Altantuya Shaariibuu: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Master2841 (bincang | sumb.)
k Suntingan 218.111.177.181 dikembalikan ke versi terakhir oleh Master2841
Master2841 (bincang | sumb.)
k Ingatan; rencana ini berkenaan dengan Altantuya Shaaribu dan bukan berkenaan dengan kes beliau. Maklumat-maklumat tentang defenden sila masukkan dalam artikel yang sesuai.
Baris 11: Baris 11:


Altantuya berkahwin sekali lagi dan mendapat seorang anak perempuan dalam tahun 2003 tetap perkahwinan kedua juga berakhir dengan perceraian. Sama seperti anak yang pertama, anak yang kedua juga hidup dengan kedua ibubapanya.
Altantuya berkahwin sekali lagi dan mendapat seorang anak perempuan dalam tahun 2003 tetap perkahwinan kedua juga berakhir dengan perceraian. Sama seperti anak yang pertama, anak yang kedua juga hidup dengan kedua ibubapanya.



==Pembunuhan==
==Pembunuhan==

Semakan pada 16:14, 26 Julai 2007

Altantuya Shaariibuu

Altantuya Shaariibuu @ Aminah Abdullah (Bahasa Mongolia: Алтантуяа Шаарьбуу) (1978-2006), seorang rakyat Mongolia, merupakan seorang mangsa bunuh yang mana baki mayatnya telah dihancurkan dengan bahan letupan C4

Kehidupan awal

Altantuya telah dilahirkan pada tahun 1978, kepada bapa Shaaribuu Setev, seorang profesor psikologi , dan ibu Sh Altantsetseg. Mereka membesarkan beliau dan adiknya semasa mereka bekerja di Russia di mana Altantuya memulakan persekolahan awal. Beliau fasih berbahasa Mongolia, bahasa Russia, bahasa Perancis dan bahasa Inggeris.

Altantuya telah balik ke Mongolia dalam tahun 1990 dan kemudian berkahwin dengan seorang penyanyi tekno Mongolia bernama Maadai. Mereka mendapat seorang anak dalam tahun 1996 tetapi perkahwinan ini berakhir dengan penceraian dan anak ini diletakkan di bawah ibubapa beliau.

Di sebalik bekerja sebagai seorang guru, dalam masa singkat Altantuya telah berpindah kePerancis di mana beliau menghadiri datu sekolah permodelan sebelum balik ke Mongolia. Beliau hanya menjadi model separuh masa, juga membuka satu perniagaan pelancongan di Mongolia, walaupun ia tidak banyak berjaya.

Altantuya berkahwin sekali lagi dan mendapat seorang anak perempuan dalam tahun 2003 tetap perkahwinan kedua juga berakhir dengan perceraian. Sama seperti anak yang pertama, anak yang kedua juga hidup dengan kedua ibubapanya.

Pembunuhan

Beliau telah dijumpai secara ngeri di lokasi antara lot 12843 dan lot 16735, Mukim Bukit Raja, dekat Shah Alam, Selangor antara pukul 10 malam 19 Okt dan 1 pagi 20 Okt 2006. Mayatnya ditemui pada 7 November 2006 iaitu 17 hari selepas dia diletupkan dengan bahan letupan C4.

Lokasi itu berdekatan dengan Empangan Tasik Subang .Beliau merupakan model sambilan dari Ulan Bator, ibu negara Mongolia, utara China. Cebisan mayat Altantuya ditemui bertaburan berhampiran Empangan Tasik Subang di Hutan Simpan Puncak Alam , Shah Alam, Selangor.

Pakar patologi mengesahkan cebisan mayat itu milik Altantuya dan disyakki dibunuh dengan letupan C4 iaitu "probable blast related injuries" (kecederaan berkaitan letupan).

Enam orang ditahan termasuk Abdul Razak Baginda Cif Inspektor Azilah Hadri (30 tahun) dan Koperal Sirul Azhar Umar ( 35 tahun). Azilah Hadri dari Unit Tindakan Khas . Dua lelaki penyiasat persendirian (45 dan 35 tahun ) disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengugut. Majistret Ahmad Solihin Abdul Wahid meluluskan permohonan polis bagi menahan reman dua bekas anggota polis itu dan kini ditahan di Ibu pejabat Polis Kontinjen Malaysia.

Seorang Cif Inspektor dari Unit Tindakan Khas , seorang Lans Koperal wanita dari Kontinjen Polis Petaling Jaya dan seorang konstabel turut ditahan reman 7 hari. Mereka ditahan dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi kes bunuh.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan mengesahkan beliau telah meminta bapa, ibu dan anak Altantuya yang menetap di Ulan Bator, Mongolia untuk datang ke Malaysia bagi memberi keterangan dan ujian darah DNA.

Para pegawai pendakwa raya daripada Jabatan Peguam Negara, anggota Jabatan Forensik Bukit Aman serta pegawai Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) membuat pemeriksaan semula di Empangan Subang, Puncak Alam, Shah Alam , Selangor.

Fakta Mahkamah

  • Tertuduh  : Cif Inspektor Azilah Hadri , Koperal Sirul Azhar Umar dan Abdul Razak Abdullah Baginda
  • Hakim  : Datuk Mohd Zaki Md Yasin
  • Pendakwa  : Tun Abdul Majid Tun Hamzah, Manoj Kurp, Wong Chin Kiat, Noorin Badaruddin dan Hanim Rashid.
  • Peguam bela : Wong Kian Kheong ( peguam bagi Abdul Razak Baginda),
               Hazman Ahmad ( Peguam Azilah Hadri),
               J Kuldeep Kumar ( Peguam Azilah Hadri ),
               Ahmad Zaidi Zainal ,
               Kamarul Hisham Kamarudin ( Peguam Sirul Azhar Umar)

Razak Baginda

Abdul Razak Baginda dikatakan mempunyai hubungan intim dan sulit dengan Altantuya. Beliau merupakan seorang penganalisis politik yang begitu prolifik di Malaysia dan di peringkat antarabangsa. Analisis beliau tentang isu-isu politik dan pertahanan di Afghanistan, Iraq dan Palestin diterima umum sebagai pendapat atau senada dengan pendapat rakyat Malaysia.

