Astro Ria: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kulim (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Sebleouf (bincang | sumb.)
Baris 1: Baris 1:



{{Infobox TV channel
{{Infobox TV channel
Baris 80: Baris 79:
[[id:Astro Ria]]
[[id:Astro Ria]]
[[en:Astro Ria]]
[[en:Astro Ria]]
[[fr:Astro Ria]]

Semakan pada 17:06, 13 April 2010

Fail:Astro ria.gif

Astro Ria merupakan saluran berbahasa Melayu yang beroperasi selama 24 jam bagi perkhidmatan satelit rangkaian Astro. Saluran yang bermula sejak Astro dilancarkan pada 1996 ini boleh diikuti di saluran 104 Astro di Malaysia (dahulunya di saluran 2, kemudian saluran 4) dan di Astro Kristal untuk siaran Brunei. Perubahan saluran dibuat mulai 1 Oktober 2007 setelah Astro memperkenalkan saluran yang menggunakan 3 digit. Saluran ini terletak di bawah pakej Astro Keluarga bersama saluran Melayu lain seperti Astro Prima, Astro Oasis dan saluran berbahasa Indonesia, Astro Aruna.

Astro Ria menawarkan pelbagai rancangan termasuk drama Melayu, filem, rancangan realiti, sukan, bual bicara, kartun, konsert, sitkom, dokumentari, rancangan masakan, kuiz, dan lain-lain. Astro Ria juga turut menyiarkan pelbagai acara tahunan yang berprestij dalam dunia hiburan seperti penyiaran Anugerah Era, Festival Filem Malaysia, Anugerah Seri Angkasa selain pernah menyiarkan Perhimpunan Agung UMNO secara langsung dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Astro Ria telah berjaya menghasilkan ramai pengacara, penyanyi, dan pelakon yang terkenal di Malaysia seperti Mawi, Aznil Nawawi, AC Mizal dan ramai lagi.

Akademi Fantasia telah menarik ramai penonton Melayu di Malaysia dan Brunei untuk menonton Astro Ria yang mana sehingga kini rancangan realiti televisyen ini telah memasuki musim ke-7 pada tahun 2009. Selain itu antara rancangan realiti televisyen yang menarik minat penonton ialah Sehati Berdansa dan Jangan Lupa Lirik.

Menurut Nielsen Media Index pada 2006, saluran Astro Ria merupakan sebuah saluran Astro yang mempunyai kadar penonton tertinggi bagi satu-satu saluran di Astro selain Astro Wah Lai Toi.

Pada Mei 2002, Astro Ria telah mewujudkan Berita Bloomberg Ria yang merupakan edisi berita Bloomberg edisi berbahasa Melayu. Pada 2004, Astro dan Bloomberg telah berkerjasama untuk mewujudkan siaran Berita Astro. Pada 15 April 2007, siaran berita Bernama TV mulai bersiaran dari Wisma Bernama di Astro Ria setiap hari jam 8.30 malam. Namun dengan kemunculan Astro Awani pada September 2007, berita tidak lagi disiarkan di saluran ini.

Rancangan Realiti di Astro Ria

Lihat juga

Ranking

Astro Ria ialah saluran bahasa Melayu pertama di bawah kendalian Astro.

Pautan luar