Takbir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Untuk penggunaan lain frasa "Allahu Akbar", lihat Allahu Akbar (nyahkekaburan).
Bahasa Arab

الله أَكْبَر

Transliterasi
Allahu Akbar, allāhu akbar
Terjemahan
Tuhan Maha Besar

Sebahagian daripada siri berkaitan
Allah-green.svg
Islam

Rukun Iman

Allah • Kitab • Malaikat • Nabi
Hari Akhirat • Qada dan Qadar

Rukun Islam

Syahadah • Solat • Puasa
Zakat • Haji

Kota Suci

Makkah • Madinah
Baitulmuqaddis

Hari Raya

Aidilfitri • Aidiladha

Hukum

Al-Quran • Sunnah • Hadis

Sejarah

Garis Masa Sejarah Islam
Khulafa al-Rasyidin
Khalifah • Khilafah

Tokoh Islam

Nabi Muhammad s.a.w
Ahlul Bait • Sahabat Nabi

Mazhab

Ahli Sunah Waljamaah
Hanafi • Syafie
Maliki • Hanbali

Budaya Dan Masyarakat

Akademik • Haiwan • Seni
Takwim • Kanak-kanak
Demografi • Perayaan
Masjid • Dakwah • Falsafah
Sains • Wanita • Politik

Lihat juga

Kritikan • Islamofobia
Glosari

Portal Islam
Seorang Muslim mengangkat tangannya ketika takbir dalam solat

Takbir (Bahasa Arab: تَكْبِير‎) adalah tindakan menyebut frasa Allahu Akbar, الله أكبر. Biasanya diterjemahkan sebagai "Tuhan itu Besar" atau "Tuhan Maha Besar," adalah suatu ungkapan biasa bahasa Arab, digunakan sebagai suatu luahan kepercayaan yang tidak formal dan sebagai pengisytiharan rasmi. Ia digunakan ketika solat, dalam kebimbangan, sebagai laungan perang dan dalam bantahan Islamisme.

Pernyataan ini adalah pernyataan bagi mengagungkan Tuhan dan dijadikan sebagai salah satu zikir harian dan munajat bagi masyarakat Islam. Takbir juga adalah salah satu perkataan yang disebut dalam solat dan dijadikan rukun solat yang ketiga iaitu Takbiratul ihram yang dijadikan garis permulaan solat.

Takbir juga dilaungkan ketika Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha serta Hari Tasyrik yang pada ketika itu disyariatkan untuk mengagungkan Tuhan.

Beberapa bendera juga memasukkan istilah ini, antaranya bendera Afghanistan, bendera Iran dan bendera Iraq.

Takbir Hari Raya[sunting | sunting sumber]

Takbir yang istimewa bagi umat Islam kebanyakannya adalah Takbir Hari Raya. Takbir initerbahagi kepada dua jenis:

  • Mursal (مرسل)
  • Muqâyyad (مقيد)

Takbir Mursal[sunting | sunting sumber]

Takbir mursal bermula pada malam kedua-dua hari raya. Maka, adalah disunatkan untuk umat Islam bertakbir apabila masuknya waktu maghrib pada malam raya dan berakhir sehingga imam mengangkat takbir solat raya iaitu waktu pagi lebih kurang jam 8:30 pagi kebiasaannya mengikut pendapat yang "ažhar" di dalam mazhab kita. Syeikh Mahallî RH berkata pendapat kedua menyatakan takbir mursal tamat apabila imam muncul untuk menunaikan solat manakala pendapat ketiga menyatakan sehingga selesai solat hari raya.

Takbir Muqâyyad[sunting | sunting sumber]

Keistimewaan pada Hari Raya Aidiladha apabila bukan sahaja terdapat takbir mursal seperti yang disebut di atas, tapi juga mempunyai takbir muqâyyad. Takbir ni dilakukan seelpas apa-apa jua jenis solat termasuk solat jenazah.

Pendapat yang "ažhar" dalam mazhab Syafie menyatakan bahawa takbir muqâyyad ini adalah sama bagi kedua-dua golongan yang sedang melakukan haji dan yang tidak melakukan haji. Disunatkan untuk melaungkan takbir muqâyyad bermula dari zohor hari nahar (iaitu hari raya Aidiladha pertama yang bermulanya ibadah korban - nahar berasal daripada bahasa Arab iaitu 'نحر yang bermaksud "sembelih") dan tamat selepas subuh hari tasyrīq yang terakhir iaitu 13 Zulhijjah.

Disyariatkan untuk bertakbir selepas zohor pada hari nahar kerana itu adalah solat yang pertama untuk jemaah haji setelah selesai waktu bertalbiah (kerana jemaah haji tiada takbir mursal tetapi hanya bertalbiah sehinnga waktu zohor hari raya. Takbir muqâyyad yang berakhir selepas subuh hari ke-13 Zulhijjah pula bersebabkan itulah waktu solat yang terakhir sekali untuk para jemaah haji di Mina.

