Universiti Nasional Singapura

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Universiti Singapura)
Universiti Nasional Singapura
اونيۏرسيتي كبڠسا ٴن سيڠاڤورا
National University of Singapore
Nama lama
Straits Settlements and Federated Malay States Government Medical School (1905–1921)
King Edward VII College of Medicine (1921–1949)
Universiti Malaya kampus Singapura (1949–1962)
Universiti Singapura (1962–1980)
Universiti Nanyang(1956–1980)
MotoKe arah Perusahaan Ilmu Sejagat
(Towards a Global Knowledge Enterprise)
JenisUniversiti autonomi[1]
Ditubuhkan pada1905; 119 tahun yang lalu (1905) (King Edward VII College of Medicine)
8 Ogos 1980; 43 tahun yang lalu (1980-08-08) (National University of Singapore)
PembiayaanS$4.39 bilion (2019)[2]
USD3.15 bilion
CanselorHalimah Yacob
PresidenTan Eng Chye
ProvosHo Teck Hua
Staf akademik
2,555 (2018)[3]
Pelajar35,908 org (2018)[3]
Siswazah27,604 org
Ijazah/Sarjana8,304 org
Lokasi
1°17′44″N 103°46′36″E / 1.29556°N 103.77667°E / 1.29556; 103.77667Koordinat: 1°17′44″N 103°46′36″E / 1.29556°N 103.77667°E / 1.29556; 103.77667
KampusUrban
150 he (0.58 bt2)
WarnaJingga & biru         
PenggabunganACU, IARU, APRU, Universitas 21, GEM4, AUN, ASAIHL, NUS High School of Mathematics and Science, Association of Professional Schools of International Affairs, Washington University in St. Louis McDonnell International Scholars Academy,[4] UAiTED
Laman sesawangwww.nus.edu.sg

Universiti Nasional Singapura (bahasa Inggeris: National University of Singapore, disingkatkan kepada NUS; Cina Ringkas: 新加坡国立大学; pinyin: Xīnjiāpō Guólì Dàxué; Tamil: சிங்கப்பூர் தேசிய பல்கலைக்கழகம்) ialah universiti yang tertua di Singapura dan masih merupakan universiti yang terbesar di negara itu dari segi bilangan pendaftaran pelajar serta kurikulum yang ditawarkan. Sejak 1 April 2006, universiti ini yang merupakan universiti menyeluruh dan berpenyelidikan intensif telah menjadi sebuah syarikat universiti bukan untung yang berhad dengan jaminan.

Kampus utama Universiti Nasional Singapura ialah kampus Kent Ridge yang terletak di barat daya Singapura di Kent Ridge. Dibatasi oleh Jalan Ekspres Ayer Rajah (AYE), Jalan Clementi, Jalan Buona Vista, dan Taman Kent Ridge, luasnya kampus tersebut di sekitar 150 hektar. Kampus Bukit Timah menampung pusat pengajian undang-undang, manakala Pengajian Pengajian Perubatan Sisawah Duke-NUS terletak di kampus Outram.

NUS merayakan hari jadi ke-100 pada tahun 2005. Sebagai perayaan untuk peristiwa yang penting ini, universiti tersebut mengadakan perayaan seratus tahun selama setahun yang berakhir pada 15 Julai 2006.

Dalam arena sejagat, NUS memainkan peranan yang aktif dalam perkongsian dan perikatan antarabangsa, termasuk:

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Universiti ini menyusur-galur asalnya ke pengasasan Sekolah Perubatan Kerajaan Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1905, suatu pencapaian Sir Stamford Raffles, pengasas kota Singapura, pada tahun 1823. Namanya ditukar menjadi Sekolah Perubatan Raja Edward VII pada tahun 1912 dan kemudiannya menjadi Kolej Perubatan Raja Edward VII pada tahun 1921.

Pada tahun 1929, Kolej Raffles diasaskan untuk mempromosikan seni dan sains sosial pada peringkat pendidikan tinggi kepada pelajar-pelajar Singapura. Dua dekad kemudian pada 8 Oktober 1949, kolej ini digabungkan dengan Kolej Perubatan Raja Edward VII untuk membentuk Universiti Malaya.

Pada tahun 1959, Universiti Malaya dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu Universiti Malaya di Kuala Lumpur dan Universiti Malaya di Singapura. Bahagian universiti di Singapura akhirnya berpisah untuk membentuk Universiti Singapura pada tahun 1962.

Institusi masa kini dibentuk sebagai suatu gabungan antara Universiti Singapura dan Universiti Nanyang pada tahun 1980. Lambang asal Universiti Nanyang yang terdiri daripada tiga cecincin terjalin digabungkan ke dalam jata NUS.


Pemandangan panaroma kawasan Universiti Nasional Singapura yang menunjukkan (bangunan-bangunan dari kiri ke kanan) Pusat Pengajian Sains, Dewan Universiti, Asrama-asrama Ridge View, dan tempat duduk di hadapan balapan larian. Kawasan hijau yang luas terbentang di hadapan ialah padang-padang serbaguna.

Pemeringkatan sejagat[sunting | sunting sumber]

Pusat Budaya Universiti.

NUS ditempatkan seperti yang berikut:

Alumni terkenal[sunting | sunting sumber]

Alumni daripada zaman Kolej Perubatan Raja Edward VII/Kolej Raffles (1905 - 1949)

Alumni daripada zaman Universiti Malaya (Singapura) (1949 - 1962)

Alumni daripada zaman Universiti Singapura (1962 - 1980)

Zaman Universiti Nasional Singapura (1980 - )

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Post-secondary education". Ministry of Education, Singapore. Ministry of Education, Singapore. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-04-05. Dicapai pada 11 June 2015.
  2. ^ "Financial Report 2019" (PDF). National University of Singapore and its Subsidiaries. 25 June 2020. m/s. 79.
  3. ^ a b "Annual Report 2018" (PDF). National University of Singapore. Dicapai pada 1 February 2019.
  4. ^ "McDonnell International Scholars Academy". Global.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]