Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia
الإتحاد العالمي لعلماء المسلمين | |
Fail:International Union of Muslim Scholars emblem.png | |
Pembentukan | 11 Julai 2004 |
---|---|
Pengasas | Yusuf al-Qaradawi |
Ibu pejabat | Doha, Qatar |
Bahasa rasmi | Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, Bahasa Parsi, Bahasa Perancis |
Setiausaha agung | Ali Al-Qaradaghi |
Pengerusi | Rashid al-Ghannushi |
Timbalan Pengerusi | Isam Al-Bashir |
Timbalan Pengerusi | Salim Segaf Al-Jufri |
Timbalan Pengerusi | Hayrettin Karaman (Khairuddin Qahraman) |
Laman web rasmi | www |
Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia (Bahasa Arab: الإتحاد العالمي لعلماء المسلمين al-Ittihaad al-'Aalami li' Ulama'i al-Muslimin) adalah sebuah pertubuhan ilmuwan Islam yang diketuai oleh Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradawi. Diasaskan pada tahun 2004, dan beribu pejabat di Doha, Qatar.
KUMS dipengerusi oleh seorang Presiden yang dipilih secara syura dalam Mesyuarat Agung. Ia dibantu oleh tiga orang timbalan yang dipilih untuk tempoh empat tahun sekali. Kerja-kerja pentadbiran dikendalikan oleh seorang Setiausaha Agung yang juga menjadi Pengarah Sekretariat KUMS.
Sejak daripada awal penubuhan, jawatan Presiden disandang oleh pengasasnya sendiri Syeikh Dr Yusof Al-Qardhawi. Para timbalannya sering bertukar ganti. Oleh kerana matlamat KUMS adalah untuk menghimpunkan umat Islam dari pelbagai lokaliti dan aliran, maka Qardawi seringkali mencadangkan tokoh-tokoh dari pelbagai aliran dan tempat sebagai timbalannya. Antara tokoh yang pernah menjadi timbalannya adalah dari Afrika, Eropah, dan Asia melibatkan Sunni, Syiah dan Ibadhi.
Pengenalan[sunting | sunting sumber]
Tidak dinafikan bahawa terdapat banyak institusi Islam di dunia Islam dari pelbagai bidang ilmiah, dakwah dan aktiviti kebajikan, namun institusi yang diimpikan berbeza daripada institusi-institusi yang sedia ada.
Sebahagian daripada institusi-institusi ini adalah terhad aktivitinya dalam bidang kajian ilmiah, seperti majlis-majlis fiqh terkenal: Majlis Penyelidikan Islam Al-Azhar (Majma' Al-Buhuth Al-Islamiyyah) yang berpusat di Mesir, dan Majlis Fiqh Islam di bawah Liga Dunia Islam yang berpusat di Arab Saudi, Akademi Fiqh Islam Antarabangsa di bawah Persidangan Kerjasama Islam (OIC).
Sebahagian daripada institusi ini mengikut tempat mereka ditubuhkan, sementara negeri melantik ahli-ahlinya, memberikan peruntukkan kepada mereka, dan mengawal ia sedikit sebanyak.
Sebahagian daripada institusi ini merupakan pertubuhan serantau yang mengikut kompisisi, ini kerana mereka berkhidmat untuk negara atau wilayah tertentu. Contohnya Majlis Fiqh India di India, Majlis Eropah untuk Fatwa dan Penyelidikan (ECFR) yang berpusat di London. Tetapi Kesatuan yang kita mahukan ini mempunyai sifat-sifat dan ciri-ciri yang tersendiri dan berbeza dari yang lain.[1]
Pendekatan[sunting | sunting sumber]
Antara pendekatan yang diambil ː
- Penulisan-penulisan ilmiah bagi membetulkan kefahaman dan pendirian mengikut garis panduan Islam serta bagi menyedarkan ummah berkenaan isu-isu penting melibatkan Islam dan orang Islam.
- Menyampaikan nasihat dengan berhikmah terhadap pemimpin umat Islam agar mereka bersama dengan aspirasi Islam sejagat.
- Bekerjasama dengan badan-badan yang bermatlamat menjaga kemaslahatan Islam dan orang Islam.
- Menganjurkan dialog bersama pendokong teori-teori akademik, ideologi-ideologi pemikiran dan kumpulan politik yang berhadapan dengan Islam.
- Bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa dan badan-badan bukan kerajaan dari pelbagai bidang agar kesedaran Islam terhadap isu semasa ummah meluas ke serata dunia.
- Mengadakan persidangan dan seminar membincangkan segala isu yang berkait dengan Islam bagi mencapai satu resolusi yang disepakati bersama.
