Gabenor Bank Negara Malaysia: Perbezaan antara semakan
Rachun Dunia (bincang | sumb.) k dikemaskinikan sejak kunjungan terakhir saya |
Rachun Dunia (bincang | sumb.) k dikemaskinikan sejak kunjungan terakhir saya |
||
Baris 183: | Baris 183: | ||
===Gabenor & Pengerusi=== |
===Gabenor & Pengerusi=== |
||
Datuk Nor Shamsiah Yunus<ref>[http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=bm_about&pg=bm_thebank&ac=330&lang=bm Senarai ALP BNM terkini]</ref> |
|||
===Timbalan Gabenor=== |
===Timbalan Gabenor=== |
||
# Shaik Abdul Rasheed bin Abdul Ghaffour, CB |
|||
# Chew Cheng Lian, CB |
# Chew Cheng Lian, CB |
||
# N. Sadasivan a/l N.N Pillay |
# N. Sadasivan a/l N.N Pillay |
||
===Ahli Jawatankuasa Tadbir Urus Lembaga dan Ahli Jawatankuasa Audit Lembaga=== |
===Ahli Jawatankuasa Tadbir Urus Lembaga dan Ahli Jawatankuasa Audit Lembaga=== |
Semakan pada 00:57, 27 Jun 2018
YBhg. Tan Sri Datuk Muhammad bin Ibrahim | |
---|---|
Muhammad bin Ibrahim Gabenor Bank Negara Malaysia ke-8 | |
Dalam jawatan 1 Mei 2016 – 14 Jun 2018 | |
Didahului oleh | Zeti Akhtar Aziz |
Digantikan oleh | Nor syamsiah |
Butiran peribadi | |
Lahir | 1960 Sungai Besar, Selangor |
Kerakyatan | Malaysia |
Alma mater | UIAM Universiti Malaya HKS, Harvard University HBS, Harvard University |
Laman web rasmi | Bank Negara Malaysia |
Gabernor Bank Negara Malaysia adalah jawatan ekonomi tertinggi Malaysia. Gabenor BNM merupakan ketua seluruh institusi kewangan di Malaysia. Beliau menjalankan urusan dan hal ehwal bank mengikut dasar yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah BNM.[1]
Di dalam Seksyen 15 (1) Akta Bank Negara Malaysia 2009 memperuntukkan bahawa Gabenor hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Gabenor oleh Menteri Kewangan II (yang bertanggungjawab terhadap kewangan negara).
Setakat ini, (berkuatkuasa pada 1 Mei 2016) bilangan Gabenor Bank Negara Malaysia adalah seramai 8 orang. Penyandang terkini ialah Datuk Muhammad bin Ibrahim
Latar Belakang Gabenor Bank Negara Malaysia
Gabenor BNM Pertama, Tan Sri W. H. Wilcock (1959-1962)
Mantan Gabenor BNM Pertama iaitu Mendiang Tan Sri William Howard Wilcock merupakan warganegara Australia. Pada September 1956 cadangan dan dasar perundangan untuk penubuhan sebuah Bank Pusat di Tanah Melayu dikeluarkan dalam “Laporan Caine Watson”.
Pada ketika itu, beliau berkhidmat sebagai Timbalan Gabenor Bank Komanwel Australia (kini Bank Rizab Australia/Reserve Bank of Australia). Pada tahun 1958, beliau datang ke Tanah Melayu sebagai Penasihat Perbankan kepada Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.
Pada tahun 1959 ,beliau dilantik oleh SPB YDPA Tuanku Abdul Rahman sebagai Gabenor Pertama dan Pengerusi Lembaga Bank Pusat Malaya (ketika itu dikenali sebagai Bank Negara Tanah Melayu) selama 2 tahun. Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu memperbaharui kontrak selama 6 bulan lagi.
Beliau bersara daripada jawatan Gabenor BNM pada tahun 1962 dan kembali ke Australia untuk mengisi jawatan sebagai Pengurus Besar di Bahagian Percetakan Nota di Bank Rizab Australia dan menyelia pengenalan matawang perpuluhan Australia.
Gabenor BNM Kedua, Tun Ismail Mohd. Ali (1962 - 1980)
Mantan Gabenor BNM ke-2 iaitu Allahyarham Tun Ismail bin Mohd Ali menggantikan Tan Sri W. H. Wilcock sebagai Gabenor BNM. Sepanjang beliau menjadi Gabenor BNM, beliau dilihat telah memacu dunia perbankan sehingga Malaysia muncul dengan konsep mata wang yang kukuh dan dihormati di mata dunia.
Beliau menjadi Ahli Bank Malaysia yang paling terkemuka, menjadi Gabenor Bank Negara selama 18 tahun iaitu dari 1962 hingga 1980, mencatat rekod sebagai Gabenor Bank Pusat yang paling lama berkhidmat di Asia. Beliau meninggal dunia pada 19 Julai 1998 kerana komplikasi selsema pada usia 80 tahun. Sebuah bangunan di Kuala Lumpur dinamakan sebagai 'Menara Tun Ismail Mohd Ali' di Jalan Raja Laut sempena nama beliau pada tahun 2003.
Gabenor BNM Ketiga, Tan Sri Dato' Abdul Aziz Taha (1980-1985)
Mantan Gabenor BNM ke-3 iaitu Tan Sri Dato' Abdul Aziz bin Haji Taha menggantikan Tun Ismail Mohd Ali yang bersara pada 1980. Pada era ini (1982), siri wang kertas yang ke-2 telah diperkenalkan. Nilai wang kertas yang telah diperkenalkan ialah nilai $1, $5, $10, $20, $50, $100, $500, dan $1000.