Razak Baginda yang berumur 46 tahun , menjadi ketua institut pemikir tempatan direman selama 5 hari kerana menculik dan berniat mengurung Altantuya. Jika disabit kesalahan mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan, beliau boleh dipenjara sehingga 7 tahun dan dekenakan denda.

Rumah Razak Baginda di Bukit Bandaraya dan di Damansara Height digeledah oleh pihak polis bagi mendapatkan sebarang maklumat.Pasport, komputer riba, komputer peribadi dan beberapa barangan peribadi lain telah diambil untuk dianalisis.

Peguam Razak Baginda ialah Datuk Muhammad Shafee Abdullah memantau barang-barang yang diambil oleh pihak polis.

Pada 11 November 2006, Razak Baginda dimasukkan ke Wad Kecemasan , Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat asma dan penimbunan cecair dalam paru-paru selepas mengadu sakit dada.Kini dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari HKL dengan kawalan polis.

Pada 16 November 2006, Abdul Razak Abdullah Baginda dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.Razak didakwa bersubahat membunuh Altantuya, 28, dengan Cif Inspektor Azilah Hadri, 30, dan Konstabel Sirul Azhar Umar, 35, dari Unit Tindakan Khas (UTK) di pejabatnya di Tingkat 10, Bangunan Getah Asli, No. 148, Jalan Ampang di sini antara pukul 9.54 pagi dan 11.05 pagi, 18 Oktober 2006.

Razak didakwa di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 302 kanun yang sama. Jika disabitkan dengan kesalahan, Abdul Razak boleh dihukum gantung sampai mati.

Pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Majistret Aizatul Akmal Maharani pada kira-kira pukul 12.47 tengah hari disaksikan oleh ahli keluarga Abdul Razak termasuk ibu bapanya, isteri yang merupakan seorang peguam, Mazlinda Makhzan dan anaknya, Rowina, 19.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Salehuddin Saidin dan Noorin Badaruddin manakala Abdul Razak diwakili dua peguam bela, Datuk Muhammad Shafee Abdullah dan M. Puravelan.

Biodata Altantuya

Altantuya Shaariibuu , 28, dari Ulan Bator, Mongolia disyakki ditembak mati sebelum mayatnya diletupkan dengan tiga butir bom tangan di Empangan Tasik Subang, Puncak Alam, Shah Alam , Selangor, Malaysia.

Altantuya tinggal dan dibesarkan di St Petersburg, Rusia sehingga berusia 12 tahun dan mendapat pendidikan di Beijing, China. Dia menguasai bahasa Inggeris, Rusia, Mandarin dan Mongolia.

Altantuya Shariibuu bekerja sebagai guru siswazah dan penterjemah dan jurubahasa di Ulaan Bataar. Altantuya Shariibuu juga bekerja dengan beberapa agensi pelancongan dan sebagai model sambilan. Beliau sering ke luar negara selaku model sambilan.

7 / 8 Oktober 2006 Altantuya ke Malaysia bersama adik perempuan dan sepupunya mencari Razak Baginda , bapa kepada bayi lelakinya yang berusia 16 bulan. Anak kecilnya bernama Altanchagai.Altantuya mahukan Razak Baginda membiayai kos rawatan lebihan cecair di kepala Altanchagai.

19 Oktober 2006 : Adik dan sepupu Altantuya membuat laporan polis dan kemudian mendapatkan bantuan daripada Kedutaan Mongolia di Bangkok.

Dr Shariibuu Setev seorang profesor psikologi dan isterinya Altentsetseg Sanjaa (52) tinggal di daerah Bayangol, 19 horoo, Block 56, Apartmen 28, Ulanbaatar, Mongolia .

Keluarga Altantuya

10 November 2006 : Dr Shariibuu Setev (56) tahun) tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang jam 6 petang . Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) dan ke Hospital Kuala Lumpur untuk memberi keterangan dan ujian sampel DNA. Polis bahagian forensik menjalankan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas Shaariibuu Mash-Muj untuk mengesahkan kesahihan identiti cebisan mayat yang dikutip oleh unit forensik di Empangan Tasik Subang . Sampel darah ibunya , Altantsetseg, 53 turut dibawa dari Mongolia. Sampel darah Altanchagai, 16 bulan, belum diambil lagi. Altanchagai sedang sakit dan sedang mendapatkan rawatan di Mongolia.

Konsul Kehormat Kedutaan Mongolia di Malaysia Datuk Syed Abdul Rahman Alhabshi mengiringi Dr Shariibuu Setev dan memberikan sidang media di di pejabat Konsul Kehormat Mongolia di Malaysia di Sunway Damansara .

Shariibuu Setev merupakan Pengarah Pusat Maklumat dan Pendidikan, Iniversiti National Mongolia. Beliau menyifatkan anaknya sebagai penyayang, berpelajaran tinggi, sentiasa mengambil berat dan amat disayangi, dan beliau tidak menduga anaknya dibunuh dengan kejam.

4 Jun 2007 : Shariibuu Setev ,Burmaa @ Amy (28 tahun), dan dua lagi saudaranya ke Malaysia. Shariibuu Setev tidak pernah berjumpa dengan Razak Baginda sebelum ini. Tetapi Burmaa @ Amy pernah berjumpa dengan Abdul Razak Baginda di Mongolia 'beberapa kali'.

Reaksi antarabangsa

Media antarabangsa seperti Fuji TV dari Jepun dan Channel News Asia (Singapura) turut membuat liputan.

Kerajaan Mongolia mengarahkan Kedutaan Mongolia di Bangkok, Thailand menghantar surat rasmi bagi mendapatkan penjelasan terpeinci dari Wisma Putra .

Duta Mongolia di Bangkok akan menyerahkan surat daripada kerajaan Mongolia kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail, bersabit kes itu.

