Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Jangan dikelirukan dengan Tunku Abdul Rahman.
Yang di-Pertuan Agong
Tuankuabdulrahman.jpg
Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad
Yang di-Pertuan Agong ke- 1
Raja Permaisuri Agong Tuanku Puan Besar Kurshiah binti Almarhum Tuanku Besar Burhanuddin
Negeri Negeri Sembilan
Keputeraan (1895-08-24)24 Ogos 1895
Istana Lama Seri Menanti, Seri Menanti, Negeri Sembilan, Negeri Melayu Bersekutu, Malaya British
Kemangkatan 1 April 1960(1960-04-01) (umur 64)
Istana Negara, Kuala Lumpur, Malaya
Mula jawatan 31 Ogos 1957
Tamat jawatan 1 April 1960
Penyandang terdahulu
Penyandang kemudian Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah

Almarhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad (24 Ogos 1895 –- 1 April 1960) ialah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang merupakan Yang di-Pertuan Agong Pertama Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia). Baginda memerintah sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dari 31 Ogos 1957 sehingga kemangkatannya pada 1 April 1960.

Riwayat hidup[sunting | sunting sumber]

Diputerakan di Seri Menanti, Negeri Sembilan, Tuanku Abdul Rahman memperoleh pendidikan awal di Sekolah Melayu Kuala Jempol sehingga tahun 1907. Selepas itu, baginda meneruskan pendidikan Sekolah Menengah di Maktab Melayu Kuala Kangsar selama tujuh tahun sehingga tahun 1914.

Sewaktu penamatan pelajaran sekolah menengahnya, S.P.B. dilantik sebagai Pegawai Melayu di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun 1915, baginda memulakan kerjaya yang cemerlang sebagai Penolong Pemungut Hasil Tanah di Seremban. Terbukti baginda seorang pegawai yang rajin dan sangat komited terhadap tugas Baginda. Baginda mendesak jabatan itu supaya membuka lebih banyak cawangan di beberapa daerah lain di Negeri Sembilan.

Seterusnya baginda Tuanku Abdul Rahman dilantik sebagai Penolong Pegawai Melayu di Klang sebelum ditukarkan semula ke daerah lain. Kemudian Baginda dihantar bertugas sebagai Penolong Pemungut Hasil Tanah di Hulu Selangor. Berkat usaha gigih dan ketekunan baginda selama ini, baginda telah dinaikkan pangkat sebagai Penolong Pegawai Daerah.

Titik perubahan dalam kerjaya baginda berlaku pada tahun 1925 apabila baginda bertugas untuk jangka masa yang pendek di Mahkamah Agung di Kuala Lumpur. Kemudian, baginda mengiringi paduka ayahanda baginda, yang ketika itu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan bercemar duli melawat United Kingdom untuk menyaksikan Pameran Empayar British di Wembley dan untuk menziarahi Raja George V.

Dalam perjalanan ke United Kingdom, baginda membulatkan tekad untuk belajar undang-undang. Hasrat baginda ini mendapat limpah perkenan Tuanku Muhammad, ayahanda baginda. Dengan itu baginda pun terus menetap di United Kingdom sehingga baginda menamatkan pengajian dan memperoleh ijazah undang-undang pada tahun 1930. Berita tentang baginda telah mendapat ijazah undang-undang telah disiarkan dalam surat khabat di Tanah Melayu secara besar-besaran. Terdapat kekeliruan antara Tuanku Abdul Rahman dengan Tunku Abdul Rahman pada ketika itu. Tunku Abdul Rahman ialah adinda kepada besan Tuanku Abdul Rahman.

Baginda diterima menjadi peguam tiga tahun kemudiannya. Selama beberapa tahun yang pertama, Baginda berusaha sehingga menjadi Magistret. Kemudiannya baginda dilantik sebagai Pegawai Daerah.