Gabenor BNM Keempat, Tan Sri Dato' Jaffar Hussein (1985-1994)
Mantan Gabenor BNM ke-4 iaitu Tan Sri Dato' Jaffar bin Hussein menggantikan Tan Sri Dato' Abdul Aziz Taha yang bersara pada 1985. Pada era pemerintahan beliau (1993), duit kertas $1 telah digantikan dengan duit syling emas.
Gabenor BNM Kelima, Tan Sri Dato' Ahmad Mohd. Don (1994-1998)
Mantan Gabenor BNM ke-5 iaitu Tan Sri Dato' Ahmad bin Mohd. Don menggantikan Tan Sri Dato' Jaffar Hussein yang bersara pada 1994. Pada era pemerintahan beliau (1996), siri wang kertas yang ke-3 telah diperkenalkan dengan reka bentuk bersemangat Wawasan 2020. Nilai Dollar ($) juga ditukarkan kepada nilai Ringgit Malaysia (RM). Beliau juga antara individu yang bertanggungjawab dalam menyelesaikan Krisis Kewangan Asia 1997.
Gabenor BNM Keenam, Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hasan Sulaiman (1998-2000)
Mantan Gabenor BNM ke-6 iaitu Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hasan Sulaiman menggantikan Tan Sri Dato' Ahmad Mohd. Don yang bersara pada 1998. Pada era pemerintahan beliau, wang kertas RM1.00 diperkenal semula. Tandatangan beliau pada wang kertas juga merupakan antara yang unik kerana jika dibaca secara kasar, nama Aisyah akan kelihatan sekali gus menimbulkan tanda tanya dan misteri kepada pengumpul duit kertas masa kini kerana tiada Gabenor BNM yang bernama Aisyah.
Gabenor BNM Ketujuh, Tan Sri Dato' Seri Dr. Zeti Akhtar Aziz (2000-2016)
Mantan Gabenor BNM ke-7 iaitu YM Tan Sri Dato' Seri Dr. Ungku Zeti Akhtar binti Professor DiRaja Tun Dr. Ungku Abdul Abdul Aziz menggantikan Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hasan Sulaiman yang bersara pada 2000. Beliau merupakan Gabenor BNM wanita yang pertama. Beliau juga dilihat antara wanita yang bergitu berkuasa di Malaysia (selain Raja Permaisuri Agong dan Isteri Perdana Menteri).
Pada 13 September 2010, beliau telah dipilih sebagai antara Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia oleh majalah Global Finance. Ia berdasarkan faktor kawalan inflasi, sasaran pertumbuhan ekonomi, kestabilan mata wang dan pengurusan kadar faedah. Pada era pemerintahan beliau, siri wang kertas yang ke-4 telah diperkenalkan. Beliau bersara pada 28 April 2016 selepas 16 tahun memegang pentadbiran kewangan tertinggi negara.
Gabenor BNM Kelapan, Tan Sri Datuk Muhammad Ibrahim (2016-2018)
Gabenor BNM ke-8 iaitu Tan Sri Datuk Muhammad bin Ibrahim merupakan Gabenor BNM menggantikan Tan Sri Dato' Seri Dr. Zeti Akhtar Aziz yang bersara pada 2016. Perlantikan beliau berkuatkuasa pada 1 Mei 2016. Beliau mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai gabenor pada 14 Jun 2018.
Gabenor BNM ke-9, Datuk Nor Shamsiah binti Mohd Yunus (2018-kini)
Gabenor BNM ke-9 iaitu Datuk Nor Shamsiah binti Mohd Yunus merupakan Gabenor BNM menggantikan Tan Sri Datuk Muhammad bin Ibrahim yang meletakkan jawatan pada 14 Jun 2018 atas desakan politik. Perlantikan beliau berkuatkuasa pada 1 Julai 2018.
Senarai Gabenor Bank Negara Malaysia
Senarai Ahli Lembaga Pengarah Bank Negara Malaysia
Gabenor & Pengerusi
Datuk Nor Shamsiah Yunus[4]
Timbalan Gabenor
- Shaik Abdul Rasheed bin Abdul Ghaffour, CB
- Chew Cheng Lian, CB
- N. Sadasivan a/l N.N Pillay
Ahli Jawatankuasa Tadbir Urus Lembaga dan Ahli Jawatankuasa Audit Lembaga
N. Sadasivan a/l N.N Pillay
Pengerusi Jawatankuasa Tadbir Urus Lembaga dan Ahli Jawatankuasa Audit Lembaga
Dr. Sulaiman bin Mahbob
Pengerusi Jawatankuasa Audit Lembaga dan Ahli Jawatankuasa Tadbir Urus Lembaga
Chin Kwai Yoong
Ahli Jawatankuasa Tadbir Urus Lembaga dan Ahli Jawatankuasa Risiko Lembaga
Siti Norma binti Yaakob
Pengerusi Jawatankuasa Risiko Lembaga
Lim Haw Kuang
Ahli Jawatankuasa Risiko Lembaga
Wee Hoe Soon @ Gooi Hoe Soon
Struktur organisasi
Senarai Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia
Senarai Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia
Anugerah
- Zeti Akhtar Aziz pernah dicalonkan sebagai sebagai Calon Pengarah Urusan IMF pada 2011 oleh Bloomberg
Lihat Juga
- Bank Negara Malaysia (BNM)
- Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)
- Kumpulan Bank Dunia (WBG)
Rujukan
- ^ "BNM Administered Legislation". Bank Negara Malaysia. Dicapai pada 4 December 2014.
- ^ Gabenor Bank Negara Malaysia terkini
- ^ Gabenor Bank Negara Malaysia terkini
- ^ Senarai ALP BNM terkini
Pautan luar
Penyandang Terdahulu | Gabenor Bank Negara Malaysia | Penyandang Kemudian |
Zeti Akhtar Aziz | Muhammad Ibrahim |