Haqiem Rusli: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Hellofeazy (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 35: Baris 35:


== Kehidupan awal ==
== Kehidupan awal ==
Haqiem dilahirkan dan dibesarkan di Hulu Langat, Selangor. Beliau merupakan anak kepada pasangan Rusli Abdul Manaf dan Nazrah Ahmad Nordin serta anak ketiga daripada empat orang adik beradik. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bukit raya dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dusun Nanding, Hulu Langat, Selangor.<ref>[http://anis-kaira.blogspot.my/2011/11/biodata-haqiem.html?m=1 Biodata Haqiem.]</ref>
Haqiem dilahirkan dan dibesarkan di Hulu Langat, Selangor. Beliau merupakan anak kepada pasangan Rusli Abdul Manaf dan Nazrah Ahmad Nordin serta anak ketiga daripada empat orang adik beradik. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bukit Raya dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dusun Nanding, Hulu Langat, Selangor.<ref>[http://anis-kaira.blogspot.my/2011/11/biodata-haqiem.html?m=1 Biodata Haqiem.]</ref>


== Kerjaya ==
== Kerjaya ==

Semakan pada 01:41, 14 Mei 2019

Haqiem Rusli
Nama asalRidzuan Haqiem bin Rusli
Kelahiran (1998-06-16) 16 Jun 1998 (umur 25)
Hulu Langat, Selangor, Malaysia
GenrePop, Balada, R&B
PekerjaanPenyanyi, Komposer, Penulis lirik
InstrumenVokal
Tahun aktif2008 - kini
Syarikat rakaman
FMC Music
Pengkarya berkait
Idola Kecil 1, The Beesings, Idola Kecil Ultra, Pop Krew (Novemboys), Mentor Milenia 2016

Ridzuan Haqiem bin Rusli (dilahirkan pada 16 Jun 1998) atau lebih dikenali sebagai Haqiem Rusli (Jawi: حاقيم روسلي) merupakan seorang penyanyi, komposer dan penulis lirik di Malaysia.

Beliau memulakan kerjaya sebagai penyanyi ketika berusia 10 tahun selepas menyertai pertandingan nyanyian kanak-kanak Idola Kecil (TV9) musim pertama pada tahun 2008.

Setelah 10 tahun berada dalam industri, Haqiem telah berjaya mengeluarkan beberapa buah single hit antaranya Segalanya yang berjaya meraih 8.5 juta tontonan di laman YouTube, Tergantung Sepi 29.6 juta tontonan, Jatuh Bangun feat. Aman RA 17 juta dan Selamat Tinggal Sayang 15 juta tontonan setakat ini.

Lagu beliau bertajuk Segalanya turut menjadi runut bunyi dalam drama bersiri Lara Cinta Ameena (TV3), manakala lagu Tergantung Sepi pula menjadi runut bunyi bagi drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku dan Dekatkan Jarak Kita (TV3). Haqiem juga turut menyanyikan lagu bertajuk Mocha Kau Bahagia (lirik lagu diubah daripada lagu asal kumpulan Search, Fantasia Bulan Madu) yang turut menjadi runut bunyi drama mini popular, Mocha Kau Bahagia.

Haqiem juga mempunyai kelab peminat yang digelar Qiemilio. Beliau juga mempunyai penyokong yang ramai bukan sahaja dari Malaysia, malah dari Indonesia, Singapura dan juga Brunei.[1]

Kehidupan awal

Haqiem dilahirkan dan dibesarkan di Hulu Langat, Selangor. Beliau merupakan anak kepada pasangan Rusli Abdul Manaf dan Nazrah Ahmad Nordin serta anak ketiga daripada empat orang adik beradik. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bukit Raya dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dusun Nanding, Hulu Langat, Selangor.[1]

Kerjaya

Haqiem Rusli mula bertapak dalam industri muzik tanah air ketika berusia 10 tahun apabila beliau menyertai sebuah pertandingan nyanyian kanak-kanak, Idola Kecil (TV9) musim pertama pada tahun 2008 dan berjaya menjadi naib juara.

Beliau meneruskan perjalanan seninya dengan menganggotai kumpulan The Beesings, yang memulakan kerjaya pada tahun 2012 dan pada asalnya terdiri daripada lima orang ahli iaitu Haqiem, Azzam Sham, Fimie Don, Didi Astillah dan Aida Ross.[perlu rujukan]

Kemudian pada 2014, Haqiem menyertai pertandingan nyanyian Idola Kecil Ultra (TV9) yang merupakan rancangan nyanyian yang menggabungkan bekas juara dan peserta pilihan Idola Kecil dari musim pertama hingga musim keenam untuk kembali berentap di satu pentas. Namun, Haqiem tidak berjaya mara ke peringkat akhir.

Pada penghujung tahun yang sama beliau menyertai sebuah lagi pertandingan nyanyian lain yang menampilkan kumpulan remaja, Pop Krew (TV9), rancangan realiti yang mempersembahkan bakat remaja-remaja versatil yang boleh menyanyi dan menari. Haqiem menganggotai kumpulan Novemboys yang menjadi anak didik kepada sifu Tomok dan berjaya menjuarai pertandingan itu.[2]

Haqiem menyertai program nyanyian realiti TV3, Mentor Milenia 2016 dengan menggunakan nama pentas Haq. Beliau mengikuti audisi mentor Black dan berjaya disenaraikan sebagai antara peserta terbaik selain Qody dan Wanie yang bakal dipilih menjadi protege Black. Namun, tuah tidak menyebelahi Haqiem apabila tidak berjaya dipilih sebagai protege Black pada persembahan penentuan.

