Aliff Syukri Kamarzaman: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 210.19.197.210 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Yosri
Teg: Undur
Zafrulzain (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 49: Baris 49:
* ''[[My Coffee Prince]]'' sebagai (Kameo)
* ''[[My Coffee Prince]]'' sebagai (Kameo)
* ''Tuyul Ke London''
* ''Tuyul Ke London''
* ''[[Upin & Ipin]]'' (Musim 17, episod: "Terlajak Laris")
* ''[[Upin & Ipin]]'' (Musim 11, episod: "Terlajak Laris")


==Rujukan==
==Rujukan==

Semakan pada 12:47, 29 Disember 2017

Dato' Sri

Aliff Syukri Kamarzaman
اليف شكري بن كمرالزمن
Kelahiran
Aliff Syukri bin Kamarzaman

(1987-04-03) 3 April 1987 (umur 37)
Felda Kechau, Kuala Lipis, Pahang, Malaysia
Nama lainDatuk Terlajak Laris
PekerjaanUsahawan, pelakon, dermawan, penyanyi
PasanganDatin Sri Nur Shahida binti Mohd Rashid
Anak-anakAhmad Rayyan
Khatijah El Zahra
Ibrahim Adham
Ibu bapaRozita binti Ibrahim (ibu)

Dato' Sri Aliff Syukri bin Kamarzaman, SSAP, DIMP (lahir 3 April 1987) merupakan seorang pelakon dan usahawan Malaysia dan pengarah urusan dan pengasas kepada produk kecantikan dan kesihatan, D' Herbs Healthy Sdn. Bhd. yang terkenal dengan slogannya, 'Terlajak Laris'. Beliau merupakan anak ketiga kepada pengasas produk kosmetik Sendayu Tinggi, Rozita binti Ibrahim. Beliau mula terlibat dalam dunia perniagaan sejak berumur tujuh tahun sewaktu tinggal bersama neneknya di Sabak Bernam, Selangor.[1][2][3]

Latar belakang

Beliau dilahirkan di Felda Kechau, Kuala Lipis, Pahang pada 3 April 1987. Pada mulanya, beliau telah berpindah dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sg. Besar, Selangor. Kemudian, beliau telah melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Telok Gadong, Klang. Selepas itu, beliau telah belajar di Sekolah Pondok Pasir Tumbuh, Kelantan bagi mendalami ilmu agama. Selepas tamat pengajian di sekolah pondok, beliau telah menyambung pelajaran di Sekolah Integrasi As-Syakirin, Shah Alam sehingga tingkatan 5 dan melanjutkan pelajaran ke Taylor College. Beliau telah berkahwin pada umur 20 tahun bersama rakan sekerjanya, Datin Nur Shahida binti Mohd Rashid yang berusia 22 tahun pada ketika itu.

Kerjaya perniagaan

Penglibatan beliau dalam dunia perniagaan bermula sejak kecil lagi. Bermula dengan berniaga secara kecil-kecilan, akhirnya membuahkan hasil yang lumayan pada sekarang ini. Hadir dalam keluarga yang tidak mewah membuatkan beliau menghargai setiap sen yang dimiliki. Beliau mula berniaga sejak berusia tujuh tahun lagi sewaktu tinggal bersama neneknya di Sabak Bernam, Selangor. Semangatnya hadir untuk berniaga apabila melihat rakan sekolahnya membawa wang saku lebih 50 sen manakala beliau hanya 20 sen. Melihat di sekeliling rumah neneknya terdapat pokok mempelam dan jambu tumbuh subur, beliau tanpa meminta pertolongan, memanjat pokok tersebut dan hasilnya dijadikan jeruk untuk dijual di sekolah.

Jika budak lain pergi ke sekolah hanya membawa satu beg sekolah untuk mengisi buku, namun untuk beliau, pasti akan ada satu lagi beg tambahan untuk memuatkan jeruk yang dihasilkannya untuk dijual pada harga antara 10 hingga 20 sen. Perniagaan kecil-kecilan itu dilihat sangat berkesan lantas memberi keyakinan kepada beliau untuk melakukannya hingga ke peringkat sekolah menengah dengan menjual pelbagai jenis kerongsang dan juga tudung serta barangan kosmetik. Setelah tamat zaman persekolahan, beliau mula menjalankan perniagaan kecil-kecilan dari rumah ke rumah menjual jamu dan pelbagai jenis produk kecantikan jenama terkenal.

