milan, seperti apa yang dijanjikan Raja Austria.

Pada tahun 1792, kerajaan Piemonte-Sardinia menyertai Pakatan Anti-Perancis menentang pengaruh Republik Pertama Perancis. Tentera pakatan ditewaskan Napoleon di tahun yang sama 1796 by Napoleon dan Savoy harus menanda tangani Perjanjian Paris (1796), isi dari perjanjian itu ialah bahawa tentera Perancis boleh bebas melewati wilayah Piemonte. Dua tahun selepasnya, seorang Jeneral Divisyen bernama Berthélemy Catherine Joubert mengilhak Turin dan memaksa Charles Emmanuel IV merelakan tanah yang telah dikuasai oleh keluarga dirajanya selama beratus-ratus tahun lamanya dan bermastautin di Pulau Sardinia. Pengaruh Empayar Napoleon yang melemah selepas kegagalan di Pertempuran Leipzig, penguasa dari Savoy menubuhkan semula bekas wilayahnya dan merujuk kepada Kongres Vienna, Republik Genoa yang telah bersurai wilayah-wilayahnya akan dilakurkan ke dalam kepemilikan Savoy.

Ideologi bagi menyatukan Semenanjung Itali mula muncul selepas masa Napoleon, tokoh pro-penyatuan seperti Giuseppe Mazzini menyokong keluarga diraja Savoy dan Sardinia sebagai salah satu daripada kumpulan monarki yang mampu melakurkan semua faksi politik di Itali menjadi kesatuan padu. Terlebih-lebih sesudah kegagalan faksinya membina satu republik yang liberal pada revolusi negara-negara Itali 1848. Salah satu tokoh penting dari Kerajaan Sardinia dalam penyatuan negara Itali ialah perdana menteri Camillo Benso, Pesirah Cavour. Charles Albert mengasas satu konstitusi bernama Statuto Albertino untuk kerajaannya tahun 1848. Hukum Savoy itu tetap menjadi dasar daripada negara padu yang akan ditubuhkan. Sardinia rasmi bertukar nama kepada Kerajaan Itali pada 1861.

Pembunuhan beramai-ramai[sunting | sunting sumber]

Peta Itali sebelum penyatuannya pada tahun 1843
Penghalang yang ditubuhkan semasa aksi penunjuk perasaan oleh buruh di Corso Venezia (Photoː Luca Comerio)

Simpanan gandum sebagai makanan sehari-hari masyarakat kerajaan terjejas sebab tuaian yang buruk dan kenaikan harga import akibat berlakunya Perang Amerika Syarikat-Sepanyol pada tahun 1897. Keperluan awam mendapat kenaikan seiras dengan kenaikan daripada harga tepung gandum. Kumpulan buruh mulai menggalakkan aksi tunjuk perasaan di pelbagai wilayah Itali pada 1898, menjadi awal mula ketidaksukaan rakyat Itali kepada monarki mereka sendiri.

Pada 5 Mei di Milan, putera daripada datuk bandar Milan Giuseppe Mussi ditembak mati oleh seorang pegawai polis pada perarakan menentang kenaikan harga. Perkara ini memunculkan aksi yang lebih besar pada hari-hari selepasnya. Perdana Menteri Itali, Antonio di Rudini sampai mengazamkan darurat negara. Jeneral Bava Beccaris menembakan meriam tanpa ada belas kasih kepada penunjuk perasaan, wanita dan orang tua menjadi mangsa keganasan tentera pimpinannya. Sebanyak 300 mangsa maut dan 1.000 lain-lain menderita luka akibat serangan sang jeneral merujuk kepada rancangan daripada New York Times.

Raja Umberto I dari Keluarga Diraja Savoy mengkeruniakan Fiorenzo Bava Beccaris dengan pingat kebesaran keluarga. Perkara ini membuat pandangan awam pada masa itu melaknat perbuatan raja. Umberto I dibunuh oleh seorang dengan fahaman anarkis yang bernama Gaetano Bresci pada bulan Julai 1900 di Monza, dia ialah saudara lelaki kepada mangsa perempuan yang ditembak meriam. Gaetano sempat melarikan diri ke AS sebelum pulang ke kampung halamannya untuk membalaskan dendam saudarinya. Sang raja sebelum peristiwa pembunuhannya oleh Gaetano, telah diserlah bagi pembunuhan tokoh anarkis lain, seperti aksi serangan Giovanni Passannante dan Pietro Acciarito.

Parti fasis dan akhir daripada pentadbiran kerajaan[sunting | sunting sumber]

Tentera Itali di Thessaloniki semasa Perang Dunia I, tahun 1916

Semasa Perang Dunia I, Itali yang pada awalnya berpakat kepada Kuasa Tengah memutuskan untuk menyertai pakatan Kuasa Berikat di tahun 1915. Pihak Berikat berjanji kepada Itali dalam isi Persetiaan Versailles bahawa sesama sekutu akan memberikan pinjaman dan sokongan kewangan, selepasnya menyokong mana-mana klaim wilayah Itali tetapi pihak berikat ingkar dengan mengazamkan hasil daripada Persidangan London.