Laporan media akan kelihatan subjudis dan menghina mahkamah. Kenyataan media oleh Konsul Kehormat Kedutaan Mongolia di Malaysia Datuk Syed Abdul Rahman Alhabshi boleh menjejaskan proses undang-undang.

Peguam asal Razak Baginda iaitu Datuk Muhammad Shafee Abdullah memohon mahkamah mengeluarkan injunksi bagi melarang kenyataan tanpa wibawa.

Akhbar The New Paper dari Singapura turut mengikuti berita ini. Pihak akhbar tersebut telah menyiarkan 5 halaman termasuk halaman utama tentang kes tersebut pada 18 Jun 2007 apabila kes itu mula dibicara. Akhbar tersebut bukan sahaja melaporkan berita keadaan dalam mahkamah malah turut membuat liputan tentang hal-hal yang berlaku di luar mahkamah.

Hakim perbicaraan

Peguam Negara Dato Abdul Ghani Patail telah memilih Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin sebagai hakim perbicaraan kes ini yang akan akan diadakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Oleh itu perbicaan telah dipercepatkan ke tarikh 4 Jun 2007. Kemudian ditunda ke 18 Jun 2007 kerana pertukaran barisan pendakwaraya.

  • 18 Jun 2007 : Karpal Singh menyarankan Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin menarik diri kerana mungkin disangka berat sebelah. Ini kerana beliau merupakan tiga (se)pupu dengan arwah isteri peguam Azilah, Hazman Ahmad yang meninggal dunia tahun 2005 . Tapi Mohd Zaki menyatakan dirinya masih layak.
  • 19 Jun 2007 : Dr Shaariibuu Setev dan kerajaan Mongolia mengemukakan rayuan di Pejabat Pendaftaran Jenayah Mahkamah Tinggi melalui firma guaman Karpal Singh & Co agar hakim lain mendengar kes itu.
  • Permohonan Karpal Singh agar dia dibenar memeriksa balas saksi ditolak kerana Karpal bukanlah peguambela kes ini.Tapi boleh menyoal saksi melalui mahkamah dan juga boleh mengemukakan soalan melalui pihak pendakwaan.

Barisan pendakwa raya

4 Oktober 2007 sejurus prosiding bermula, Timbalan Pendakwa Raya Tun Abdul Majid Tun Hamzah memberitahu Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yassin di Mahkamah Tinggi Shah Alam bahawa beliau , Manoj Kurup dan Wong Chiang Keat, baru dilantik lewat petang 3 Jun 2007. Penukaran pendakwaraya sepatutnya diberi notis sebulan.

Pendakwa raya sebelum ini ialah Ketua Unit Kes Terkelas dari Jabatan Peguam Negara Sallehuddin Saidin dan Timbalan Pendakwa Raya Noreen Badaruddin. Mereka telah ditukar oleh Peguam Negara, Abdul Ghani Patail.

  • Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yassin menetapkan tarikh baru ,18 Jun 2007 bagi posiding / perbicaraan Altantuya. Sementara itu Abdul Razak Abdullah Baginda dihantar di Penjara Sungai Buluh, Selangor.
  • 19 Jun 2007 : Tun Majid selaku Ketua Bahagian Guaman yang mengetuai pendakwaan memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi Shah Alam bahawaKetua Unit Jenayah Seksual dan Jenayah Am, Noorin Badaruddin turut menyertai pendakwaraya.

Peguambela

Cif Inspektor Azilah Hadri mulanya akan dibela oleh Zulkifli Nordin. Tapi Zulkifli Nordin menarik diri kerana ada campurtangan serius pihak ketiga sewaktu pembelaan dan perbicaraan .

Kemudian peguam Hamzah Ahmad dan Kuldeep Kumar dilantik sebagai peguambela Azilah Hadri.

Saman

4 Jun 2007 : Shaariibuu Setev (bapa) Altantyuya) , Altantsetseg Sanjaa (ibu) dan dua anak lelaki wanita itu Mungunshagai Bayarjargal, 9, dan Altanshagai Munkhtulga, 4, mengambil tindakan saman terhadap Cif Inspektor Azilah Hadri, Koperal Sirul Azhar Umar, Abdul Razak Abdullah Baginda dan kerajaan Malaysia. Mereka menuntut gantirugi RM100 juta atas kematian Altantuya.

Writ saman itu difailkan oleh firma guaman Messrs Karpal Singh & Co di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil Shah Alam pada 4 Jun 2007.

Alasannya ialah kehilangan dan kerugian terutama kedua-dua anak lelaki Altantuya yang kehilangan kasih sayang ibu dan satu-satunya pencari nafkah untuk mereka.

Kos RM10,000 setiap tahun bagi rawatan perubatan untuk anak Altantuya, Altanshagai, yang kurang upaya dan memerlukan rawatan perubatan setiap masa di sebuah hospital di Beijing.

Mereka gantirugi teladan dan teruk, faedah, kos, dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

  • Konsul Kehormat Mongolia ke Malaysia Datuk Syed Abdul Rahman Al-Habshi memberitahu bahawa Shaariibuu Setev datang bersama Burmaa, Almira, Gal Ochir, untuk menjadi saksi pendakwa .Mereka tinggal di Malaysia selama lapan hari dan dibiayai oleh Kerajaan Malaysia.

Pakatan bunuh

Prosiding dimulakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 18 Jun 2007. Lebih 100 saksi akan dipanggil dan jika tiga tertuduhn sabit kesalahan, hukuman gantung sampai mati mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan kes ini amat bergantung kepada keterangan langsung, keterangan ikut keadaan, keterangan pakar, keterangan saintifik, keterangan dokumenteri, pengakuan tertuduh kedua kepada pegawai atasannya dan beberapa keterangan lain di samping mengaitkan beberapa barang kes yang dijumpai.

Abdul Razak Abdullah Baginda, 46, dituduh bersuhabat dengan Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar . Abdul Razak didakwa membuat pakatan dan rancangan bunuh di Tingkat 10, Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang, Kuala Lumpur antara 9.54 pagi dan 10.05 pagi pada 18 Okt 2006.

