Sultan Sharafuddin Idris Shah: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Lencongan.
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 10: Baris 10:
| pengganti =
| pengganti =
| raja muda = [[Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah]]
| raja muda = [[Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah]]
| pasangan = {{marriage|[[Tengku Permaisuri Norashikin]]|2016}}
| pasangan = Raja Zarina binti Raja Zainal (k. 1968, c. 1986)
Nur Lisa Idris binti Abdullah (k. 1988, c. 1997)
[[Tengku Permaisuri Norashikin|Tengku Permaisuri Norashikin binti Abdul Rahman]] (k. 2016)
| anak = Tengku Zerafina
Tengku Zatashah
[[Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah]]
| anak = Tengku Zerafina
Tengku Zatashah
[[Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah]]
| nama penuh = Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj
| nama penuh = Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj

Semakan pada 12:09, 12 Julai 2018

Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj
Sultan Selangor IX
Pemerintahan 22 November 2001 - Kini
Pendahulu Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Raja Muda Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah
Pasangan Raja Zarina binti Raja Zainal (k. 1968, c. 1986)
Nur Lisa Idris binti Abdullah (k. 1988, c. 1997)
Tengku Permaisuri Norashikin binti Abdul Rahman (k. 2016)
Anakanda
Tengku Zerafina
Tengku Zatashah
Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah
Nama penuh
Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj
Tempat persemayaman Istana Alam Shah, Klang, Selangor
Ayahanda Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj
Bonda Raja Saidatul Ihsan Binti Tengku Badar Shah
Keputeraan (1945-12-11) 11 Disember 1945 (umur 78) (umur 78 tahun, 4 bulan dan 15 hari)
Istana Jemaah, Klang, Selangor, Malaya British Inggeris
Agama Islam Sunni

Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah merupakan Sultan Selangor ke-9 yang memerintah negeri Selangor sejak 22 November 2001 berikutan kemangkatan ayahanda baginda, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Latar belakang

Baginda diputerakan pada 11 Disember 1945 di Istana Jemaah, Klang hasil pernikahan Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dengan Raja Nor Saidatul Ehsan Tengku Badar Shah. Istana Jemaah kini telah ditukar menjadi Kolej Islam Sultan Alam Shah.

Baginda ialah anak sulung daripada enam orang adik-beradik. Adik-beradik yang lain ialah Tengku Puteri Sofiah, Tengku Sulaiman Shah (Tengku Laksamana Selangor), Tengku Puteri Seri Zanariah, Tengku Abdul Samad Shah (Tengku Panglima Besar Selangor), Tengku Puteri Arafiah dan Tengku Puteri Aishah.

Pada tahun 1968, baginda telah berkahwin dengan Raja Zarina Raja Tan Sri Zainal dan dianugerahkan dua orang puteri yang diberi nama Tengku Zerafina (diputerakan pada 1969) dan Tengku Zatashah (diputerakan pada 1973).

Perkahwinan baginda tidak bertahan dan baginda telah bercerai pada tahun 1986. Baginda telah berkahwin kali kedua dengan seorang warga Amerika Syarikat iaitu Puan Nur Lisa Idris binti Abdullah pada tahun 1988 tetapi telah bercerai pada tahun 1997.

Perkahwinan ketiga baginda telah dilangsungkan dengan seorang pembaca berita RTM, Tengku Permaisuri Norashikin, yang telah dinikahi baginda di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang pada 31 Ogos 2016. Pernikahan baginda dilaksanakan oleh Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid. Majlis tersebut dibuat secara sederhana dan ringkas atas titah baginda sendiri. Pernikahan tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Mufti Mufti Dr Anhar Opir, Imam Paduka Tuan, Mohd Rasid Mahful; mantan Timbalan Mufti Selangor Mufi Datuk Abdul Majid Omar; ahli Majlis Agama Islam Selangor Datuk Salehuddin Saidin, dan keluarga pengantin perempuan. Norashikin merupakan ibu kepada dua orang anak.[1]

Baginda mempunyai seorang putera, iaitu Tengku Amir Shah, yang kini merupakan Raja Muda Selangor.

Pertabalan

Majlis pertabalan telah diadakan pada 22 November 2001 di Balairung Seri Istana Alam Shah, Klang. Tengku Idris Shah kini bergelar Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj. Istiadat pemasyhuran diraja turut dihadiri iaitu Tengku Panglima Diraja Selangor selaku Ketua Istiadat Diraja. Hadirin-hadirin lain ialah Tengku Sulaiman Shah; Tengku Aris Temenggong, Tengku Muhammad Yusuf Shah dan Orang Kaya To' Engku Maha Bijaya Hulu Langat, dan Datuk Abdul Rani Datuk Shamsuddin. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo membacakan pengisytiharan pemasyhuran di bawah 30 (2) Bahagian 1, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959. Tengku Idris Shah merupakan Sultan Melayu pertama menaiki takhta tanpa mempunyai permaisuri sejak negara mencapai kemerdekaan.

Turut hadir ketika itu ialah bekas Raja Permaisuri Agong, Tuanku Siti Aishah binti Abdul Rahman dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin. Majlis ini disiarkan secara langsung menerusi sebuah rancangan khas oleh televisyen negara iaitu RTM.[2]

Latar belakang

Baginda diputerakan pada 11 Disember 1945 di Istana Jemaah, Klang hasil pernikahan Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dengan Raja Nor Saidatul Ehsan Tengku Badar Shah. Istana Jemaah kini telah ditukar menjadi Kolej Islam Sultan Alam Shah.

