Puncak Alam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Puncak Alam
Bandar Puncak Alam
Bandar Puncak Alam
Negara Malaysia
Negeri Selangor
Daerah Kuala Selangor
Zon waktuWaktu Piawai Malaysia (MST)

Puncak Alam merupakan sebuah bandar dalam daerah Kuala Selangor, Malaysia. Ia terletak dalam lingkungan 20 kilometer ke arah barat laut daripada bandaraya Shah Alam, ibu negeri Selangor. Bermula sebagai sebuah estet kelapa sawit di bawah selenggaraan FELDA dalam kawasan yang dahulunya dikenali sebagai Bukit Cherakah, bandar ini mula dibangunkan dalam tahun 1990-an di bawah pengurusan Bukit Cherakah Development Sdn Bhd, sebuah syarikat swasta yang beroperasi di Shah Alam. Bermula daripada tarikh 15 Mei 2001, syarikat pemaju hartanah berkenaan telah bertukar nama kepada Puncak Alam Housing Sdn Bhd dan berpindah operasi serta membuka pejabat jualan di kawasan Puncak Alam.

Pada peringkat awal pelancaran, luas keseluruhan kawasan Puncak Alam dianggarkan pada keluasan 14,000 ekar (57 km persegi), walau bagaimanapun, akibat kemelesetan ekonomi pada akhir 90-an telah menyaksikan pengecilan keluasan saiz sebenar bandar berkenaan, di mana tanah-tanah asal yang diperuntukkan untuk Puncak Alam telah dibangunkan secara usahasama dengan pemaju-pemaju hartanah yang lain sehingga terbitnya bandar-bandar / pakej kecil di bawah nama dan konsep-konsep yang berbeza misalnya Alam Perdana, Alam Jaya, Shah Alam 2, Ambang Suria dan pelbagai sub-bandar lain.

Pembangunan masa hadapan[sunting | sunting sumber]

Pelan pembangunan bertarikh 9 September 2008 yang dikeluarkan oleh Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab ke atas pentadbiran Daerah Kuala Selangor, menyatakan bahawa pada masa hadapan Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) bakal disiapkan sepenuhnya pada tahun 2014 dengan peruntukan kawasan seluas 1,085.75 ekar (4.3939 km persegi), meliputi 15 fakulti pengajian yang mampu menampung 40,000 siswa dan kakitangan. Dokumen yang sama menganggarkan bahawa tambahan sebanyak 65,798 unit kediaman bakal disiapkan di Puncak Alam pada tahun 2015 yang mampu menampung 35,000 penduduk berbanding populasi sekarang yang dilaporkan pada kadar 25,000 penduduk.

Dokumen Rancangan Tempatan Tahun 2015 yang diterbitkan oleh MDKS menyatakan bahawa terdapat perancangan untuk membangunkan sebuah Taman Tema Air di kawasan ini, serta kemudahan LRT (Light Rail Transit) yang akan menghubungkan Bestari Jaya, Puncak Alam dan Shah Alam.


Pecahan[sunting | sunting sumber]

Puncak Alam terbahagi kepada beberapa kawasan penempatan dan perindustrian iaitu;

  • FELDA Bukit Cerakah
  • Fasa 1
  • Fasa 2
  • Fasa 3
  • Shah Alam 2 (Ambang Suria, Taman Alam Suria, Sinar Alam, Dataran Suria) - IJM
  • Puncak Bestari - Worldwide
  • Puncak Bestari 2 - Worldwide
  • Puncak Alam Jaya
  • Eco Business Park V - EcoWorld
  • Taman Alam Jaya
  • Taman Industri Alam Jaya
  • Pusat Perdagangan Alam Jaya
  • Taman Alam Perdana
  • Myra Alam - OIB
  • Daunan Worldwide - Worldwide
  • LBS Alam Perdana - LBS
  • Eco Grandeur - EcoWorld
  • Bandar Hillpark - MKH
  • UiTM Kampus Puncak Alam

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Di Puncak Alam, terdapat 3 buah sekolah rendah iaitu;

  • SK Puncak Alam 2. Sekolah ini terletak di Fasa 2. Pada tahun 2014, sekolah ini mendapat gelaran Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK).

Menengah

Di Puncak Alam, terdapat 2 buah sekolah menengah iaitu;

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 3°13′20″N 101°26′11″E / 3.222125°N 101.436274°E / 3.222125; 101.436274


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.