Pakatan bunuh dengan cara letupan C4 diadakan di Wilayah Persekutuan antara 9.54 pagi pada 18 Okt dan 9.45 malam pada 19 Okt 2007.

Rentetan peristiwa

Pada Ogos 2005 hubungan intim Abdul Razak dengan Altantuya terputus tetapi masih memberi wang kepada Altantuya apabila dituntut.

Januari 2006, Abdul Razak mula enggan melayan tuntutan wang itu , lantas Altantuya terdesak ke Malaysia beberapa kali untuk menuntut sendiri daripada Abdul Razak.

8 Oktober 2006 Altantuya ke Malaysia ditemani dua teman wanita dari Mongolia untuk menemui Abdul Razak di pejabat tapi Abdul Razak enggan ditemui. Altantuya meninggalkan nota-nota .

Altantuya melantik penyiasat persendirian untuk mencari alamat rumaj Abdul Razak. Altantuya dikatakan mengugut akan mengancam nyawa Roweena Abdul Razak (anak Abdul Razak) jika tuntutan wang gagal.

Akibat enggan melayan tuntutan dan karenah Altantuya Abdul Razak melantik B Balasubramaniam seorang pegawai penyiasat persendirian bagi mengekori Altantuya, mengawal rumahnya (Abdul Razak) untuk mengelak daripada terus diganggu . Namun Altantuya terus mengganggunya.

Selepas Azilah menemui Abdul Razak, Azilah membawa pembantunya Sirul Azhar ke lobi Hotel Malaya di mana Altantuya menginap. Sekeping nota tercatat nama penyiasatan persendirian yang dilantik Abdul Razak, alamat hotel Altantuya dirampas di pejabat Abdul Razak.

Abdul Razak enggan menemui Altantuya di pejabatnya . Lalu Altantuya ke rumah Abdul Razak di __ dan Altantuya mahu buat laporan polis.

Sebelum itu, Abdul Razak melalui Balasubramaniam Perumal,penyiasat persendiriannya menasihati Altantuya tidak membuat laporan polis kerana akan menjejaskan reputasinya.Abdul Razak juga mahu pihak Imigresen menghantar simati pulang tetapi tidak berjaya.

Keterangan P Balasubmaniam Perumal

Biasanya penyiasat persendirian diupah kerana pelanggan tidak mahu publisiti berlebihan dan tidak mahu laporan polis tentang perkara yang sulit-sulit. Balasubramaniam Perumal dilantik oleh Abdul Razak pada 2 Oktober 2006 , sebelum Altantuya sampai ke Malaysia kali ke-3. Bayaran perkhidmatannya RM7000.00, dibayar dua kali.

Balasubramaniam dibantu oleh Suras Kumar dan dua pemandu teksi di Kuala Lumpur. Pemandu teksi tersebut telah bertugas dengannya selama 3 tahun.

6 atau 7 Oktober 2007, Magen telah mengarahkan Balasubramaniam (47 tahun )untuk menemui Abdul Razak di bangunan Getah Asli, Jalan Ampang , Kuala Lumpur. Perbincangan selama sejam. Altantuya telah mengugutnya. Subramaniam nasihatkan agar laporan polis dibuat tapi ditolak mentah-mentah kerana dia akan mendapatkan nasihat peguam yang lebih profesional. RM4000 diberi sebagi upah pakej -pastikan Altantuya pulang ke Mongolia.

Abdul Razak mengaku dia telah memberi banyak duit kepada Altantuya. Tapi Altantuya masih minta duit.

Tugas Subramaniam ialah memerhati di lobi pejabat Abdul Razak di Bangunan Getah Asli , mula masuk ke pejabat dan balik jam 5.30 petang.Masa itu tidak ada maklumat bila dan bagaimana wanita Mongolia akan datang.

Sebab-sebab diugut tidak dijawab oleh Abdul Razak kecuali sebab-sebab peribadi. Balasubramaniam ada 19 tahun pengalaman sebagai polis sebelum bersara. Beliau memberi keterangan dalam bahasa Tamil dan diterjemahkan oleh jurubahasa mahkamah.

Isnin 9 Oktober 2006, Abdul Razak menelefonnya bahawa Altantuya telah berada di depan pejabat. Dari Plaza Pekeliling, Balasubramaniam bersama Suras Kumar bermotosikal ke bangunan Getah Asli, Jalan Ampang. Siti Aisyah (penyambut tetamu) memberitahu Altantuya , 2 wanita Mongolia lain dan satu lelaki Cina telah turun melalui lif ke kereta Honda.

Balasubramaniam telah menelefon polis kerana Altantuya berada di pejabat Abdul Razak. Altantuya meninggalkan sekeping nota di pejabat itu. Jika tidak panggil polis, mungkin Altantuya dan 2 temannya akan naik dan mengganggu di pejabat.

Kemudian dua polis ( kemudian dikenali sebagai Azilah Hadri dan Sirul ) telah bercakap-cakap dengan Altantuya, lelaki Cina dan dua wanita Mongolia.

Altantuya pernah memberi Balasubramaniam satu nota untuk disampaikan kepada Abdul Razak. Tapi Balasubramaniam tidak membaca nota itu, cuma selit dipintu pejabat Abdul Razak.

16 Oktober 2006 Abdul Razak, Balasubramaniam dan Dhiren Rene Norende ( peguam keluarga Abdul Razak ) bertemu di sebuah restoran di Kuala Lumpur. Dhiren turut mencadangkan Altantuya tidak diapa-apakan.

Altantuya mengugut

17 Oktober 2006 Altantuya datang ke rumah Abdul Razak di Damansara. Altantuya telah buat kecoh dan polis telah membawanya ke Balai Polis Brickfield. Altantuya berhenti di kaunter depan dan seperti hendak membuat laporan polis. Ang Chong Beng mengheret Altantuya keluar dahulu dan buat perundingan yang menguntungkan ' menang menang' terlebih dahulu.

