Kementerian Penerangan Awam dan Propaganda Reich

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kementerian Reich bagi Penerangan Awam dan Propaganda
Reichsministerium für Volksaufklärung und Propaganda (Jerman)

Menteri Propaganda Joseph Goebbels
Intisari agensi
Dibentuk13 Mac 1933 (1933-03-13)
Dibubarkan1 Mei 1945 (1945-05-01)
Ibu pejabatOrdenspalais
Wilhelmplatz 8/9, Berlin-Mitte
52°30′45″N 13°23′1″E / 52.51250°N 13.38361°E / 52.51250; 13.38361
Kakitangan2000 (1939)
Belanjawan tahunan187 juta ℛℳ (1941)
Eksekutif Agensi
Agensi-agensi anak

Kementerian Penerangan Awam dan Propaganda Reich (Reichsministerium für Volksaufklärung und Propaganda, RMVP atau Propagandaministerium adalah sebuah agensi kerajaan Reich Jerman untuk menguatkuasakan ideologi Nazi.[1]

Asal-usul[sunting | sunting sumber]

Ditubuhkan pada 14 Mac 1933, beberapa bulan selepas kebangkitan kuasa Nazi oleh kerajaan Adolf Hitler, ia dikepalai oleh Menteri Reich Joseph Goebbels.[1] Peranan kementerian baru ini, yang mendirikan pejabatnya di Ordenspalais (bangunan abad ke-18) di seberang jalan Reich Chancellery, adalah memusatkan kawalan Nazi terhadap semua aspek budaya dan intelektual Jerman.[2] Matlamat yang tidak diketahui adalah untuk menunjukkan tanggapan kepada negara-negara lain bahawa Parti Nazi mempunyai sokongan penuh dan bersemangat dari seluruh penduduk.[3] Ia bertanggungjawab untuk mengawal media berita, kesusasteraan, seni visual, pembikinan filem, teater, muzik, dan penyiaran Jerman.

Propaganda[sunting | sunting sumber]

Selaku ibupejabat propaganda Nazi, ia secara komprehensif mengawasi dan mengawal budaya dan media massa Reich Jerman.[4] Tumpuan utama propaganda ialah Hitler sendiri, yang dimuliakan sebagai seorang wira dan pemimpin yang maksum dan menjadi fokus pendewaan personaliti.[5] Kesemua ini berlaku dengan sendiri, tetapi ada yang di dalangi oleh karya propaganda Goebbels.[6] Contoh yang kemudian ialah Perhimpunan Nuremberg 1934. Hitler adalah tumpuan dan pergerakannya telah dikoreografi dgn teliti. Perhimpunan itu adalah subjek filem Triumph of the Will, salah satu daripada beberapa filem propaganda Nazi yang diarahkan oleh Leni Riefenstahl. Ia memenangi Medal Emas pada Festival Filem Venice 1935.[7] Goebbels dan kementeriannya terlibat dalam kedua-dua perhimpunan dan produksi filem.

Organisasi[sunting | sunting sumber]

Kementerian ini telah disusun kepada tujuh jabatan.[4]

  1. Jabatan I: Pentadbiran dan undang-undang
  2. Jabatan II: Perhimpunan umum; kesihatan awam; belia; bangsa
  3. Jabatan III: Penyiaran
  4. Jabatan IV: Surat khabar nasional dan asing
  5. Jabatan V: Filem dan penapisan filem
  6. Jabatan VI: Seni, muzik, dan teater
  7. Jabatan VII: Perlindungan dari propaganda balas, baik luar mahupun dalam negeri

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Petikan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Manvell & Fraenkel 2010, m/s. 121.
  2. ^ Longerich 2015, m/s. 212–213.
  3. ^ Evans 2005, m/s. 121.
  4. ^ a b Manvell & Fraenkel 2010, m/s. 140–141.
  5. ^ Kershaw 2008, m/s. 292–293.
  6. ^ Evans 2005, m/s. 122–123.
  7. ^ Evans 2005, m/s. 123–127.

Sumber[sunting | sunting sumber]

  • Evans, Richard J. (2005). The Third Reich in Power. New York: Penguin. ISBN 978-0-14-303790-3.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Kershaw, Ian (2008). Hitler: A Biography. New York: W. W. Norton & Company. ISBN 978-0-393-06757-6.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Longerich, Peter (2015). Goebbels: A Biography. New York: Random House. ISBN 978-1400067510.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Manvell, Roger; Fraenkel, Heinrich (2010) [1960]. Doctor Goebbels: his Life and Death. New York: Skyhorse. ISBN 978-1-61608-029-7.CS1 maint: ref=harv (link)