Perpustakaan: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Buat asal Dibalikkan
Baris 2: Baris 2:
[[Fail:Perpustakaan Komuniti Cawangan Kota Damansara MBPJ, Kota Damansara 20231022 105014.jpg|thumb|Bangunan perpustakaan di [[Kota Damansara]], Selangor, Malaysia]]
[[Fail:Perpustakaan Komuniti Cawangan Kota Damansara MBPJ, Kota Damansara 20231022 105014.jpg|thumb|Bangunan perpustakaan di [[Kota Damansara]], Selangor, Malaysia]]


'''Perpustakaan''' ([pĕr.pus.ta.ka.an]) atau '''kutubkhanah''' ([ku.tub.kha.nah]) serta '''pusat sumber''' ialah sebuah bangunan yang menyimpan pelbagai koleksi [[sumber]] [[maklumat]] dan menyediakan perkhidmatan, diuruskan untuk digunakan, dan diuruskan oleh perbadanan awam ([[pemerintahan]]), institusi mahupun persendirian. Jika dahulu perpustakaan digunakan untuk menyimpan pelbagai koleksi bahan bercetak seperti buku dan majalah, tetapi disebabkan kepesatan dunia maklumat, perpustakaan kini dijadikan gudang yang menghimpunkan juga pelbagai sumber yang bersifat bahan bercetak, elektronik, mahupun bahan bukan cetakan. Malah, kebanyakan perpustakaan hari ini juga menyediakan perkhidmatan [[internet]] untuk kegunaan umum. Perpustakaan terbesar adalah Perpustakaan Kongres.<ref>[http://www.loc.gov/about/fascinating-facts/ Statistics - The Library of Congress is the largest library in the world, with more than 158 million items on approximately 838 miles of bookshelves. ]</ref>
'''Perpustakaan''' [pĕr.pus.ta.ka.an] atau '''kutubkhanah''' [ku.tub.kha.nah] serta '''pusat sumber''' ialah sebuah bangunan yang menyimpan pelbagai koleksi [[sumber]] [[maklumat]] dan menyediakan perkhidmatan, diuruskan untuk digunakan, dan diuruskan oleh perbadanan awam ([[pemerintahan]]), institusi mahupun persendirian. Jika dahulu perpustakaan digunakan untuk menyimpan pelbagai koleksi bahan bercetak seperti buku dan majalah, tetapi disebabkan kepesatan dunia maklumat, perpustakaan kini dijadikan gudang yang menghimpunkan juga pelbagai sumber yang bersifat bahan bercetak, elektronik, mahupun bahan bukan cetakan. Malah, kebanyakan perpustakaan hari ini juga menyediakan perkhidmatan [[internet]] untuk kegunaan umum. Perpustakaan terbesar adalah Perpustakaan Kongres.<ref>[http://www.loc.gov/about/fascinating-facts/ Statistics - The Library of Congress is the largest library in the world, with more than 158 million items on approximately 838 miles of bookshelves. ]</ref>