Altantuya telah menuntut USD500,000 dan tiga tiket penerbangan ke Mongolia daripada Abdul Razak. Tuntutan itu ketika Balasubramaniam, penyiasat persendirian Ang Chong Beng dan Balasubramaniam berada di luar Balai Polis Brickfield antara jam 11.00 - 12.00 malam. Altantuya menuntut wang itu selepas Ang Chong Beng memujuk Altantuya tidak membuat laporan polis mengenai Abdul Razak. Balasubramaniam setuju akan memaklumkan kepada Abdul Razak dan akan memaklumkan semula kepada Ang Chong Beng melalui telefon jika ada perkembangan lanjut.

19 Oktober 2006 sekitar 7.20 malam Altantuya dan 2 teman wanita melintasi rumah Abdul Razak di Damansara. Altantuya datang dengan teksi tapi tidak berhenti. Balasubramaniam yang berkawal di rumah Abdul Razak , telah menelefon Abdul Razak.

Ketika itu Abdul Razak tiada di rumah kerana keluar berbuka puasa dan meminta supaya Balasubramaniam mengawasi rumahnya. Dia hendaklah menghantar SMS jika Altantuya datang ke rumahnya.

Setengah jam kemudian ( 8.00 ) Altantuya datang semula dengan teksi seorang diri, tanpa 2 teman wanita lain.

Altantuya telah bercerita dengan Balasubramaniam tentang 'nasib malang'nya . Abangnya suruh ugut Abdul Razak konon menebus apartmen di Mongolia yang dipertaruhkan dalam perjudian. Ibunya mengidap mengidap penyakit barah dan terlantar di hospital. Ayahnya telah meninggal dunia . Altantuya memberitahu dia tiada wang untuk membayar bil-bil penginapan di Hotel Malaya.

Altantuya marah-marah di depan pagar rumah Abdul Razak dengan kata-kata: "You bastard, come out I want to see." Tapi Abdul Razak tak keluar-keluar.

Selepas kecoh, Altantuya dibawa pergi dengan kereta peronda polis tanpa paksaan, tetapi sukareka masuk ke dalam kereta peronda polis. Polis itu membuat satu panggilan telefon, tapi tak tahu kepada siapa.

Polis itu memberitahu Balasubmaniam bahawa Altantuya akan dibawa pergi. Selepas Altantuya bertanya, Balasubmaniam memberitahu dua lelaki itu ialah saudara Abdul Razak ( sepatutnya polis). Kemudian beritahu polis akan tangkap dia. Dia sendiri pergi ke kereta Proton Wira dan duduk di bahagian belakang. Wanita di depan kereta itu beralih tempat ke belakang. Lelaki di belakang beralih tempat ke depan kereta.

Abdul Razak berkata 'ok' apabila Balasubramaniam memaklumkan melalui telefon bahawa Altantuya dibawa oleh polis.

Pemandu teksi berang kerana Altantuya tidak bayar RM150.00 seperti dijanjikan. Polis yang menaiki Wira hanya membayar RM50.00 dan 100.00 lagi mintalah daripada Balasubramaniam. Esoknya baki tambang itu dibayar oleh Subramaniam.

Abdul Razak tahu kehadiran Altantuya di hadapan rumahnya malam itu dan minta Balasubramaniam 'melayan' sehingga 'orang-orangnya' sampai. 'Orang-orangnya' itu ialah Azizah Hadri dan Sirul Azhar. Altantuya dibawa dengan Proton Wira merah oleh dua anggota polis itu.

20 Oktober 2006 jam 2.00 - 3.00 petang Balasubramaniam menemui Abdul Razak di pejabatnya bagi menuntut baki bayaran perkhidmatan Rm2000.00 lagi.

Balasubramaniam tanya Abdul Razak di mana Altantuya ditahan tapi dia tanya balik soalan yang sama dan meneka di mana Altantuya ditahan. Balasubramaniam meneka Altantuya mungkin ditahan di Balai Polis Travers atau penjara Cawangan Khas di Jalan Ipoh.

20 Oktober 2006 jam 11 malam Ang Chong Beng, Uuriintuya Gal Ochir dan Namiiraa Gerelmaa datang ke rumah Abdul Razak di Damansara dan menjerit-jerit "Altantuya dikurung dalam rumah, bebaskan Altantuya".

Kemudian seorang inspektor polis telah datang setelah Ang menelefon polis dan melaporkan misteri kehilangan Altantuya.

21 atau 22 Oktober 2006 : Abdul Razak menghubungi Balasubramaniam untuk membuat laporan polis di Balai Polis Brickfield.

Abdul Razak tidak pernah mengupah Balasubramaniam untuk membunuh atau mencederakan Altantuya.Tetapi suruh 'tunggu' sehingga Altantuya kehabisan wang dan dengan sendiri balik ke Mongolia. Malahan Abdul Razak tidak mahu sebarang perkara tidak diingini berlaku kepada Altantuya.

Abdul Razak ada memberitahu Balasubramaniam bahawa Abdul Razak akan ke Hong Kong 24 Oktober 2006 iaitu Hari Raya Aidil Fitri pertama, anaknya Roweena Abdul Razak dan isterinya Mazlinda Makhzan akan ke London pada 25 Oktober 2006, hari raya kedua. Lantaran itu Abdul Razak merasakan laporan polis tidak perlu kerana akan mengganggu tugasnya itu.

Perkhidmatan Balasumbramaniam ditamatkan secara tiba-tiba oleh Abdul Razak kerana Suras Kumar ( pembantu Balasubramaniam) terlalu rapat dengan Altantuya dan dua rakannya.

Abdul Razak memberitahu Balasubramaniam nombor bilik Hotel Malaya tempat Altantuya menginap.

1 November 2006 : Balasubramaniam dipanggil oleh ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur untuk sesi kawat cam dan diberitahu tentang pembunuhan Altantuya.