Belum sembuh luka batin akibat pembunuhan beramai-ramai 20 tahun sebelumnya, keadaan ekonomi di Itali semakin merisaukan. Pandangan kebanyakan rakyat awam beberapa tahun selepas Perang Dunia I ialah membenci kehadiran raja dan kerajaan. Benito Mussolini sebagai ketua parti fasis berjaya memenangi pilihan raya dan bersama penyokong-penyokong merayakan kemenangan dengan Perarakan ke Roma pada tahun 1922.

Panglima Pietro Badoglio yang khawatir akan kuasa politik fasis menyarankan Victor Emmanuel III agar memasukan Mussolini dan kakitangannya ke dalam penjara, tetapi Victor Emmanuel tidak ingin silap seperti ayahandanya dahulu. Bagi raja itu pertumpahan darah harus dihindarkan dan ia merasmikan Mussolini sebagai Perdana Menteri Itali baharu pada tarikh 28 Oktober 1922. Sang raja tetap diam meskipun Mussolini merampas kuasa politik daripada parti lain setakat 1924 dan memadam pilihan raya pada 1926. Sekalipun angkatan bersenjata dan parlimen lebih setia kepada tokoh diraja Savoy, Victor tetap diam memandang aktiviti politik Mussolini. Diamnya raja kepada pentadbiran Mussolini ialah satu perkara yang membuat nama baik Savoy di mata rakyat awam semakin terjejas.

Itali di bawah kekuasaan Mussolini menyertai Perang Dunia II bersama Kuasa Paksi dan pada tahun 1941 telah mendapat kekalahan-kekalahan dalam peperangan di Afrika Utara. Kedudukan Itali dalam politik semakin terhimpit oleh kuasa berikat yang semakin mendekat ke Semenanjung Itali. Victor Emmanuel mendepak Mussloni dari pejabatnya dan menunjuk Pietro Badoglio sebagai perdana menteri baharu. Pada 8 September, pentadbiran baharu mengisytiharkan bahawa mereka telah menandatangani persetiaan dengan kuasa berikat lima hari sebelum tarikh itu. Amarah rakyat muncul lagi semasa Victor pergi ke Brindisi tanpa mempedulikan tentera yang menunggu perintah dari rajanya.

Raja Victor merasa bahawa sokongan politik kepadanya telah terlampau lemah, sebab itu ia memutuskan untuk bersara dari perkhidmatan politik dan menyerahkan jawatan tertinggi kepada putera tertuanya, Pengiran Mahkota Umberto II pada bulan April 1944. Tentera berikat menginjakan kaki di Ibunegara Roma dua bulan selepas peristiwa itu, dalam masa setahun, rakyat awam yang belum puas mencabar pentadbir untuk menggalakan sebuah referendum, apakah Itali akan meneruskan monarki atau merubah suai pemerintahan menjadi republik.

Pada tarikh 9 May 1946, beberapa minggu sebelum tarikh undi tiba, Victor Emmanuel rasmi menjadi raja begawan. Tahta Kerajaan Itali diserahkan kepada Umberto II, puteranya tetapi sang raja yang telah begawan gagal bagi menyelamatkan kerajaan; Paksi republik memenangi jumlah kesemua undian sebesar 54%. Victor Emmanuel bermastautin sendirian di Mesir, ia maut setahun selepasnya.

Pada 12 Jun 1946, Kerajaan Itali rasmi bersurai dalam upacara sandang kekuasaan Umberto II kepada Perdana Menteri Itali Alcide de Gasperi. Salah satu isi daripada titahnya yang terakhir ialah bahawa rakyat awam harus sepenuh hati menyokong republik baharu dan terpaling jika mereka ingin membenci dirinya.

Umberto II bersama waris keluarga diraja Savoy yang lain terpaksa angkat kaki dari bekas kerajaan mereka. Umberto II maut di Portugal pada tahun 1983.

Keadaan semasa keluarga diraja[sunting | sunting sumber]

Pengiran Amedeo, Demang Aosta bersama isterinya Puteri Claude d'Orléans dan ketiga anak mereka yaitu Puteri Bianca, Puteri Mafalda dan Pengiran Aimone, Demang Aosta pada tahun 1969.

Beberapa hartanah diraja Savoy seperti Istana Keluarga Diraja Savoy di Turin, telah menjadi kepunyaan pentadbiran republik dan statusnya diawasi Tapak Warisan Dunia, Pertubuhan Pendidikan Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Gelaran kebangsawanan lama seperti pengiran atau pesirah tetap dibiarkan dan boleh diwariskan kepada zuriat Savoy meski tidak diakui dalam konstituen republik.

