Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 67: Baris 67:
Ketiga - tiga puteri Baginda kini menetap di [[United Kingdom]]. Dua daripadanya, Tengku Iman dan Tengku Ilisha sedang menuntut di [[Universiti Nottingham]] manakala Tengku Ilyana di Down House School, [[England]].
Ketiga - tiga puteri Baginda kini menetap di [[United Kingdom]]. Dua daripadanya, Tengku Iman dan Tengku Ilisha sedang menuntut di [[Universiti Nottingham]] manakala Tengku Ilyana di Down House School, [[England]].


Tengku Abdullah mempunyai seorang anak angkat lelaki :
Tengku Abdullah mempunyai seorang anak angkat lelaki dan sepupunya :


* Yang Mulia Tengku Amir Nasser Ibrahim bin Tengku Arif Bendahara Ibrahim, diambil pada 1987. Dia dilahirkan pada 25 Ogos 1986 dan merupakan anak bongsu kepada Tengku Arif Bendahara Ibrahim dan isteri ketiga, Czarina binti Abdullah. <ref>http://www.tv9.com.my/beritatv9/tajuk_utama/Persandingan_Cucunda_Sultan_Pahang.html#.VEfPaPmSzeQ</ref>
* Yang Mulia Tengku Amir Nasser Ibrahim bin Tengku Arif Bendahara Ibrahim, diambil pada 1987. Dia dilahirkan pada 25 Ogos 1986 dan merupakan anak bongsu kepada Tengku Arif Bendahara Ibrahim dan isteri ketiga, Czarina binti Abdullah. <ref>http://www.tv9.com.my/beritatv9/tajuk_utama/Persandingan_Cucunda_Sultan_Pahang.html#.VEfPaPmSzeQ</ref>

Semakan pada 20:06, 26 Oktober 2017

Tengku Abdullah
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang
PasanganTunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
Cik Puan Julia Aishah Abdul Rais
AnakandaTengku Hassanal Shah
Tengku Muhammad Shah
Tengku Ahmad Shah
Tengku Afzan
Tengku Jihan
Tengku Iman
Tengku Illisha
Tengku Ilyana
Nama penuh
Tengku Abdullah ibni Sultan Ahmad Shah
KerabatPahang Royalty
AyahandaSultan Ahmad Shah
BondaTengku Ampuan Afzan

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Abdullah ibni Sultan Ahmad Shah (dilahirkan pada 1959 di Pekan, Pahang, Malaysia). Baginda kini menyandang jawatan Tengku Mahkota Pahang.[1]

Kehidupan Diraja

Baginda ialah anak ke-empat kepada Sultan Ahmad Shah dan Tengku Ampuan Afzan. Kekanda tertua baginda ialah Tengku Meriam. Baginda ialah putera sulung Sultan Ahmad Shah Sultan bagi negeri Pahang dan seluruh jajahan takluknya, seorang lagi putera ialah Tengku Muda Pahang.[2]

Keluarga

Tengku Abdullah berkahwin dengan puteri kedua Sultan Johor, Sultan Mahmud Iskandar, iaitu Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah[3] pada 6 Mac 1986 di Istana Bukit Serene. Baginda mempunyai lima cahaya mata bersama Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah; tiga putera dan dua puteri.

Baginda berkahwin buat kali kedua dengan Cik Puan Julia Rais yang merupakan bekas pelakon Malaysia dan mempunyai tiga cahaya mata; kesemuanya puteri.

Gelaran hormat bagi
Tengku Abdullah
Gaya panggilan Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Gaya pertuturan Kebawah Duli Yang Teramat Mulia
Gaya pilihan Tuanku

Anakanda

Putera dan Puteri Tengku Abdullah bersama Tengku Puan Pahang :

  • Yang Mulia Tengku Ahmad Iskandar Shah, dilahirkan pada 24 Julai 1990 dan meninggal pada hari yang sama.
  • Yang Mulia Tengku Hassan al-Ibrahim Alam Shah (Tengku Hassanal) lahir di Hospital Kuantan pada 17 September 1995.
  • Yang Mulia Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah (Tengku Muhammad) lahir pada 17 Ogos 1997.
  • Yang Mulia Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah (Tengku Ahmad Ismail) lahir pada 11 September 2001 dan mempunyai kembar perempuan.
  • Yang Mulia Tengku Putri Afzan Amina Hafizatullah (Tengku Afzan) lahir pada 11 September 2001 dan mempunyai kembar lelaki.
  • Yang Mulia Tengku Putri Nur Jihan Khalsom Athiyatullah (Tengku Jihan) lahir pada 27 April 2002.

Kesemua putera Baginda bersekolah di United Kingdom. Tengku Hassanal bersekolah di Sherborne School, Tengku Muhammad bersekolah di Harrow School dan Tengku Ahmad pula bersekolah di Caldicott School, England.

Puteri Tengku Abdullah bersama Cik Puan Julia Rais :

  • Yang Mulia Tengku Puteri Iman Afzan Tengku Abdullah lahir 1993 di Hospital Pantai Kuala Lumpur.
  • Yang Mulia Tengku Ilisha Ameera Tengku Abdullah, lahir 1994 di Hospital Pantai Kuala Lumpur.
  • Yang Mulia Tengku Ilyana Tengku Abdullah lahir pada 1997 di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.

Ketiga - tiga puteri Baginda kini menetap di United Kingdom. Dua daripadanya, Tengku Iman dan Tengku Ilisha sedang menuntut di Universiti Nottingham manakala Tengku Ilyana di Down House School, England.

Tengku Abdullah mempunyai seorang anak angkat lelaki dan sepupunya :

  • Yang Mulia Tengku Amir Nasser Ibrahim bin Tengku Arif Bendahara Ibrahim, diambil pada 1987. Dia dilahirkan pada 25 Ogos 1986 dan merupakan anak bongsu kepada Tengku Arif Bendahara Ibrahim dan isteri ketiga, Czarina binti Abdullah. [4]

Kelahiran

  • KYMM Tengku Abdullah (dilahirkan pada (1959-07-30)30 Julai 1959 (umur 64 tahun, 8 bulan dan 27 hari)

Penaung

Baginda merupakan bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia dan Timbalan Presiden Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) bagi komiti eksekutif.[5]

Rujukan

Kerabat diraja Malaysia
Didahului oleh
Sultan Ahmad Shah
Pewaris Takhta Negeri Pahang Darul Makmur
Kedudukan Pertama
1 Julai 1975 - kini
Diikuti oleh:
Tengku Hassanal Shah