Baginda mempunyai tiga putera dan lima puteri. Permaisuri pertama baginda, D.Y.M.M. Tuanku Maharum berputera seorang putera, D.Y.M.M. Tuanku Munawir, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang Kesembilan. Cik Engku Maimunah berputera dua putera dan dua puteri. Yang sulung ialah Y.T.M. Tuanku Aidah. Baginda Tuanku Ja'afar ialah putera kedua manakala Tunku Abdullah ialah putera ketiga.

Baginda Tuanku Abdul Rahman juga sangat meminati bidang sukan. Antaranya sukan kriket, bola sepak dan tenis. Walau bagaimanapun, sukan yang paling digemari baginda ialah sukan tinju. Malahan, pada zaman mudanya baginda gemar menyarungkan sarung tangan tinju dan bertinju dengan putera-putera baginda.

Yang di-Pertuan Besar[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1933, D.Y.M.M. Tuanku Muhammad mangkat. Baginda Tuanku Abdul Rahman terus ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Ketika itu baginda merupakan seorang peguam bela dan dengan yang demikian baginda merupakan satu-satunya Raja Melayu yang mempunyai kelayakan sebagai peguam bela dan peguam cara.

Yang di-Pertuan Agong[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1957, baginda dilantik oleh Majlis Raja-Raja sebagai Yang di-Pertuan Agong yang pertama bagi Tanah Melayu dan ditabalkan pada 13 September 1957. Baginda memerintah Negeri Sembilan selama 24 tahun sebelum menjadi Yang di-Pertuan Agong Tanah Melayu yang Pertama. Baginda bersama Raja Permaisuri Agong telah berangkat mencemar duli melawat Negeri Brunei Darussalam selama seminggu pada tahun 1959.

Kemangkatan dan pewarisan takhta[sunting | sunting sumber]

Tuanku Abdul Rahman mangkat ketika beradu di Istana Negara, Kuala Lumpur pada awal pagi 1 April 1960. Kemangkatan Seri Paduka Baginda telah diumumkan ke seluruh negara oleh Perdana Menteri YTM Tunku Abdul Rahman Putra. Kali terakhir baginda memperlihatkan diri di khayalak ramai, adalah pada 30 Mac, apabila Seri Paduka Baginda merasmikan pembukaan peraduan kedua bola sepak merebut piala junior Asia di Stadium Merdeka.

Istiadat kemangkatan diadakan di Dewan Perjamuan Istana Negara. Pada 2 April 1960, perarakan mengiringi jenazah baginda telah diadakan di Kuala Lumpur, di mana keranda jati baginda kemudian dibawa oleh kereta api ke Seremban dan kemudian dengan kereta api ke Istana Besar, Seri Menanti. Baginda dikebumikan di Makam Diraja di Seri Menanti, Negeri Sembilan pada 5 April 1960.[1]

Dengan kemangkatan DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang pertama, Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad itu, maka Sultan Selangor iaitu DYMM Tuanku Hisamuddin Alam Shah, Timbalan Yang Dipertuan Agong telah diisytiharkan untuk menjalankan tugas-tugas Yang di-Pertuan Agong sehinggalah seorang Yang di-Pertuan Agong yang baharu dilantik oleh Majlis Raja-Raja. Manakala Tuanku Munawir pula telah diangkat sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.

Legasi[sunting | sunting sumber]

frames

Gambar portret baginda masih lagi digunakan di atas wang kertas Ringgit Malaysia sejak siri pertama (tahun 1967) sehingga kini.

Terasul dan gelaran[sunting | sunting sumber]

  • 24 Ogos 1895 – 1922: Yang Amat Mulia Tuanku Abdul Rahman ibni Tuanku Muhammad
  • 1912 – 1 Ogos 1933: Yang Amat Mulia Tuanku Abdul Rahman ibni Tuanku Muhammad, Tunku Muda Serting
  • 1 Ogos 1933 – 2 Ogos 1933: Yang Amat Mulia Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad, Tunku Muda Serting
  • 2 Ogos 1933 – 31 Ogos 1957: Duli Yang Maha Mulia Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus
  • 31 Ogos 1957 – 1 April 1960: Ka-bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad, Yang di-Pertuan Agong Persekutuan Tanah Melayu I

