Digimon Adventure: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 39: Baris 39:
Kisahnya bermula ketika tujuh kanak-kanak terpilih telah mengikuti sebuah perkhemahan cuti musim panas yang dianjurkan oleh sekolah mereka. Tujuh kanak-kanak tersebut adalah Taichi, Yamato, Sora, Koushiro, Mimi, Jyou dan Takeru. Mereka dibawa ke dalam Dunia Digital dan bertemu dengan digimon mereka masing-masing iaitu Agumon, Gabumon, Piyomon, Tentomon, Palmon, Gomamon dan Patamon. Mereka bertujuh diarahkan untuk menyelamatkan Dunia Digital dan Dunia Nyata. Pengembaraan mereka bermula apabila mula bertarung dengan digimon-digimon yang telah menjadi jahat akibat Gear Hitam milik Devimon. Setelah berjaya menyelamatkan kesemua digimon-digimon tersebut, mereka bertujuh akhirnya berhadapan dengan Devimon namun kekuatan keenam-enam digimon milik kanak-kanak terpilih yang lain tidak setanding dengan Devimon. Namun disaat akhir sewaktu diambang kematian, digimon Takeru iaitu Patamon telah berubah menjadi Angemon dan mengalahkan Devimon.

Sebelum hilang daripada dunia digimon, Devimon sempat mengatakan bahawa ada banyak lagi digimon yang lebih kuat daripadanya. Disebabkan kata-kata Devimon maka itulah munculnya lelaki tua hologram misteri bernama Gennai yang sempat memberitahu mereka bahawa terdapat tujuh lencana yang membolehkan ketujuh-tujuh digimon kanak-kanak terpilih tersebut berubah kepada peringkat yang lebih tinggi bagi menentang musuh-musuh mereka kelak. Perjalanan mereka dalam mencari lencana tersebut bukannya mudah apabila mereka selalu dihalang oleh musuh baharu mereka, Etemon. Kekuatan virus yang ada pada Etemon terkadang membuatkan mereka bertujuh hampir menyerah namun dengan keberanian Taichi dan digimonnya, Etemon berjaya dikalahkan. Ketika munculnya musuh baharu mereka, iaitu Vamdemon, Gennai memberitahu kanak-kanak terpilih bahawa terdapat seorang lagi kanak-kanak terpilih yang sepatutnya menyertai mereka. Malangnya Vamdemon yang juga mengetahui akan hal tentang kanak-kanak terpilih yang kelapan tersebut kemudian mula bergerak ke [[Jepun]] untuk mencari dan ingin membunuh kanak-kanak tersebut. Hal ini membuatkan Taichi dan rakan-rakannya kembali semula ke Jepun bagi menyelamatkan rakan mereka tersebut. Pencarian itu akhirnya berakhir apabila ternyata adik perempuan Taichi, iaitu Hikari adalah kanak-kanak terpilih yang kelapan. Vamdemon kemudian bertindak mencuba untuk membunuh Hikari dan digimonnya, Tailmon yang juga merupakan bekas digimon suruhan Vamdemon.
Sebelum hilang daripada dunia digimon, Devimon sempat mengatakan bahawa ada banyak lagi digimon yang lebih kuat daripadanya. Disebabkan kata-kata Devimon maka itulah munculnya lelaki tua hologram misteri bernama Gennai yang sempat memberitahu mereka bahawa terdapat tujuh lencana yang membolehkan ketujuh-tujuh digimon kanak-kanak terpilih tersebut berubah kepada peringkat yang lebih tinggi bagi menentang musuh-musuh mereka kelak. Perjalanan mereka dalam mencari lencana tersebut bukannya mudah apabila mereka selalu dihalang oleh musuh baharu mereka, Etemon. Kekuatan virus yang ada pada Etemon terkadang membuatkan mereka bertujuh hampir menyerah namun dengan lencana Keberanian Taichi dan Agumon, Etemon akhirnya berjaya dikalahkan. Ketika munculnya musuh baharu mereka, iaitu Vamdemon, Gennai memberitahu kanak-kanak terpilih bahawa terdapat seorang lagi kanak-kanak terpilih yang sepatutnya menyertai mereka sejak mula. Malangnya Vamdemon yang juga mengetahui akan hal tentang kanak-kanak terpilih yang kelapan tersebut kemudian mula bergerak ke [[Jepun]] untuk mencari dan ingin membunuh kanak-kanak tersebut. Hal ini membuatkan Taichi dan rakan-rakannya kembali semula ke Jepun bagi menyelamatkan rakan mereka tersebut. Pencarian itu akhirnya berakhir apabila ternyata adik perempuan Taichi, iaitu Hikari adalah kanak-kanak terpilih yang kelapan. Vamdemon kemudian bertindak mencuba untuk membunuh Hikari dan digimonnya, Tailmon yang juga merupakan bekas digimon suruhan Vamdemon.

