Kementerian Pengangkutan Reich

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kementerian Pengangkutan Reich
Reichsverkehrsministerium (RVM) (Jerman)
Cop mohor rasmi RVM sebelum tahun 1935

Ibupejabat RVM di Berlin, 1937
Intisari agensi
Dibentuk13 Mac 1919 (1919-03-13)
Agensi terdahulu
  • Kementerian Kerja Raya
    (Prusia)
Dibubarkan23 Mei 1945 (1945-05-23)
Agensi-agensi yang mengambil alih
Bidang kuasa
Jerman
Ibu pejabatVoßstraße 34/35, Wilhelmplatz, Berlin-Mitte
52°30′38″N 13°22′58″E / 52.51056°N 13.38278°E / 52.51056; 13.38278Koordinat: 52°30′38″N 13°22′58″E / 52.51056°N 13.38278°E / 52.51056; 13.38278
Kakitangan1.5 Juta (1943)[1]
Menteri bertanggungjawab
Eksekutif Agensi
Agensi-agensi anak

Kementerian Pengangkutan Reich (Jerman: Reichsverkehrsministerium atau RVM) adalah sebuah agensi kementerian kerajaan Jerman dari tahun 1919 sehingga 1945, beroperasi semasa era Republik Weimar dan Jerman Nazi. Dibentuk dari Kementerian Kerja Raya Prusia selepas berakhirnya Perang Dunia I, RVM bertanggungjawab mengawal perkhidmatan keretapi, jalan raya, jalan air, dan industri pembinaan Jerman - sejenis agensi infrastruktur dalam pemahaman hari ini. Pada tahun 1920an, penglibatan kementerian ini dalam sektor rel terhad kepada fungsi-fungsi pentadbiran dan penyeliaan teknikal. Keretapi Nasional (Deutsche Reichsbahn) pada awalnya disusun sebagai syarikat bebas milik negara untuk jaminan bahawa Jerman akan membayar ganti rugi perang mengikut peruntukan Pelan Dawes 1924.

Dibawah pemerintahan Nazi, Kementerian Pengangkutan berkembang dengan pesat. Reichsbahn, yang telah menjadi aset awam terbesar Jerman dan juga perusahaan terbesar di dunia kapitalis pada masa itu,[2] telah diambil alih oleh RVM pada tahun 1937. Perkhidmatan keretapi negeri-negeri di Jerman, persatuan pengangkutan, dan bahkan syarikat-syarikat pengangkutan swasta juga berada dibawah kawalan langsung kerajaan Nazi menerusi pihak Kementerian. Semasa Perang Dunia II RVM mengambil alih agensi-agensi di negara-negara taklukan dan menyediakan pengangkutan rel tentera. Ia juga bertanggungjawab bagi menghantar Orang Yahudi Eropah ke kem penghapusan. Unit khusus yang terlibat, "Pengangkutan Pukal No. 21", berfungsi dengan kerjasama rapat SS. Oleh itu RVM memainkan peranan penting dalam peristiwa Holokus. Kementerian ini wujud buat sementara selepas peperangan dalam Kerajaan Flensburg dan telah dibubarkan secara de facto pada akhir bulan Mei 1945.

Ibupejabat Kementerian terletak di tengah Berlin di Wilhelmplatz. Lama-kelamaan ia menduduki sebuah kompleks bangunan, termasuk tempat perlindungan serangan udara bawah tanah yang dibina pada tahun 1940. Dirosakkan teruk oleh pengeboman pihak Bersekutu, tapak tersebut diperbaiki di Berlin Timur pada 1949. Sebahagian daripadanya menjadi ibupejabat Perkhidmatan Keretapi Jerman Timur sehingga penyatuan semula Jerman pada tahun 1990. Sebahagian besar tapak tersebut telah dibiarkan kosong dan telah dirobohkan pada tahun 2012. Sebuah pusat membeli-belah yang besar telah dibina di atas tapaknya pada 2014, dengan dua sayap kecil RVM dipelihara sebagai tempat bersejarah.