Bukan itu sahaja, pada waktu tengah hari pula, beliau akan mengetuk pintu pejabat untuk menjual. Walaupun ada kalanya terasa segan kerana pelanggannya tidak mahu mendengar penjelasan yang diberikan, ianya menjadi titik permulaan untuk beliau terus serius dalam berniaga. Baginya, malu itu perkara kedua. Prinsipnya mudah, 'bukan kerana modal kita berjaya, tetapi usaha dan kesungguhan paling penting'. Selepas berhempas pulas berniaga dari rumah ke rumah, bermodalkan wang simpanan yang dikumpul, beliau mula menyewa sebuah kiosk di pusat beli-belah di Subang Jaya, Selangor.

D' Herbs Healthy Sdn. Bhd.

Fail:Logo Syarikat D' Herbs Healthy Sdn.Bhd.png
Logo Syarikat D' Herbs Healthy Sdn. Bhd.

Bergelar suami dan bapa pada usia muda serta tinggal di kota raya membuatkan beliau perlu mencari jalan menambah pendapatan. Setiap hujung minggu, beliau akan membuat bengkel kecantikan dan kesihatan di tempat-tempat kerja sama ada swasta mahupun kerajaan. Sambil menyelam minum air, itulah yang beliau amalkan apabila beliau turut menjual produk kecantikan dan kesihatan pada masa bengkel dijalankan. Harga yang dikenakan juga tidaklah mahal, antara RM5 hingga RM10 sahaja. Melalui bengkel yang dijalankan, beliau mampu menjana pendapatan sehingga RM3000 sebulan. Selepas gigih menjual produk daripada pelbagai jenama, beliau mula merasakan lebih baik beliau menjual produknya sendiri. Maka, beliau mengambil langkah drastik untuk mengeluarkan produk ciptaan sendiri. Semua simpanan yang ada, beliau gunakan sepenuhnya untuk menghasilkan produk jenamanya sendiri. Walaupun sedar risiko muflis itu ada, namun selepas membuat kajian selama beberapa bulan, syarikatnya D’ Herbs Healthy Sdn. Bhd. berjaya mengeluarkan gincu kolagen pertama di Malaysia.

Pada peringkat awal pengenalan jenama D’ Herbs ini, pelbagai kerja dilakukannya sendirian termasuk mengelilingi Malaysia untuk tujuan promosi. Pelbagai tugas dilakukannya serentak termasuk menjadi pemandu dan ejen pemasaran. Beliau juga tidak malu untuk mempromosikan jenamanya di pasar malam kerana beliau percaya produknya adalah produk mampu milik segenap lapisan masyarakat. Syarikat yang ditubuhkan pada September 2010 ini pada mulanya hanya beroperasi di lot kedai di tingkat dua dengan hanya seorang pekerja sahaja.

Antara produk utama yang dihasilkan pada mulanya ialah :

  • Bedak Asas,
  • Produk pelansingan,
  • Minuman Kesihatan Wanita dan
  • Lipstick Rawatan Bibir

Kini, syarikat ini sudah berpindah ke bangunan empat tingkat dengan seramai 35 orang kakitangan serta telah menghasilkan hampir 90 rangkaian produk baru. Malah, produk-produk beliau dihasilkan di kilangnya sendiri iaitu Aliff Herbs Manufacturing Sdn Bhd. D'Herbs juga telah menjadi satu jenama yang semakin mendapat tempat di hati pengguna samada di Malaysia, Singapura dan Brunei dengan beroperasinya secara rasmi di Wisma D'Herbs di Kota Damansara. Beliau berazam untuk menjadikan D' Herbs Healthy sebagai salah satu jenama kosmetik yang terkenal di Malaysia serta negara-negara jiran dan seluruh dunia.

Filemografi

Rujukan

Pautan luar