Selepas itu Balasubramaniam memaklumkan kepada Abdul Razak bahawa Altantuya telah dibunuh. Padahal tugasnya telah ditamatkan pada 26 Oktober 2006. Abdul Razak menghantar ugutan sms ( forward) daripada Amy .(saudara Altantuya)

Antara 26 Oktober 2006 hingga 7 November 2006, Balasubramaniam menelefon Abdul Razak beberapa kali berhubung Altantuya tetapi Abdul Razak menyatakan dia sendiri tidak tahu.

Balasubramaniam telah direman ( ditahan) dua kali ( 3 hari dan 7 hari ) oleh Mahkamah Majistret bagi membantu suasatan.


Keterangan Dr Shaariibuu Steve

Dr Shaariibuu Setev (57) ialah bapa kandung Altantuya. Dr Shaariibuu merupakan profesor jurusan psikologi di Universiti Kebangsaan Mongolia , Ulan Bator, Mongolia.

Dr Shaariibuu menjadi saksi kedua selepas Balasubramaniam Perumal. Keterangannya dalam bahasa Mongolia dan diterjemahkan oleh Enkhjargal Tsetsgee seorang jurubahasa yang dilantik oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.Enkhjargal Tsetsgee berkahwin dengan perempuan Malaysia dan mempunyai status pemastautin tetap.

Anaknya dua orang perempuan sahaja iaitu Altantuya dan Altanzul ( 28 tahun). Anak keduanya Altanzul bekerja dengan syarikat swasta di Rusia , baru melahirkan anak dan tinggal bersamanya.

Altantuya tidak pernah berkahwin tetapi mempunyai dua anak luar nikah.

Altantuya berkelulusan tinggi seperti guru tetapi masih menjadi model sambilan , penterjemah dan jurubahasa . Altantuya pernah beberapa ke Malaysia, Singapura, China dan Hong Kong.

Altantuya ada memberitahunya bahawa dia kenal dengan 'Baginda' dan tidak menyatakan sebab Altantuya ke Malaysia.

  • Ogos 2006 Altantuya datang kali ke-2 ke Malaysia tanpa memberitahu lebih awal.

7 atau 8 Oktober 2006 Altantuya ke Malaysia kali ke-3.

Keterangan Ang Chong Beng

Ang Chong Beng ialah saksi ke-5 dalam kes ini. Ang Chong Beng ialah penyiasat persendirian, berbangsa Cina dan dilantik oleh Altantuya di Malaysia untuk mencari maklumat lanjut tentang Abdul Razak Baginda. Ang Chong Beng ialah pemandu teksi sekitar Hotel Malaya.

  • 19 Oktober 2006 jam 6 petang, ketika Ang Chong Beng dalam perjalanan dari Johor Baru ke Kuala Lumpur telah ditelefon oleh Altantuya. Altantuya meminta supaya dia dihantar ke rumah Abdul Razak di Damansara Height , tetapi ditolak kerana Ang masih di Johor Bahru. Ang menyuruh Altantuya menaiki teksi lain.
  • 20 Oktober 2006 sepupu Altantuya menelefon Ang bahawa Altantuya masih belum pulang dari rumah Abdul Razak.Maka Ang membawa Uuriintuya Gal Ochir dan Namiraa Gerelma untuk membuat laporan polis di Balai Polis __ . Uuriintuya Gal Ochir dan Namiraa Gerelma tidak boleh berbahasa Inggeris kecuali '`Altantuya no come back'?". Sementara Ang pula berbahasa Malaysia tetapi bertindak sebagai jurubahasa.
  • Ang Chong Beng merayu bantun Inspektor Mohd Faizol Azuhan Che Omar untuk 'menyelamatkan' Altantuya. Kemudian Ang, Failzol dan dua sepupu Altantuya pergi ke rumah Abdul Razak dan dia melaung "Abdul Razak lepaskan Altantuya" beberapa kali tetapi tiada jawapan.


Keterangan Burmaa Oyunchimeg

29 Jun 2007 Burmaa Oyunchimeg, 26, sepupu Altantuya menjadi saksi ke-6 kes Altantuya di Mahkamah Tinggi Shah Alam Burmaa adalah pengusaha salon kecantikan di Hong Kong Dia merupakan perunding imej dan kencatikan bagi Altantuya secara tidak langsung. Burma bercakap dalam bahasa Mongolia dan diterjemah ke bahasa Inggeris oleh jurubahasa mahkamah.

  • Burmaa banyak kali menghubungi atau dihubungi oleh Abdul Razak. Burmaa menjadi 'orang tengah' antara Abdul Razak dan Altantuya. Abdul Razak mengetahui nombor telefon Burmaa dan nombor telefon Altantuya.
  • Mereka pernah berjumpa di Hong Kong , Shanghai dan Singapura sekitar tahun 2004 dan 2005.
  • Abdul Razak ketika di England beberapa kali pernah menelefon Burmaa untuk bertanya tentang keadaan Altantuya .
  • Abdul Razak juga menelefon Burmaa untuk memaklumkan bahawa wang telah dimasukkan ke dalam akaun Altantuya.
  • Pada Ogos 2005, hubungan antara Altantuya dengan Abdul Razak Baginda belum putus. Sebaliknya mereka berdua melancong bersama ke Perancis dan Itali. Keterangan lanjut tentang perlancongan ini tidak diketahuinya kerana dia tidak turut serta.
  • Pada 2006 , Abdul Razak ada menghantar pesanan ringkas (SMS) menyatakan Abdul Razak telah memutuskan hubungan dengan Altantuya.Abdul Razak tidak mahu lagi berurusan dan berjumpa dengan Altantuya.( "Amy, could you let Altantuya know, I don't want to see her again" ). Ketika itu Burmaa berada di Hong Kong.
  • Altantuya jelaskan kepada Burmma bahawa hubungan mereka 'bermasalah' dan mahu segera ke Malaysia bagi menyelesaikannya. Ia bukan masalah besar, cuma salah faham kecil sahaja.
  • Burmaa pernah melihat sekeping gambar Altantuya dengan Najib Tun Razak, Abdul Razak Baginda dan lain-lain makan semeja.Gambar itu ditunjukkan oleh Altantuya di Hong Kong selepas dia pulang dari Perancis. Gambar itu belum belum ditunjukkan kepada mahkamah sebagai bahan bukti.