Walau bagaimanapun, Syeikh Mahallî RH mengatakan wujud pendapat(qâwl) yang mengatakan bahawa bagi mereka yang tidak menunaikan haji, takbir muqâyyad itu sebenarnya dimulakan dari maghrib malam Nahar dan tamat pada subuh hari tasyrīq yang terakhir. Ada satu lagi pendapat mengatakan bermulanya muqâyyad ini daripada subuh hari 'Arâfah dan tamat selepas asar hari yang ke-13. Dan qâwl yang terakhir ini diamalkan oleh kebanyakan bandar dan wilayah. Imām Mahallî merujuk kepada Imām Nawawi dalam kitab Rawdhâhnya yang menegaskan bahawa qâwl inilah yang "ažhar" (nyata) di sisi muhaqiqīn kerana terdapat hadīś riwayat al-Hākim yang menyatakan Nabi S.A.W melakukan sedemikian. Syeikh Qâlyūbî RH pula mengatakan qâwl ini termuktamad bersebab menghimpunkan hari-hari al-Ma'lūmāt & al-Ma'dūdāt iaitu Arâfah, Nahar & hari tasyrīq yang tiga.

Walau bagaimanapun, terdapat juga yang melaungkan takbir muqâyyad bermula dari solat subuh hari ‘Arafah (iaitu 9 Dzulhijjah) hinggalah selepas solat asar pada hari Tasyrik terakhir (hari raya ke empat). Hal ini pula mengikut salah satu hadith yang berbunyi

‘Ali dan ‘Ammar r.a. menceritakan; “Sesungguhnya Nabi S.A.W bertakbir bermula dari solat subuh hari ‘Arafah dan memutuskannya (berhenti bertakbir) selepas solat asar hari terakhir Tasyriq”.
- Riwayat Imam al-Hakim

Lafaz takbir Hari Raya[sunting | sunting sumber]

Di dalam Musannaf Ibn Abi Syaibah dengan sanad yang sahih daripada Ibn Mas’ud r.a. yang bertakbir pada hari Tasyrik dengan lafaz :

اللهُ أكْبَرُ اللهُ أكْبَرُ لاَ إلهَ إلاَّ اللهُ وَاللهُ أكْبَرُ اللهُ أكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْد

Ibn Abi Syaibah juga meriwayatkan di kesempatan yang lain dengan sanadnya sendiri, di mana takbir itu diucapkan sebanyak 3 kali. Diangkat suara dalam melafazkan takbir bagi lelaki dan tidak bagi perempuan. Ia dilakukan di merata tempat di masjid, di rumah dan di pasar-pasar. Berikut adalah lafaz takbir hari raya berserta maknanya.

Lafaz Makna Bacaan
Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar
Laa ilaaha illallahu wallahu akbar
Allahu Akbar wa lillahilhamd

(Ulang 3 kali)
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar
Tiada Tuhan selain Allah dan Allah Maha Besar
Allah Maha Besar dan kepada Allah segala pujian.
اَللَّهُ اَكْبَرْ اَللَّهُ اَكْبَر اَللَّهُ اَكْبَرْ
لآاِلَهَ اِلاَّ اللَّهُ وَاَللَّهُ اَكْبَرْ
اَللَّهُ اَكْبَرْ وَلِلَهِ الْحَمْد

(Ulang 3 kali)
Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar
Allahu akbar kabiraa
Walhamdulillahi katsiraa
Wasubhaanallahi bukratan wa-asilaa
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar
Allah Maha Besar sebesar-besarnya
Dan Segala Pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya
Dan Maha Suci bagi Allah pada waktu pagi dan waktu petang
اَللَّهُ اَكْبَرْ اَللَّهُ اَكْبَر اَللَّهُ اَكْبَرْ ـُ
اَللَّهُ اَكْبَرْ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْرًا
وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَاَصِيْلاً

Laa ilaaha illallahu wa la na'budu illa iyyahu mukhlisina lahuddin
Walau karihal kaafirun
Laa ilaaha illallahu wahdah
Sadaqa wa'dah
Wa nasara 'abdah
Wa a'azza jundahu wa hazamal ahzaaba wahdah
Laa ilaaha illallahu wallahu akbar
Allahu akbar walillahilhamd
Tiada Tuhan selain Allah dan tidak kami menyembah kecuali dengan kepada-Nyalah tulus ikhlas dalam agama
Walau dibenci kaum kafir
Tiada Tuhan selain Allah yang Maha Esa
Yang Membenarkan janji-Nya
Yang Memberi bantuan kepada hamba-Nya
dan yang memuliakan tentera-tentera-Nya dengan mengalahkan tentera Ahzab dengan keesaan-Nya
Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar
Allah Maha Besar dan bagi Allah segala puji-pujian.
لآ اِلَهَ اِلاَّ اللَّهُ وَلاَنَعْبُدُ اَلاَّ اِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْن
َ وَلَوْكَرِهَ الْكَافِرُوْنَ
لآاِلَهَ اِلاَّ اللَّهُ وَحْدَه
ُ صَدَقَ وَعْـدَه
ُ وَنَصَرَعَبِدَهُ
وَاَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَه
ُ لآ اِلَهَ اِلاَّ اللَّهُ وَاَللَّهُ اَكْبَرْ
اَللَّهُ اَكْبَرْ وَلِلَهِ الْحَمْدُ

Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar
Laa ilaaha illallahu wallahu akbar
Allahu Akbar wa lillahilhamd
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar
Tiada Tuhan selain Allah dan Allah Maha Besar
Allah Maha Besar dan kepada Allah segala pujian.
اَللَّهُ اَكْبَرْ اَللَّهُ اَكْبَر اَللَّهُ اَكْبَرْ
لآاِلَهَ اِلاَّ اللَّهُ وَاَللَّهُ اَكْبَرْ
اَللَّهُ اَكْبَرْ وَلِلَهِ الْحَمْد