Walau bagaimanapun pada 2016, Haqiem telah menandatangani kontrak untuk bernaung di bawah syarikat rakaman FMC Music (Fantasia Music City). Setelah dua tahun menjadi artis di bawah label rakaman itu, beliau berjaya mengeluarkan beberapa buah single hit antaranya Segalanya, Tergantung Sepi dan Jatuh Bangun (feat. Aman Ra).

Haqiem berjaya melayakkan diri ke separuh akhir Anugerah Juara Lagu 32 (AJL32) menerusi dua buah lagu iaitu Segalanya dan Tergantung Sepi, namun hanya lagu Tergantung Sepi yang berjaya mara ke peringkat akhir dan tuah menyebelahi Haqiem sekali lagi apabila lagu ciptaan Ibnu dan Gouffran itu berjaya memenangi tempat ketiga.

Selain itu, Haqiem turut menyertai program Fantastik 4 Hot FM, sebuah program realiti nyanyian ‘on-air’ dan ‘digital’ yang dianjurkan sepenuhnya oleh stesen radio popular, Hot FM (Synchrosound Studio Sdn. Bhd). Haqiem berjaya menjadi juara pada minggu pertama dan keempat, namun tidak berjaya menjadi juara keseluruhan.[3]

Beliau juga turut diberi kepercayaan oleh pihak Astro Ria untuk menyanyikan lagu tema Anugerah MeleTOP Era 2018 (AME2018) yang bertajuk Meletop, kolaborasi bersama Aziz Harun dan Alif.[perlu rujukan]

Haqiem sekali lagi berjaya membawa 2 buah lagu ke separuh akhir Anugerah Juara Lagu ke-33 iaitu Selamat Tinggal Sayang dan Jatuh Bangun kolaborasi bersama Aman RA. Namun sama sahaja seperti tahun lepas, hanya 1 lagu sahaja iaitu Jatuh Bangun feat. Aman RA berjaya ke peringkat akhir.

Diskografi

Album

  • Anak Gemilang - Album Raya (2008)
  • Janji Puteri (2010)
  • Segalanya (April 2018)

Single

(Kerjaya solo)

  • Rindu Pulang (feat. Wada) (2012)
  • Hero Bola (feat. Didi Astillah) (2013)
  • Segalanya (2016)
  • Tergantung Sepi (2017)
  • Lebaran Terindah (feat. artis FMC Music) (2017)
  • Jatuh Bangun (feat. Aman Ra) (2017)
  • MeleTOP (feat. Aziz Harun & Alif) (2018)
  • Qiemilio (2018)
  • Perjalanan (2018)
  • Sayang (2018)
  • Girang Syawal Tiba (feat. artis FMC Music) (2018)
  • Selamat Tinggal Sayang (2018)
  • What Can I Do For You ? (2019)

(The Beesings)

  • Luar Biasa (2012)
  • Pentas Dunia (2012)

(Novemboys)

  • Fall (2014)
  • Cuba Lagi (2015)

Hasil karya/lagu ciptaan

  • Pesan - Irfan Haris (2017)
  • Tersiksa - Putera Band (2017)
  • Aku Sendiri - Sufi Rashid (2017)
  • Sahabat - Adly Sofwan (2017)
  • Jatuh Bangun - Haqiem Rusli feat. Aman Ra (2017)
  • Cinta dan Rindu - Ary Klangit (2018)
  • Selamat Tinggal Sayang - Haqiem Rusli (2018)
  • Aku Yang Bersalah - Usop (2018)
  • Kenangan - Zack Zakwan (2019)
  • What Can I Do For You? - Haqiem Rusli (2019)
  • Ibu - Tajul (2019)

Filemografi

Telefilem

  • Roket Kertas (Astro Ceria)
  • Tergantung Rindu sebagai Irfan (watak utama) (Astro Citra & Astro Mustika HD)

NOTA: Hashtag (#TergantungRindu) Trending No.1 di Malaysia pada tarikh tayangan telefilem ini ditayangkan pada 9 Jun 2018. Selain itu, akaun twitter Haqiem Rusli iaitu @HaqiemRusli juga Trending No.1 bagi (People).

Drama

  • Idola Kecil The Series (2010)

Anugerah dan pencapaian

  • Juara Pop Krew TV9 (Novemboys)
  • Tercalon dalam dua kategori di Anugerah MeleTOP Era 2018 (AME2018) iaitu kategori Penyanyi MeleTOP dan Lagu MeleTOP (Tergantung Sepi)
  • Menyanyikan lagu tema Anugerah MeleTOP Era 2018 (AME2018) yang bertajuk 'Meletop' kolaborasi bersama Aziz Harun dan Alif (SleeQ)
  • Menang kategori "Lagu Paling Popular APM2018" menerusi lagu Tergantung Sepi di Anugerah Planet Muzik 2018 (APM2018) di Singapura.
Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Penyanyi Lelaki Popular Tercalon
  • Menang 3 kategori dalam Era Digital Music Award 2018 (EDMA 2018) pada Januari 2019 anjuran radio nombor 1 Malaysia, Era FM

3 kategori tersebut ialah:

  1. Lagu Paling Viral (Selamat Tinggal Sayang)
  2. Kolaborasi Terbaik (Jatuh Bangun feat. Aman RA)
  3. Temubual Terbaik Carta Era 40
  • Tercalon dalam dua kategori di Anugerah MeleTOP Era 2019 (AME2019) iaitu kategori Penyanyi MeleTOP dan Lagu MeleTOP (Jatuh Bangun feat. Aman RA)
  • Menang kategori 'Lagu Pilihan DFKL 2019' menerusi lagu Bangun feat. Aman RA di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2019
  • Menang kategori 'Lagu Meletop' menerusi lagu Jatuh Bangun feat. Aman RA di Anugerah Meletop Era 2019 (AME2019)

Rujukan

Pautan luar

Haqiem Rusli di TwitterHaqiem Rusli di Instagram