30 Jun 2007 Datuk Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad selaku Setiausaha Akhbar Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak menafikan hal itu dalam satu sidang media . Sebenarnya Najib Tun Razak berulangkali menjelaskan semasa pilihan raya kecil Ijok pada April 2007 bahawa beliau tidak pernah berjumpa , mengenali atau berurusan dengan Altantuya Shaariibuu . Jika beliau memberi ulasan lagi , ini akan menyebabkannya mencampuri urusan mahkamah atau subjudice. Anwar Ibrahim selaku Presiden PKR pernah mengaitkan Najib Tun Razak dalam kes ini.

Keterangan Rohaniza Roslan

Lans Koperal Rohaniza Roslan ialah saksi ke-7 kes ini, Rohaniza ialah teman wanita Azilah Hadri dan pemilik kereta Proton Wira Aeroback merah pada malam 19 Oktober 2006.Rohaniza mengecam 2 keping potret Altuntuya dan ditanda dalam senarai eksibit ID8 dan P20.

  • Rohaniza telah ditahan reman dari 1 November 2006 sehingga 14 November 2006 bersama Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar untuk membantu siasatan.
  • 19 Oktober 2006 9.00 malam , Azilah memandu kereta Proton Wira merah . Sementara Rohaniza duduk di sebelah. Sampai di rumah Abdul Razak, Azilah menemui Altantuya yang berada di luar rumah , memberitahu Altantuya jangan buat bising di luar rumah orang kerana tidak manis dan Abdul Razak telah berkeluarga. Sebarang urusan hendaklah diselesaikan di pejabat sahaja.
  • 19 Oktober 2006 11 malam , Rohaniza melihat Altantuya dibawa dengan kereta Suzuki Vitara hijau hendak menuju ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dipandu oleh 'kawan Azilah'.'Kawan Azilah' itu bertopi hijau, tidak berpakaian polis, berbaju T dan seluar jeans seperti seluar Azilah. Selepas itu Rohaniza pulang ke berek Balai polis Petaling Jaya dengan memandu Proton Wira merah .
  • 20 Oktober 2006 Azilah dan Rohaniza ke Sungai Pelek, Sepang untuk beraya dengan ibu bapa Rohaniza . Kelakuan Azilah diam sahaja tidak seperti selalu. Setelah ditanya, Azilah menjelaskan Altantuya tiba-tiba telah hilang.
  • Rohaniza telah menelefon Balai Polis Travers dan Balai Polis Brickfield untuk bertanya tentang kehilangan Altantuya. Mana tahu jika ada laporan 'perempuan' diculik atau dirogol . Rumah Abdul Razak terletak di antara dua balai polis itu.
  • Rohaniza berasa malu kerana dilokap Balai Polis Jalan Travers selama 14 hari. Dia disoal berkali-kali hingga kenyataannya berubah-ubah , celaru atau diubah oleh polis . Tekanan hebat dan dikurung di sebuah hotel menyebabkan dia mengiyakan sahaja agar sesi soal siasat cepat selesai. Dia disiasat oleh beberapa polis daripada Unit Jenayah Berat (D9) dan Unit Bantuan Teknik (D6). DSP Gan Tack Guan, ASP Tonny Lunggan dan Konstabel Maz turut dinamakan oleh Rohaniza.
  • Rohaniza dijanjikan akan dibebaskan jika memberi kerjasama malah Azilah akan dibebaskan.
  • ASP Tonny Lunggan yang turut menyiasat Rohaniza telah membuat laporan polis pada 2 Julai 2007 kerana Rohaniza mungkin berbohong.

Keterangan Siti Aishah Mohd Azlan

Siti Aishah Mohd Azlan ialah saksi ke-9.Beliau bekerja sebagi setiausaha di pejabat Abdul Razak Baginda di bangunan Getah Asli, berumur 24 tahun.

  • Pada 7 November 2006, Abdul Razak memberitahu Siti Aishah bahawa Azilah 'bertindak lebih' dengan membunuh Amina dan menuduh Abdul Razak yang mengupahnya. Sepatutnya Azilah sebagai Cif Inspektor dari UTK tahu akan kesalahan serius itu.

Keterangan Mastor Mohd. Ariff

Asisten Komisioner (ACP) Mastor Mohd. Ariff (45) adalah Timbalan Komander , Unit Tindakan Khas (UTK) , Bukit Aman, Kuala Lumpur. Beliau merupakan saksi ke-10 kes Altantuya. Beliau telah bertugas 25 tahun dalam perkhidmatan polis dan 19 tahun dalam UTK.

UTK tidak mempunyai prosedur jelas tentang pemulangan semula bahan letupan yang tidak digunakan. UTK tidak memeriksa peluru, bahan letupan dan senjata api di kediaman ahli UTK. Tetapi ada prosedur untuk memulangkan bahan letupan yang tidak habis digunakan semasa latihan ke stor simpanan senjata dan bahan letupan. Stor berkenaan dibawah pentadbiran __.

Hanya DSP M.V. Sri Kumar yang bertanggungjawab mengendalikan latihan membabitkan bahan letupan di UTK dan dia yang akan membuat permohonan serta bertanggungjawab ke atas bahan yang digunakan itu.

Sirul Azhar selaku operatif bawahan bagaikan robot yang mematuhi arahan pegawai atasan. Pada 19 dan 20 Oktober 2006, Sirul Azhar bertugas di pejabat dan tidak perlu memiliki senjata api. Kes Aziz Muhd. Din turut dirujuk.

ACP Mastor bukanlah pegawai penyiasat kes ini dan tidak berhasrat membuat catatan bertulis. Namun maklumat daripada Datuk Syed Ismail Syed Azizan tentang Inspektor Azilah yang menuduh Sirul Azhar sebagai pembunuh Altantuya didedahkan semasa dalam pesawat MAS.