Kurniaan[sunting | sunting sumber]

Kurniaan negara[sunting | sunting sumber]

Kurniaan asing[sunting | sunting sumber]

  •  Brunei: Darjah Kerabat Mahkota Negara (DKMB, 23.4.1959)
  •  United Kingdom:
    • Knight Commander of the Order of St Michael and St George (KCMG, 1934)
    • Jubli Perak Raja George V (1935)
    • Pingat Kemahkotaan Raja George VI (1937)
    • Pingat Kemahkotaan Ratu Elizabeth II (1953)
    • Knight Grand Cross of the Order of St Michael and St George (GCMG, 1957)

Anakanda[sunting | sunting sumber]

Nama Keputeraan Kemangkatan Perkahwinan Anakandanya Cucundanya
Tarikh Perkahwinan
YM Che Engku Maimunah binti Abdullah (kahwin 1919, telah bercerai)
YAM Tunku Aida 27 Mei 1920 29 Mei 1937 YM Tunku Ma’amor bin Tunku Usoh YM Tunku Datuk Sri Mizan
YM Tunku Ainunnisa
YM Tunku Ainah
YM Tunku Maztom 3 orang puteri
YM Tunku Puan Sri Arishah 2 orang putera dan 3 orang puteri
DYMM Tuanku Ja’afar 19 Julai 1922 27 Disember 2008 8 Ogos 1942 DYMM Tunku Najihah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin YAM Tunku Tan Sri Naquiah YM Tunku Nadzimuddin
YM Tunku Datin Mir'atun Madihah
YM Tunku Nasaifuddin
YM Tunku Nasruan Adil
YAM Tunku Dato' Seri Utama Naquiyuddin YM Tunku Mohamed Alauddin
YM Tunku Alia Nadira
YM Tunku Nadia Sahiya
YM Tunku Khairul Zaim
YAM Tunku Tan Sri Imran YM Tunku Khairil Imran
YM Tunku Tarrant
YM Tunku Abdul Rahman Aminullah
YAM Tunku Puteri Puan Sri Dato' Seri Jawahir YM Tengku Azra Jahan Juzaila
YM Tengku Aslahuddin Ja’afar
YM Tengku A'zran Abdul Jawaad
YAM Tunku Dato' Seri Irinah YM Tengku Alam Shah Amiruddin
YM Tengku Aiman Shahirah
YAM Tunku Dato Seri Nadzaruddin YM Tunku Muhammad Hazim Shah Raden
YM Tunku Muhammad Mish’al Raden
YM Tunku Ines Najiha Raden
YAM Tunku Sheilah 2 Mei 1924 23 Ogos 1942 YM Tunku Daud bin Tunku Besar Burhanuddin YM Tunku Ivy Mu’hsinah Putri Sian Shaharia binti Sharif Winter
YM Tengku Datuk Munasir YM Tunku Mutalib
YM Tunku Muzaffar
YM Tunku Maisura Adibah
YM Tunku Mu’tasim YM Tunku Mahzuz
YM Tunku Mahir
YM Tunku Masna
YM Tunku Mukhrizah
YM Tunku Roxana Paul Kamil Lafrance
Sarah Melane Lafrance
YAM Tunku Tan Sri Abdullah 2 Mei 1925 19 Ogos 2008 22 April 1946 (cerai 1958) YM Tunku Zahara binti Tunku Zakaria YM Tunku Dato’ Sri Iskandar YM Tunku Idalyn Mazura
YM Tunku Izrina Mazuin
YM Tunku Izora Mulaika
YM Tunku Hajjah Marina Ashraf Mazran Zamani bin Dato’ Zulkifly
Mazlina Zairin binti Dato’ Zulkifly
Mizfarah Zara binti Dato’ Zulkifly
Mazrah Zuraihan binti Dato’ Zulkifly
YM Tunku Dato’ Kamil Ikram YM Tunku Shazwan Kaiyisha
YM Tunku Arina Nakita
YM Tunku Arina Nashita
6 Ogos 1959 (cerai 30 Mac 1966) Cik Yah Zain binti Abdullah YM Tunku Dato’ Ya’acob YM Tunku Elana Khyra
YM Tunku Leana Khyra
YM Tunku Ama’an Khyra
