Abdul Hamid Mohamad: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 45: Baris 45:
{{s-start}}
{{s-start}}
{{s-bef|before=[[Ahmad Fairuz Abdul Halim]]}}
{{s-bef|before=[[Ahmad Fairuz Abdul Halim]]}}
{{s-ttl|title=[[Ketua Hakim Negara Malaysia]]|years= 2007–2008}}
{{s-ttl|title=[[Ketua Hakim Negara Malaysia]]|years= 2006–2008}}
{{s-aft|after=[[Zaki Azmi]]}}
{{s-aft|after=[[Zaki Azmi]]}}
{{end}}
{{end}}

Semakan pada 10:07, 13 Julai 2018


Abdul Hamid Mohamad
Ketua Hakim Negara Malaysia ke-5
Dalam jawatan
2006–2008
Didahului olehAhmad Fairuz Abdul Halim
Digantikan olehZaki Azmi
Butiran peribadi
LahirAbdul Hamid bin Mohamad
(1942-04-18) 18 April 1942 (umur 82)
Kampung Permatang Tinggi Bakar Bata, Kepala Batas, Pulau Pinang
PasanganHamidah Choong Abdullah
Anak-anak4

Datuk Abdul Hamid Mohamad (lahir 18 April 1942) merupakan mantan Ketua Hakim Negara Malaysia ke 12.

Biografi

Abdul Hamid dilahirkan pada 18 April 1942 di Kampung Permatang Tinggi Bakar Bata, Kepala Batas, Pulau Pinang mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Sungai Keladi dan pendidikan menengah di St. Xavier‘s Institution.

Beliau mendapat ijazah perundangan dari Universiti Singapura pada 1969 dan menyertai perkhidmatan kehakiman dan perundangan sebagai majistret di Kangar, Perlis dan Tapah, Perak.Beliau pernah menyandang pelbagai jawatan seperti Penolong Pengarah Biro Bantuan Guaman, Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi dan Ketua Pendakwaan Jabatan Peguam Negara.

Abdul Hamid dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman pada 1 Mei 1990 dan dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi dua tahun kemudian. Beliau menjadi Hakim Mahkamah Rayuan pada 1 September 2000 dan dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada 1 Ogos 2003.Abdul Hamid dilantik menjadi Presiden Mahkamah Rayuan pada 5 September 2007, menggantikan Tan Sri Abdul Malek Ahmad yang meninggal dunia pada 1 Jun 2007.Beliau yang gemar memancing pernah memegang jawatan Presiden Persatuan Memancing Malaysia. Beliau berkahwin dengan Datin Hamidah Choong Abdullah dan mempunyai empat anak.

Berusia 65 tahun pada waktu perlantikan, Abdul Hamid mempunyai masa yang singkat untuk berkhidmat sebagai Ketua Hakim Negara kerana mengikut perlembagaan, umur persaraan hakim ialah 66 tahun tetapi perkhidmatannya boleh disambung selama enam bulan lagi atas budi bicara Yang di-Pertuan Agong.[1]

Penghargaan

Penghargaan Malaysia

Rujukan

  1. ^ "Kenali Abdul Hamid, Zaki", Utusan Malaysia, 6 Disember 2007.
  2. ^ "Senarai Penuh Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 2008" (PDF).
Didahului oleh
Ahmad Fairuz Abdul Halim
Ketua Hakim Negara Malaysia
2006–2008
Diikuti oleh:
Zaki Azmi