Ahmad Fairuz Abdul Halim
Yang Amat Berbahagia Tun Ahmad Fairuz Abdul Halim | |
---|---|
Ketua Hakim Negara Malaysia ke-4 | |
Dalam jawatan 2003–2007 | |
Didahului oleh | Mohamed Dzaiddin Abdullah |
Digantikan oleh | Abdul Hamid Mohamad |
Butiran peribadi | |
Lahir |
Ahmad Fairuz bin Sheikh Abdul Halim 1 November 1941 Alor Setar, Kedah, Negeri-negeri Melayu Bersekutu (kini Malaysia) |
Pasangan | Mazni Mohd Noor |
Anak-anak | 2 |
Tun Ahmad Fairuz Abdul Halim (lahir 1 November 1941) merupakan bekas Ketua Hakim Malaysia (2003 - 2007). Pada Ogos 2007, dia pernah terlibat dalam kontroversi apabila mencadangkan pemansuhan common law Inggeris dan digantikan dengan undang-undang syariah. Pada September pula, dia dibabitkan dalam skandal 'pengaturan kehakiman'[1]. Akibatnya, dia digantikan oleh Abdul Hamid Mohamad yang menjadi pemangku sejak 2 November.
Isi kandungan
Kehidupan awal dan pendidikan[sunting | sunting sumber]
Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 1 November 1941. Beliau menerima Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Kebangsaan Singapura dan kemudian memperoleh Master of Laws dalam Undang-undang Antarabangsa dan Perbandingan dari Universiti Brussels, Belgium.
Kerjaya[sunting | sunting sumber]
Beliau menyertai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan Malaysia pada 4 April 1967 sebagai Pegawai Perundangan Kadet dan memegang pelbagai jawatan seperti Presiden Mahkamah Sesyen, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pengerusi Lembaga Penasihat, Jabatan Perdana Menteri. Pada 1 Disember 1988, beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya dan kemudian dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi. Pada 1 Disember 1995 beliau dinaikkan sebagai Hakim Mahkamah Rayuan sehingga pelantikannya sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada 1 September 2000.[2]
Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]
Beliau berkahwin dengan Mazni Mohd Noor dan dikurniakan 2 anak.
Penghargaan[sunting | sunting sumber]
Penghargaan Malaysia[sunting | sunting sumber]
Malaysia : Komandan Utama Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia (2005)[3]
Lihat juga[sunting | sunting sumber]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Video links CJ to 'judicial fixing' scandal, malaysiakini, 19 September 2007
- ^ Stefan J. Bos (30 May 2007). "Malaysia's Christian Joy Loses Islam Conversion Case". BosNewsLife.
- ^ "Senarai Penuh Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 2005" (PDF).
Didahului oleh Mohamed Dzaiddin Abdullah |
Ketua Hakim Negara Malaysia 2003–2007 |
Diikuti oleh: Abdul Hamid Mohamad |