YM Tunku Nadya Khyra
YM Tunku Oma’an Khyra
YM Tunku Ima’an Khyra
YM Tunku Yahaya YM Tunku Mikael
YM Tunku Halim YM Tunku Kristina Radin Sunna
YM Tunku Adam Radin
30 Mac 1966 (cerai 20 Februari 1970) Cik Khadija binti Abdullah YM Tunku Soraya Dakhlah
21 April 1973 (cerai 1991) Cik Engku Chesterina binti Abdullah Tiada
10 Ogos 1991 (cerai 1996) Cik Engku Maimuna binti Abdullah Tiada
25 April 1997 YM Puan Sri Che Engku Rozita binti Ahmad Baharuddin YM Tunku Muhammad Shah Tiada
YM Tunku Intan Kursiah Tiada
YAM Tuanku Ampuan Maharunnisa binti Tunku Mambang (kahwin Mac 1921, bercerai 1923)
DYMM Tuanku Munawir 29 Mac 1922 14 April 1967 1 Januari 1940 DYMM Tuanku Ampuan Durah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin YAM Tunku Umpa Munawirah YM Tengku Mu'adzam Sadruddin
YM Tengku Munawir Islahuddin
Tengku Mu'amir Izzuddin
YAM Tunku Mudziah bin Dato’ Iskandar Ja’afar
binti Dato’ Iskandar Ja’afar
DYMM Tuanku Muhriz Tunku Ali Redhauddin
Tunku Zain 'Abidin
Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin
YAM Tunku Datin Anne Dakhlah Siti Mazeera
Siti Mazlina
Siti Mazlynda
YAM Tunku Deborah 2 orang puteri
Almarhumah YAM Tunku Datin Deanna YM Tengku Amera Nafisah
YM Tengku Nadia Azrina
YM Tengku Dahira Azirah
DYMM Tuanku Kurshiah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin (kahwin 21 Mac 1929)
Kebawah DYMM Sultanah Bahiyah 24 Ogos 1930 24 Ogos 2003 9 Mac 1956 Kebawah DYMM Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Almarhum Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah YTM Tan Sri Tunku Puteri Intan Shafinaz Tiada
YAM Tunku Hajah Shahariah 8 April 1932 25 Oktober 1956 YAM Tunku Abdul Rahman ibni Almarhum Sultan Ismail YBM Tunku Abu Bakar YM Tunku Kurshiah Aminah Atiah
YM Tunku Abdul Rahman Burhanuddin
YM Tunku Aishah Johara
YTM Tunku Zaidah binti Tunku Zakaria (kahwin 1948)
YAM Tunku Noraida Zakia 6 Disember 1950 Tiada maklumat Encik Abdul Rahim bin Abdul Manaf Putri Norashiqin

Keturunan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Mubin Sheppard (1960) The Death and Funeral of His Late Majesty Tuanku Abdul Rahman Malaya in History Vol 6 No. 1 Malayan Historical Society, Kuala Lumpur
  2. ^ Senarai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
  3. ^ Buyers, Christopher. "Salasilah Negeri Sembilan 6". royalark. Dicapai 30 April 2018. 
Almarhum Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad Shah
Kerabat diraja Negeri Sembilan
Tarikh keputeraan: 24 Ogos 1895 Tarikh kemangkatan: 1 April 1960
Gelaran pemerintah
Gelaran Baru Yang di-Pertuan Agong
1957 – 1960
Diikuti oleh:
Sultan Hisamuddin Alam Shah
(Sultan Selangor)
Didahului oleh
Tuanku Muhammad
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
1933 – 1960
Diikuti oleh:
Tuanku Munawir