Kementerian Sains, Pendidikan dan Kebudayaan Reich

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kementerian Sains, Pendidikan dan Kebudayaan Reich (Jerman: Reichsministerium für Wissenschaft, Erziehung und Volksbildung, juga secara tidak rasmi sebagai "Kementerian Pelajaran Reich" (Jerman: Reichserziehungsministerium), atau "REM") wujud dari tahun 1934 sehingga 1945 dibawah kepimpinan Bernhard Rust dan bertanggungjawab bagi menyatukan sistem pendidikan Jerman Nazi dan menyelaraskannya dengan matlamat kepimpinan Nazi.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

REM adalah pengganti kepada bekas Preußisches Ministerium für Wissenschaft, Kunst und Volksbildung (Kementerian Sains, Seni dan Kebudayaan Prusia), mewujudkan buat pertama kalinya di Jerman sebuah institusi berpusat dan tersusun dalam mengawal sektor pendidikan Reich. Pada tahun 1934, REM mengambil alih pengawasan kolej-kolej dan universiti-universiti di Jerman dari Reichsinnenministerium (Kementerian Dalam Negeri Reich), serta institusi penyelidikan seperti Physikalisch-Technische Reichsanstalt (singkatan PTR; terjemahan: Institut Fizikal dan Teknikal Reich.); hari ini, PTR dikenali sebagai Physikalisch-Technische Bundesanstalt.[1]

Para pentadbir[sunting | sunting sumber]

Dari 1 Jun 1934, Menteri REM adalah Bernhard Rust, yang juga mengambil alih pada tarikh ini pentadbiran bahagian kebudayaan RIM.[1]

Ketua-ketua REM Amt für Wissenschaft (Pejabat Sains):[1]

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Hentschel, Klaus, editor and Ann M. Hentschel, editorial assistant and Translator Physics and National Socialism: An Anthology of Primary Sources (Birkhäuser, 1996)

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Hentschel, 1996, Appendix B