Istilah ''perpustakaan'' terbitan kata dasar ''pustaka'' {{script|Arab|ڤوستاک}} ({{Small|ejaan lama}} {{script|Arab|ڤستاک}}) bermaksud "[[buku]]" atau "[[kitab]]"<ref>{{Cite dictionary|title=pustaka|date=2017|encyclopedia=Kamus Dewan|publisher=Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia|edition=ke-4|url=http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=pustaka}}</ref> serapan [[bahasa Sanskrit]] पुस्तक ''pustaka'';<ref name="KosakataSanskerta">{{cite book|title=A Sanskrit-English Dictionary|last1=Monier-Williams|first1=Monier|publisher=Motilal Banarsidass|year=1981|isbn=|place=Delhi, Varanasi, Patna|pages=872}} - melalui {{Cite book|url=http://repositori.kemdikbud.go.id/3088/1/KOSAKATA%2520BAHASA%2520SANSEKERTA%2520DALAM%2520BAHASA%2520MELAYU%2520MASA%2520KINI.pdf|title=Kosakata Bahasa Sanskerta dalam Bahasa Melayu Masa Kini|last=Edi Sedyawati dkk.|first=|publisher=Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia|year=1994|isbn=979-459-416-4|location=Jakarta, Indonesia|pages=153-154}}{{Pautan putus|date=Ogos 2021 |bot=InternetArchiveBot |fix-attempted=yes }}</ref> penungkapan ini menyuaigunakan kelaziman menyimpan banyak salinan karya babad istana dan sesurat [[Bahasa Jawa|Jawa]] lain diatur kerabat-kerabat diraja besar yang memerintah dalam [[Jawa|pulau tersebut]].<ref>{{Cite journal|last=Proudfoot|first=Ian|year=2002|title=From recital to sight-reading: The silencing of texts in Malaysia.|url=https://www.tandfonline.com/doi/abs/10.1080/1363981022000005253|journal=Indonesia and the Malay World|volume=30|issue=87|pages=117–144|doi=10.1080/1363981022000005253}}</ref>
Istilah "perpustakaan" ini berakar daripada kata "pustaka" bermaksud "[[buku]]" atau "[[kitab]]"<ref>{{Cite dictionary|title=pustaka|date=2017|encyclopedia=Kamus Dewan|publisher=Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia|edition=ke-4|url=http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=pustaka}}</ref> serapan [[bahasa Sanskrit]], पुस्तक ''pustaka''.<ref name="KosakataSanskerta">{{cite book|title=A Sanskrit-English Dictionary|last1=Monier-Williams|first1=Monier|publisher=Motilal Banarsidass|year=1981|isbn=|place=Delhi, Varanasi, Patna|pages=872}} - melalui {{Cite book|url=http://repositori.kemdikbud.go.id/3088/1/KOSAKATA%2520BAHASA%2520SANSEKERTA%2520DALAM%2520BAHASA%2520MELAYU%2520MASA%2520KINI.pdf|title=Kosakata Bahasa Sanskerta dalam Bahasa Melayu Masa Kini|last=Edi Sedyawati dkk.|first=|publisher=Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia|year=1994|isbn=979-459-416-4|location=Jakarta, Indonesia|pages=153-154}}{{Pautan putus|date=Ogos 2021 |bot=InternetArchiveBot |fix-attempted=yes }}</ref>


== Jenis-jenis perpustakaan ==
== Jenis-jenis perpustakaan ==
Baris 29: Baris 29:


Selain daripada 5 jenis perpustakaan di dunia, terdapat pecahan kecil yang mengungkai cara perpustakaan-perpustakaan ini bergerak iaitu:
Selain daripada 5 jenis perpustakaan di dunia, terdapat pecahan kecil yang mengungkai cara perpustakaan-perpustakaan ini bergerak iaitu:
* [[Perpustakaan tradisional]]
* [[Perpustakaan tradisional]]
* [[Perpustakaan digital]]
* [[Perpustakaan digital]]
* [[Perpustakaan maya]]
* [[Perpustakaan maya]]

Semakan pada 07:14, 24 Disember 2023

Perpustakaan Julio Pérez Ferrero - Cúcuta, Colombia
Bangunan perpustakaan di Kota Damansara, Selangor, Malaysia

Perpustakaan [pĕr.pus.ta.ka.an] atau kutubkhanah [ku.tub.kha.nah] serta pusat sumber ialah sebuah bangunan yang menyimpan pelbagai koleksi sumber maklumat dan menyediakan perkhidmatan, diuruskan untuk digunakan, dan diuruskan oleh perbadanan awam (pemerintahan), institusi mahupun persendirian. Jika dahulu perpustakaan digunakan untuk menyimpan pelbagai koleksi bahan bercetak seperti buku dan majalah, tetapi disebabkan kepesatan dunia maklumat, perpustakaan kini dijadikan gudang yang menghimpunkan juga pelbagai sumber yang bersifat bahan bercetak, elektronik, mahupun bahan bukan cetakan. Malah, kebanyakan perpustakaan hari ini juga menyediakan perkhidmatan internet untuk kegunaan umum. Perpustakaan terbesar adalah Perpustakaan Kongres.[1]

Istilah "perpustakaan" ini berakar daripada kata "pustaka" bermaksud "buku" atau "kitab"[2] serapan bahasa Sanskrit, पुस्तक pustaka.[3]

Jenis-jenis perpustakaan

Perpustakaan negara

Perpustakaan Negara Iran.