Pada 4 November 2006, ACP Mastor Mohd. Ariff diarahkan oleh Timbalan Pengarah II Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) , Datuk Syed Ismail Syed Azizan pergi ke Pakistan untuk membawa balik Koperal Sirul Azhar dan tugasnya sebagai pengiring Perdana Menteri Malaysia ditamatkan serta merta sebaik sahaja bertemu dengan Sirul Azhar di sebuah hotel. DSP Fisol Salleh selaku ketua unit UTK di Pakistan mematuhi arahan ACP Mastor itu. Sirul Azhar sepatutnya pulang ke Malaysia pada 9 November 2006.

ACP Mastor yang mengetahui masalah keluarga Sirul Azhar, telah 'memalukan' Sirul dengan 'pembohongan' bahawa 'isterinya telah membuat laporan polis' - sebagai alasan utama perlu dibawa pulang ke Malaysia . Tugas besar , murni dan mulia sebagai pengiring PM ditamatkan begitu sahaja.

Mereka menaiki pesawat dari Lapangan Terbang Islamabad, transit di Lahore , tukar kepada penerbangan MAS di Bangkok dan mendarat di Lapangan Terbang Kuala Lumpur ( KLIA) pada 6 November 2006). Seterusnya menuju ke pejabat D9 Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) di Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur.

Keterangan Sirul Azhar

Kredibiliti pengakuan Koperal Sirul Azhar Umar kepada ACP Mastor ternyata tidak diterima oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam. Ternyata Sirul Azhar keliru dan dikelirukan, mungkin dipaksa dan didorong oleh ketuanya ACP Mastor ketika dalam penerbangan dari Bangkok ke Kuala Lumpur pada 6 November 2006. Ini selaras dengan Seksyen 24 Akta Keterangan .

ACP Mastor bersungguh-sungguh menyatakan dia tidak mendorong atau memaksa Sirul Azhar untuk mengaku. Secara licik, Sirul Azhar telah ditipu hidup-hidup bahawa bekas isteri Sirul telah membuat laporan polis . Sedangkan mereka berpisah pada 2004, 2 tahun lepas. Mengapa baru sekarang jandanya itu mahu menyamannya. Sirul Azhar semakin keliru kerana 'besarkah kesalahan dengan isterinya' hingga memalukan polis dan Unit Tindakan Khas sehingga dilucutkan tugas dari menjadi pengiring Perdana Menteri Menteri di Pakistan.

Beban kekeliruan semakin bertambah kerana tidak dibenarkan membawa beg pakaiannya. Dia tidak bergari tetapi diiring hingga ke tandas oleh dua rakan UTK , Sarjan Jelima Tasiran dan Koperal Zamri Abu Bakar. Sebagai pegawai polis UTK yang didedahkan dengan pelbagai taktik dan teknik soal-jawab, Sirul Azhar begitu mudah dirobotkan .

Sarjan Jelima Tasiran dan Koperal Zamri Abu Bakar yang turut serta pergi ke Pakistan juga tidak dipanggil untuk menjadi saksi kerana mereka juga 'robot' dan operatif bawahan yang juga 'tidak penting'. Mereka tidak ada maklumat untuk ditanya.

Keterangan Lim Meng Seah

DSP Lim Meng Seah, 44, dari Bahagian Siasatan Jenayah Utama Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur menjadi saksi ke-14.

Beliau bersama bersama lapan orang anggotanya menangkap Abdul Razak pada 7 November 2007, 9.55 pagi di Tingkat 10, Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang Kuala Lumpur. Abdul Razak dibawa dengan van polis , tidak bergari dan tidak ganas . Abdul Razak diserahkan kepada DSP Gan Tack Guan, pegawai yang mengarahkan beliau membuat tangkapan itu.

Dua telefon bimbit model Palm Treo 750 dan Nokia 8280 dan satu komputer riba selain buku daftar pelawat bangunan itu daripada pengawal yang bertugas di bangunan itu, Mohamad Zaini Zainordin telah dirampas. Mazlinda Makhzan menyerahkan kepadanya satu komputer laptop jenama NEC680 .

Pada 9 November 2006 Abdul Razak menyerahkan kepadanya satu sampul surat yang disimpannya di dalam laci meja pejabatnya yang mengandungi lima keping "surat bertulisan Malaya Hotel" dan kandungan satu daripada surat itu bertulisan Inggeris berbunyi "You love money or you love your life. I came with my father, waiting outside".

Bukti Azilah terbabit

  • 7 November 2006 : Polis merampas sekeping nota dari pejabat Azilah. Nota itu tercatat nama pegawai penyiasat persendirian tertuduh ketiga, alamat tempat tinggal Altantuya, nombor telefon dan namanya.
  • Keterangan saksi-saksi yang melihat pada malam Altantuya dibawa dari rumah Abdul Razak.
  • Rakaman televisyen litar tutup (CCTV) di lobi Hotel Malaya , CCTV di lobi bangunan Getah Asli dan komunikasi melalui telefon.
  • Lokasi letupan ditunjuk sendiri oleh Cif Inspektor Azilah Hadri
  • Keterangan saksi-saksi bahawa Azilah Hadri bersama Sirul Azhar Umar, adalah orang terakhir dilihat bersama dengan Altantuya.
  • Polis merampas beberapa barang milik Altantuya daripada Sirul Azhar. Sepasang selipar Sirul Azhar ada kesan darah simati.
  • Altantuya ada memberitahu rakannya jika dia ' hilang' 2 atau 3 jam pada 19 Oktober 2006 , cepat-cepatlah buat laporan polis dan carilah 'Razak Baginda'.

Kredibiliti Sirul Azhar

Seksyen 27 Akta Keterangan berkaitan kredibiliti keterangan saksi. Pegawai atasan Koperal Sirul Azhar Umar ialah Cif Inspektor Azilah Hadri.


  • SAKSI-SAKSI MASIH MEMBERI KETERANGAN DI MAHKAMAH TINGGI SHAH ALAM FAKTA MUNGKIN BERUBAH LAGI.

Rujukan