Kemalangan pesawat Elmina

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kemalangan pesawat Elmina
Pesawat yang terbabit, sebelum ini didaftarkan sebagai G-FRYL, dilihat pada 2016
Kemalangan
Tarikh17 Ogos 2023 (2023-08-17)
RingkasanTerhempas semasa pendaratan; dalam siasatan
Tapak kejadianElmina, Shah Alam, Selangor, Malaysia
3°10′58.61″N 101°31′0.259″E / 3.1829472°N 101.51673861°E / 3.1829472; 101.51673861Koordinat: 3°10′58.61″N 101°31′0.259″E / 3.1829472°N 101.51673861°E / 3.1829472; 101.51673861
Pesawat
Jenis pesawatBeechcraft Model 390 (Premier I)
PengendaliJet Valet
Kod pendaftaranN28JV
Asal penerbanganLapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Malaysia
DestinasiLapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Malaysia
Penghuni8
Penumpang6
Anak kapal2
Kematian8
Terselamat0
Di darat
Kematian di darat2

Pada 17 Ogos 2023, sebuah pesawat Beechcraft Model 390 terhempas berhampiran perbandaran Elmina di Shah Alam, Selangor, Malaysia, menyebabkan 10 orang terkorban dalam kejadian itu. Pesawat itu dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, di mana pesawat itu terhempas dua minit sebelum mendarat.[1][2]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Pesawat yang terlibat dalam kejadian itu merupakan sebuah Beechcraft Model 390 (N28JV) yang dikendalikan oleh Jet Valet, sebuah perkhidmatan penerbangan peribadi. Sebelum ini, ia pernah didaftarkan sebagai G-FRYL di United Kingdom.[3] Pesawat itu membawa 8 orang penumpang, termasuk Allahyarham Datuk Seri Johari Harun, ahli Dewan Undangan Negeri Pahang (Pelangai).[4]

Kemalangan[sunting | sunting sumber]

Lokasi kejadian kemalangan pesawat Elmina

Pada jam 2.47 petang, pesawat itu berhubung dengan kawalan trafik udara (ATC) di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah. Ia kemudiannya memberi kebenaran pendaratan seminit kemudian. Namun begitu, pada jam 2.51 petang, pihak ATC menemui garisan asap di laluan penerbangan.[5]

Pihak saksi melaporkan gerakan penerbangan luar kelaziman sebelum nahas.[6] Pesawat itu membelok ke kanan sebelum menjunam ke tanah lalu meletup di jalan Persiaran Elmina, berhampiran dengan persimpangan Lebuhraya Guthrie.[7] Di darat, serpihan nahas juga mengorbankan 2 orang, masing-masing merupakan penunggang motosikal dan pemandu kereta.[8] Penunggang motosikal yang terbakar dilaporkan sempat melaungkan takbir beberapa kali sebelum rentung, menurut seorang saksi.[9]

Susulan[sunting | sunting sumber]

Pencarian mayat[sunting | sunting sumber]

Hanya satu mayat ditemui dalam keadaan sempurna di tapak kejadian.[10] Lima beg mengandungi cebisan-cebisan badan mangsa yang terbunuh juga diperoleh di kawasan kejadian.[11] Pengenalpastian mayat melibatkan 20 ke 30 ahli Kementerian Kesihatan yang juga memberi perkhidmatan kaunseling dan sokongan emosi terhadap ahli keluarga mangsa.[12]

Reaksi[sunting | sunting sumber]

Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melawat tapak nahas beberapa jam selepas kejadian.[13]

Dalam pada itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah mengeluarkan amaran berkenaan dengan perkongsian sebarang video dan gambar mayat-mayat mangsa yang terkorban di tempat kejadian secara atas talian, dikhuatiri perbuatan tersebut akan menyinggung perasaan ahli-ahli keluarga mangsa dan melanggar etika-etika asas.[14] Kenyataan yang sama turut dikeluarkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia.[15]

Bekas Perdana Menteri Mahathir bin Mohamad berkata:[16]

Saya ikuti berita insiden pesawat terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam yang mengorbankan 10 nyawa semalam. Dilaporkan pesawat ini dalam perjalanan pulang dari Langkawi dan sudah hampir mendarat di Lapangan Terbang Subang.
Hasmah dan saya berasa amat sedih dengan tragedi malang ini. Kami mendoakan semoga roh kesemua mangsa yang terkorban ditempatkan bersama para solehin. Serta salam takziah kami kepada semua ahli keluarga mereka.