Notes[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Mierzejewski 2000, m/s. 44.
  2. ^ Millward 2005, m/s. 153.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Engwert, Andreas; Kill, Susanne, penyunting (2009). Sonderzüge in den Tod: die Deportationen mit der Deutschen Reichsbahn; eine Dokumentation der Deutschen Bahn AG; Begleitdokumentation der Deutschen Bahn AG zur gleichnamigen Wanderausstellung (dalam bahasa German). Köln: Böhlau. ISBN 978-3412203375.CS1 maint: unrecognized language (link) CS1 maint: ref=harv (link)
  • Federmeyer, Ed (2007). Eisenbahnen in Luxemburg (dalam bahasa German). Gernrode/Harz: W. Herdam Fotoverlag. ISBN 978-3-933178-21-3.CS1 maint: unrecognized language (link) CS1 maint: ref=harv (link)
  • Gottwaldt, Alfred; Schulle, Diana (2007). Juden ist die Benutzung von Speisewagen untersagt: Die Antijüdische Politik des Reichsverkehrsministeriums Zwischen 1933 und 1945 [Jews are Forbidden in the Dining Car: the anti-Jewish policy of the Reichsverkehrsministerium between 1933 and 1945] (dalam bahasa German). Teetz: Hentrich & Hentrich. ISBN 978-3-938485-64-4.CS1 maint: unrecognized language (link) CS1 maint: ref=harv (link)
  • Gottwaldt, Alfred (2009). Dorpmüllers Reichsbahn die Ära des Reichsverkehrsministers Julius Dorpmüller ; 1920 - 1945 (dalam bahasa German). Freiburg im Breisgau: EK-Verlag GmbH. ISBN 978-3-88255-726-8.CS1 maint: unrecognized language (link) CS1 maint: ref=harv (link)
  • Hoffmann, Peter (2000). Hitler's personal security. Cambridge, Massachusetts: Da Capo Press. ISBN 978-0-30680-947-7.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Kitchen, Martin (2008). The Third Reich: Charisma and Community. Harlow, England: Pearson Longman. ISBN 9781317866350.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Templat:NDB
  • Mierzejewski, Alfred (1999). The Most Valuable Asset of the Reich: A History of the German National Railway, Volume 1 1920 - 1932. 1. Chapel Hill: University of North Carolina Press. ISBN 9780807824962.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Mierzejewski, Alfred (2000). The Most Valuable Asset of the Reich: A History of the German National Railway, Volume 2 1933 - 1945. 2. Chapel Hill: University of North Carolina Press. ISBN 9780807860885.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Mierzejewski, Alfred (2005). Hitler's trains. Stroud, England: Tempus. ISBN 9780752429816.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Millward, Robert (2005). Private and Public Enterprise in Europe: Energy, Telecommunications and Transport, 1830-1990. Cambridge, UK: Cambridge University Press. ISBN 9780521835244.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Nachama, Andreas (senior editor) (2012). Die Wilhelmstraße 1933-1945 - Aufstieg und Untergang des NS-Regierungsviertels: Ein Begleitkatalog zur gleichnamigen Ausstellung [Wilhelmstraße 1933-1945: The Rise and Fall of the Nazi Government Quarter. Published in conjunction with the exhibition] (dalam bahasa German dan English). Berlin: Topographie des Terrors. ISBN 978-3-941772-10-6.CS1 maint: unrecognized language (link) CS1 maint: ref=harv (link)
  • Stackelberg, Roderick; Winkle, Sally (2002). The Nazi Germany Sourcebook : an Anthology of Texts (dalam bahasa English). New York: Routledge. ISBN 978-0415222143.CS1 maint: unrecognized language (link) CS1 maint: ref=harv (link)
  • Zeller, Thomas (2007). Driving Germany: The Landscape of the German Autobahn, 1930-1970. New York: Berghahn Books. ISBN 9781845453091.CS1 maint: ref=harv (link)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]