Perpustakaan negara merupakan perpustakaan terbesar untuk sesebuah negara dan mempunyai koleksi terbanyak serta menjadi pusat rujukan utama. Kebanyakan perpustakaan negara juga dijadikan "Pusat Bibliografi Negara". Pengguna untuk perpustakaan negara adalah orang awam sama ada rakyat negara terbabit atau masyarakat luar (terutama penyelidik yang mahu membuat kajian terhadap negara terbabit). Belanjawan perpustakaan negara adalah di bawah kerajaaan yang mentadbir sesebuah negara itu. Contoh perpustakaan negara ialah Perpustakaan Negara Malaysia.

Perpustakaan akademik

Perpustakaan akademik di Johor, Malaysia.

Perpustakaan akademik merujuk kepada perpustakaan yang terdapat di institut pengajian tinggi dan koleksi-koleksinya berasaskan kursus yang terdapat di pusat pengajian tinggi tersebut. Ia dibuka kepada para pelajar, pensyarah dan penyelidik luar. Contoh perpustakaan akademik ialah Perpustakaan Universiti Sains Malaysia Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ, Universiti Teknologi Malaysia), Perpustakaan Tun Dr Ismail (UiTM, Johor) dan Perpustakaan Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Perpustakaan awam

Perpustakaan awam di Melaka, Malaysia.

Perpustakaan awam merujuk kepada perpustakaan negeri. Perpustakaan awam dibiayai oleh kerajaan negeri masing-masing dan koleksinya adalah menyeluruh. Penggunanya adalah sama seperti perpustakaan negara tetapi ia lebih menekankan kepada masyarakat setempat. Contoh perpustakaan awam ialah Perpustakaan Awam Melaka.

Perpustakaan khusus

Kebanyakan perpustakaan khusus adalah perpustakaan yang dibina oleh syarikat-syarikat persendirian yang mempunyai koleksi berkaitan perniagaan mereka. Sebagai contoh Perpustakaan Khusus SIRIM yang mengandungi koleksi hanya berkaitan SIRIM sahaja. Penggunanya pula adalah kakitangan SIRIM dan penyelidik luar yang mahu maklumat mengenai SIRIM.

Pusat sumber

Apabila berkata mengenai pusat sumber, ia lebih merujuk kepada pusat sumber sekolah. Koleksinya pula hendaklah berkaitan dengan kurikulum dan kokurikulum dan ko-akademik sekolah. Namun permasalahan yang terdapat di dalam pusat sumber kini adalah kekurangan koleksi berbentuk ilmiah dan kebanyakan pusat sumber hanya menumpukan kepada koleksi berbentuk luar dari ilmiah seperti novel.

Pusat Sumber Sekolah bukan hanya sekadar bilik-bilik tertentu, tetapi keseluruhan prasarana yang terdapat di sekolah, bermula dari pintu pagar hingga ke seluruhan kawasan sekolah yang menjadi sumber pendidikan. Ianya termasuk bilik-bilik khas, taman-taman, kantin atau apa sahaja yang boleh dijadikan rujukan.

Selain daripada 5 jenis perpustakaan di dunia, terdapat pecahan kecil yang mengungkai cara perpustakaan-perpustakaan ini bergerak iaitu:

Jabatan-jabatan di dalam perpustakaan

  • Jabatan Pemerolehan
  • Jabatan Pengkatalogan
  • Jabatan Pengedaran
  • Jabatan Automasi
  • Jabatan Bersiri
Bilik Bacaan Muzium British, London. Bangunan ini telah digunakan sebagai bilik bacaan utama Perpustakaan British dan kini telah dijadikan bahan pameran muzium.

Perpustakaan terkenal di dunia

Perpustakaan Kongres

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ Statistics - The Library of Congress is the largest library in the world, with more than 158 million items on approximately 838 miles of bookshelves.
  2. ^ "pustaka". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  3. ^ Monier-Williams, Monier (1981). A Sanskrit-English Dictionary. Delhi, Varanasi, Patna: Motilal Banarsidass. m/s. 872. - melalui Edi Sedyawati dkk. (1994). Kosakata Bahasa Sanskerta dalam Bahasa Melayu Masa Kini (PDF). Jakarta, Indonesia: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. m/s. 153–154. ISBN 979-459-416-4.[pautan mati kekal]

Panduan perpustakaan

Sumber lain