Baginda ialah anak sulung daripada enam orang adik-beradik. Adik-beradik yang lain ialah Tengku Puteri Sofiah, Tengku Sulaiman Shah (Tengku Laksamana Selangor), Tengku Puteri Seri Zanariah, Tengku Abdul Samad Shah (Tengku Panglima Besar Selangor), Tengku Puteri Arafiah dan Tengku Puteri Aishah.

Pada tahun 1968, baginda telah berkahwin dengan Raja Zarina Raja Tan Sri Zainal dan dianugerahkan dua orang puteri yang diberi nama Tengku Zerafina (diputerakan pada 1969) dan Tengku Zatashah (diputerakan pada 1973).

Perkahwinan baginda tidak bertahan dan baginda telah bercerai pada tahun 1986. Baginda telah berkahwin kali kedua dengan seorang warga Amerika Syarikat iaitu Puan Nur Lisa Idris binti Abdullah pada tahun 1988 tetapi telah bercerai pada tahun 1997.

Perkahwinan ketiga baginda telah dilangsungkan dengan seorang pembaca berita RTM, Tengku Permaisuri Norashikin, yang telah dinikahi baginda di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang pada 31 Ogos 2016. Pernikahan baginda dilaksanakan oleh Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid. Majlis tersebut dibuat secara sederhana dan ringkas atas titah baginda sendiri. Pernikahan tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Mufti Mufti Dr Anhar Opir, Imam Paduka Tuan, Mohd Rasid Mahful; mantan Timbalan Mufti Selangor Mufi Datuk Abdul Majid Omar; ahli Majlis Agama Islam Selangor Datuk Salehuddin Saidin, dan keluarga pengantin perempuan. Norashikin merupakan ibu kepada dua orang anak.[3]

Baginda mempunyai seorang putera, iaitu Tengku Amir Shah, yang kini merupakan Raja Muda Selangor.

Keturunan diraja

Pendidikan

Baginda belajar di Sekolah Melayu Jalan Raja Muda, Kuala Lumpur pada tahun 1950 dan Institusi St. John, Kuala Lumpur. Pada tahun 1960, baginda melanjutkan pelajaran di Hale School di Perth, Australia.

Seterusnya baginda menyambung pelajaran di Kolej Langhurst di Surrey, Britain pada tahun 1964.

Kerjaya

Pernah menjadi pegawai di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Daerah Kuala Lumpur dan pejabat Polis Kuala Lumpur.

Pada 3 September 1960 dilantik menjadi Raja Muda Selangor ke-8 . Tetapi majlis pertabalan diadakan pada 1970 di Istana Alam Shah, Klang. Pada 24 April 1999 dilantik sebagai Pemangku Raja Selangor berikutan ayahandanya dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-11.

Komander Tentera Laut

Menjadi Komander Kehormat Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia pada 27 Ogos 1998. Pentauliahan ini kerana baginda berjaya mengelilingi dunia selama 644 hari mulai 4 Februari 1995 dengan menaiki kapal layar peribadinya, Jugra. Kisah pelayaran ini disiarkan secara bersiri dalam Mingguan Malaysia. Baginda meminati bidang pelayaran sebagaimana ahli pelayaran Islam dari Afrika bernama al-Idrisi.

Pada 1997 baginda mengembara 16,000 km dari Beijing ke Paris dengan kereta antik, Ford model B. Oleh itu baginda diiktiraf oleh Malaysian Book of Records.[4]

Anugerah

Pada 20 Februari 2012, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj telah menerima penganugerahan pangkat tertinggi daripada Kerajaan Perancis iaitu Commandeur De La Legion D'Honneur (Commander of the French National Order of the Legion of Honour). Penganugerahan telah dilakukan oleh Ketua Angkatan Pertahanan Perancis, Laksamana Edouard Guillaud di Kedutaan Perancis dekat Kuala Lumpur. Turut hadir ketika penganugerahan berlangsung ialah puteri Sultan, Tengku Zatashah dan Duta Perancis ke Malaysia Martine Dorance. Anugerah berprestij itu yang disampaikan kepada Sultan Selangor adalah untuk mengiktiraf peranan Sultan Sharafuddin dalam mentadbir angkatan Tentera Laut Diraja Malaysia dan sebagai pemimpin tertinggi untuk Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan.[5]

Pembedahan jantung

Pada 3 Mei 2009, baginda menjalani pembedahan jantung terbuka selama 10 jam di Pusat Perubatan Universiti Stanford di Palo Ato, California, Amerika Syarikat. Pembedahan injap mitra regurgitasi itu terpaksa dilakukan kerana mengalami lecutan pecahan - ukuran bagi keberkesanan jantung - jatuh di bawah 60 peratus dan/atau ventrikel kiri adalah lebih besar daripada 40mm semasa berehat. Lecutan pecahan itu boleh digunakan bagi menganggarkan fungsi ventrikel kiri yang mengepam darah ke seluruh badan. Pembedahan diketuai oleh Prof Dr Craig Miller dan Prof Dr Alan Yeung.[6]

Rujukan

Penyandang Terdahulu Sultan Selangor
2001 - kini
Penyandang Kemudian
Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj kini