Keanggotaan[sunting | sunting sumber]
Keanggotaan KUMS adalah terbuka kepada setiap graduan pengajian Islam dalam apa jua pengkhususan dari serata universiti. Juga kepada mereka yang menceburi bidang Islamik dan mempunyai sumbangan signifikan terhadap perkembangan Islam. Namun, keanggotaan KUMS perlulah terlebih dahulu diluluskan oleh Lajnah Keanggotaan sebelum dibawa ke Jawatankuasa Tertinggi KUMS selain perlu mendapatkan sokongan dari dua orang anggota sedia ada.
Presiden Kesatuan[sunting | sunting sumber]
Nama | Negara Asal | Tempoh perkhidmatan |
---|---|---|
Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradawi. | Mesir | 2004 - 2018 |
Sheikh Dr. Ahmad al-Raysuni | Maghribi | 2018 - kini |
Lembaga Pemegang Amanah[sunting | sunting sumber]
Kesatuan ini dipimpin oleh sebuah organisasi yang dinamakan Lembaga Pemegang Amanah (Majlis al-Amna'). Ia terdiri daripada 12 anggota tertinggi dan 24 anggota lain. Berikut merupakan barisan kepimpinan yang dipilih pada Perhimpunan Agung ke-5 mereka yang berlangsung pada 3-7 November 2018[2].
JAWATAN | NAMA PENUH | JAWATAN | NAMA PENUH |
---|---|---|---|
Presiden | Sheikh Dr. Ahmad al-Raysuni, dari Maghribi | ||
Timbalan Presiden | Sheikh Ahmad bin Hamad al-Khalili, dari Oman | Timbalan Presiden | Sheikh Issam Al-Bashir, dari Sudan |
Timbalan Presiden | Sheikh Khairuddin Qahraman, dari Turki | Timbalan Presiden | Dr. Haji Salim Segaf Al-Jufri, dari Indonesia |
Setiausaha | Sheikh Ali Muhyiddin Al-Qaradaghi, dari Qatar | Penolong Setiausaha | Sheikh Abdul Majid Al-Najjar, dari Tunisia |
Penolong Setiausaha | Sheikh Abdul Ghaffar Aziz, dari Pakistan | Penolong Setiausaha | Dr. Nazihah Maarij, dari Maghribi |
Penolong Setiausaha | Sheikh Ali Muhammad Al-Shallabi, dari Libya | Penolong Setiausaha | Ömer Faruk Korkmaz, dari Turki |
Bendahari | Sheikh Abdul Rahman ali Al-Mahmud, dari Qatar | ||
Ahli Lembaga | Sheikh Ahmad Al-Umari, dari Lubnan | Ahli Lembaga | Sheikh Muhammad bin Hassan Al-Dedew Al-Shanqiti, dari Mauritania |
Ahli Lembaga | Sheikh Ikramah Said Sabri, dari Palestin | Ahli Lembaga | Sheikh Dr. Khalid Al-Mazkur, dari Kuwait |
Ahli Lembaga | Sheikh Muhsin Abdul Hamid, dari Iraq | Ahli Lembaga | Dr. Fatimah Abdullah Azzam |
Ahli Lembaga | Sheikh Salim Abdul Salam Al-Shaikhi, dari Libya | Ahli Lembaga | Sheikh Nuruddin Al-Khadimi, dari Tunisia |
Ahli Lembaga | Sheikh Dr Wanis Al-Mabruk, dari Libya | Ahli Lembaga | Maulana Salman al-Husaini al-Nadwi, dari India |
Ahli Lembaga | Sheikh Marwan Muhammad Abu Ras, dari Palestin | Ahli Lembaga | Sheikh Wasfıy Ashur Abu Zayd |
Ahli Lembaga | Syeikh Dr. Hammam Said, dari Jordan | Ahli Lembaga | Dr. Jasser Auda, dari Kanada |
Ahli Lembaga | Dr. Safwat Mustafa Halilovic, dari Bosnia & Herzegovina | Ahli Lembaga | Sheikh Abdul Razzaq Kasum, dari Algeria |
Ahli Lembaga | Ustazah Kamilia Hilmi Muhammad | Ahli Lembaga | Dr Jamal Abdul Sattar, dari Mesir |
Ahli Lembaga | Sheikh Abdulrahman Muhammad Birani, dari Iran | Ahli Lembaga | Sheikh Ahmad Abdul Wahab al-Banjuaini, dari Kurdistan |
Ahli Lembaga | Sheikh Husein Ghazi Samiraie | Ahli Lembaga | Sheikh Muhammad Salim Abdul Hay Dudu |
Ahli Lembaga | Sheikh Nawaf Al-Takrouri, dari Palestin | Ahli Lembaga | Dr. Sana Al-Haddad |
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-25. Dicapai pada 2015-09-24.
- ^ http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1662681
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
1) Laman Rasmi