Selepas bersurainya Kerajaan Itali, kepemimpinan di dalam tubuh keluarga diraja dipertikaikan oleh dua bersaudara sepupu: Vittorio Emanuele, Pengiran Napoli yang mengklaim diri sebagai Raja Itali baharu tanpa musyawarah dengan waris kerabat lain danPengiran Amadeo, Demang Aosta, yang menyatakan kelayakannya untuk memimpin. Pada usia tua keduanya sempat berbalah teruk pada 21 Mei 2004, semasa menyertai upacara makan makan Juan Carlos I dari Sepanyol sebelum pesta perkahwinan puteranya, Felipe, Pengiran Asturias. Vittorio Emanuele yang marah memukul Amedeo di muka dua kali.[13]

Emmanuele terkenal sebagai tokoh yang penuh kontroversi dan mudah marah di Itali.[14] Ia pernah membunuh seorang remaja Jerman bernama Dirk Hamer pada tahun 1978 dan dipenjara pada 2006 sebab bisnis persundalan yang tidak dibolehkan oleh pentadbiran. Semasa di penjara, rakaman suara rahsia Vittorio Emanuele tersebar ke awam ramai. Bunyi daripada rakaman itu ialah, "memang aku akui, semasa itu diriku silap [...] tetapi awak mesti tahu aku berjaya menipu mereka [hakim Perancis]".[15]

Selepas bebas dari penjara, peguam daripada Vittorio Emanuele dan Emanuele Filiberto menulis kepada Presiden Itali Giorgio Napolitano agar membayar kerugian semasa keluarga diraja Savoy dihad untuk menginjakan kaki di tanah air sendiri.[16] Perdana Menteri Itali membalas Emanuele dengan mengisytiharkan kepada awam ramai bahawa jika mahu membayar hutang, tagih sahaja dengan anak-anak Benito Mussolini. Kalaupun ada seseorang yang perlu disalahkan, salahkan pentadbir kerajaam kalian yang telah berkongsi dengan pemimpin fasis dan jahat itu. Apa perkara dan hal ehwal kalian sehingga harus meminta tanggung jawab daripada kami pentadbir republik.[17]

Pengiran Amedeo mempunyai beberapa kontroversi yang membuatnya kurang layak ditunjuk sebagai pemimpin keluarga diraja. Pada tahun 2021 Pengiran Amadeo maut dan Vittorio Emanuele maut pada 3 Februari 2024.[18]

Nota[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ginsborg, Paul. A History of Contemporary Italy: Society and Politics, 1943–1988, pg 98
  2. ^ Cox, Eugene (1999). McKitterick, Rosamond; Abulafia, David (penyunting). The kingdom of Burgundy, the land of the house of Savoy and adjacent territories. The New Cambridge Medieval History. 5, C.1198–C.1300. Cambridge University Press. m/s. 365–366.
  3. ^ Templat:Cite Catholic Encyclopedia
  4. ^ Administrative charters of Humbert's family are studied in the thesis Laurent Ripart, « Les fondements idéologiques du pouvoir des comtes de la maison de Savoie (de la fin du Xe au début du XIIIe siècle) », Université de Nice, 1999, 3 volumes, Tome II, p. 496-695.
  5. ^ Ducourthial, Cyrille (2008). "Géographie du pouvoir en pays de Savoie au tournant de l'an mil". Le royaume de Bourgogne autour de l'an mil (PDF) (dalam bahasa Perancis). Université de Savoie. m/s. 223–225. ISBN 978-2915797350.
  6. ^ Templat:Cite Catholic Encyclopedia
  7. ^ Introduction:The Sabaudian Lands and Sabaudian Studies, Matthew Vester, Sabaudian Studies: Political Culture, Dynasty, and Territory (1400–1700), ed. Matthew Vester, (Truman State University Press, 2013), 1.
  8. ^ Sabaudian Studies, Matthew Vester, Sabaudian Studies: Political Culture, Dynasty, and Territory (1400–1700), (Truman State University Press, 2013), 6.
  9. ^ Michael Mallett and Christine Shaw, The Italian Wars, 1494-1559, (Pearson Educational Limited, 2012), 154.
  10. ^ a b Michael Mallett and Christine Shaw, The Italian Wars, 1494-1559, 230-231.
  11. ^ Henry Kamen, Philip of Spain, (Yale University Press, 1997), 64.
  12. ^ Henry Kamen, Philip of Spain, 67.
  13. ^ Hooper, John (28 May 2004). "Right royal punch-up at Spanish prince's wedding". The Guardian.
  14. ^ McIntosh, David (December 2005). "The Sad Demise of the House of Savoy". European Royal History Journal. Eurohistory. 8.6 (XLVIII): 3–6.
  15. ^ (dalam bahasa Itali) Vittorio Emanuele, cimici in cella "Ho fregato i giudici francesi"
  16. ^ "Wanted in Rome | Italy's news in English". Wanted in Rome (dalam bahasa Inggeris). 2021-02-12. Dicapai pada 2022-11-25.
  17. ^ Morali, Danni (20 November 2007). "I Savoia chiedono 260 milioni allo Stato". Corriere Della Sera. Dicapai pada 18 May 2023.
  18. ^ "Vittorio Emanuele of Savoy, son of Italy's last king, dies aged 86". Reuters (dalam bahasa Inggeris). 2004-05-29.