Siasatan[sunting | sunting sumber]

Perakam suara kokpit pesawat diperoleh dari tapak kejadian tujuh jam selepas nahas pada 10.20 malam, dan dibawa ke makmal Biro Siasatan Kemalangan Udara bagi tujuan siasatan.[17]

Pihak BSKU mendapati bahawa pesawat itu tidak dilengkapi dengan kotak hitam.[18] Pesawat tersebut didapati lari dari laluan penerbangan asalnya setelah diberi kebenaran untuk mendarat oleh pihak ATC.[19]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Easwaran, Elill (17 Ogos 2023). "10 dead in Elmina plane crash". Malaysiakini.
  2. ^ "Elmina plane crash: Six passengers, two crew were on board, says CAAM". The Star. 17 Ogos 2023.
  3. ^ "Private jet crashes into motorbike and car in Malaysia, kills 10, including politician". Straits Times. 17 Ogos 2023.
  4. ^ "Exco Pahang dalam pesawat terhempas - speaker". Malaysiakini. 17 Ogos 2023.
  5. ^ "Elmina air crash: What we know so far". New Straits Times. 17 Ogos 2023. Dicapai pada 17 Ogos 2023.
  6. ^ Nawawi, Muhammad Hafis; Bahaudin, Nurul Bidayah (17 Ogos 2023). "Elmina plane crash: Ex-RMAF man says aircraft was flying erratically". New Straits Times. Dicapai pada 17 Ogos 2023.
  7. ^ Wong, Alexander (17 Ogos 2023). "Elmina plane crash: Plane made banked turn before the crash". Malay Mail. Dicapai pada 17 Ogos 2023.
  8. ^ Morden, Zarah (17 Ogos 2023). "Cops: 10 dead after private jet crashes in Shah Alam's Bandar Elmina". Malay Mail. Dicapai pada 17 Ogos 2023.
  9. ^ Nawawi, Muhammad Hafis; Bahaudin, Nurul Bidayah (17 Ogos 2023). "Elmina plane crash: 'I heard the scream of 'Allahu Akbar'... but could not do anything' - Witness". New Straits Times. Dicapai pada 17 Ogos 2023.
  10. ^ Camoens, Austin. "Elmina plane crash: Only one out of ten bodies was intact, say cops". The Star. Dicapai pada 17 Ogos 2023.
  11. ^ "Bodies of all ten victims recovered - Selangor police chief". Bernama. 17 Ogos 2023. Dicapai pada 17 Ogos 2023.
  12. ^ "Elmina air crash: Forensic team needs time to identify bodies, says Dr Zaliha". Malay Mail. Bernama. Dicapai pada 17 Ogos 2023.
  13. ^ Kasinathan, Sathana (17 Ogos 2023). "Agong arrives at scene of Bandar Elmina private jet crash". Malay Mail. Dicapai pada 17 Ogos 2023.
  14. ^ "Stop sharing videos, photos of Elmina air crash victims, warns MCMC". Malaysiakini. Bernama. 18 Ogos 2023. Dicapai pada 18 Ogos 2023.
  15. ^ Nizam, Fuad (18 Ogos 2023). "Elmina plane crash: Respect sensitivity of victims' families, stop sharing viral videos, says Shuhaily". New Straits Times. Dicapai pada 18 Ogos 2023.
  16. ^ https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid025Hf6pF2wp3jDHLQPYUD64ZSi32DyR3mGupA6C2B3uqzL4xqoYMRukHVCtPnbgiixl&id=100044516073020&mibextid=Nif5oz
  17. ^ Mohamad Radhi, Nor Ain (17 Ogos 2023). "Police: Cockpit voice recorder retrieved from Elmina crash site". New Straits Times. Dicapai pada 17 Ogos 2023.
  18. ^ Nizam, Fuad (18 Ogos 2023). "Elmina plane crash: Aircraft equipped with voice recorder, no flight data recorder says IGP". New Straits Times. Dicapai pada 18 Ogos 2023.
  19. ^ Sufian, Puteri Aisya (17 Ogos 2023). "Elmina disaster: Plane veered off path minutes before crash". Malaysiakini. Dicapai pada 18 Ogos 2023.