Bagaimanapun berkat dengan gabungan kekuatan kelapan-lapan digimon mereka yang kini bersatu, Vamdemon akhirnya berjaya ditewaskan. Namun setelah kematian Vamdemon, mereka harus kembali ke dunia digimon kerana kepincangan dunia digimon dan dunia manusia. Setelah kembali ke dunia digimon, mereka harus berhadapan dengan empat lagi musuh baharu yang kuat digelar Dark Master. Mereka adalah MegaSeadramon, Pinocchimon, Mugendramon dan Piemon. Diawal pertarungan kelapan-lapan kanak-kanak terpilih menentang Dark Master, mereka dikalahkan dengan mudah. Namun, berkat kekuatan mereka berlapan, kesemua Dark Master berjaya dikalahkan. Namun disaat, meraihkan kemenangan mereka tersebut, Gennai sekali lagi muncul dan berpesan bahawa Dark Master bukanlah musuh utama mereka, melainkan Apocalymon, iaitu digimon jahat yang terkuat diantara semua digimon yang pernah mereka lawan sebelum ini. Apocalymon adalah dalang disebalik ketidakseimbangan Dunia Digital dan Dunia Manusia. Kuasa lencana kelapan-lapan mereka telah dihapuskan oleh Apocalymon hingga membuatkan mereka berlapan hampir putus asa untuk menentang musuh baru mereka tersebut. Namun berkat kepercayaan digimon-digimon mereka, kanak-kanak terpilih kini berasa yakin dapat mengalahkan Apocalymon. Akhirnya Apocalymon berjaya dikalahkan dan Dunia Digital kini menjadi seperti sediakala.
Bagaimanapun berkat dengan gabungan kekuatan kelapan-lapan digimon mereka yang kini bersatu, Vamdemon akhirnya berjaya ditewaskan. Namun setelah kematian Vamdemon, mereka harus kembali ke Dunia Digital kerana kepincangan Dunia Digital dan Dunia Nyata. Setelah kembali ke dunia digimon, mereka harus berhadapan dengan empat lagi musuh baharu yang kuat digelar Dark Master. Mereka adalah MegaSeadramon, Pinocchimon, Mugendramon dan Piemon. Diawal pertarungan kelapan-lapan kanak-kanak terpilih menentang Dark Master, mereka dikalahkan dengan mudah. Namun, berkat kekuatan mereka berlapan, kesemua Dark Master berjaya dikalahkan. Namun disaat, meraihkan kemenangan mereka tersebut, Gennai sekali lagi muncul dan berpesan bahawa Dark Master bukanlah musuh utama mereka, melainkan Apocalymon, iaitu digimon jahat yang terkuat diantara semua digimon yang pernah mereka lawan sebelum ini. Apocalymon adalah dalang disebalik ketidakseimbangan Dunia Digital dan Dunia Nyata. Kuasa lencana kelapan-lapan mereka telah dihapuskan oleh Apocalymon hingga membuatkan mereka berlapan hampir putus asa untuk menentang musuh baru mereka tersebut. Namun berkat kepercayaan digimon-digimon mereka, kanak-kanak terpilih kini berasa yakin dapat mengalahkan Apocalymon. Akhirnya Apocalymon berjaya dikalahkan dan Dunia Digital kini menjadi seperti sediakala.

==Senarai episod==
==Senarai episod==

Semakan pada 07:21, 15 Mac 2021

Digimon Adventure
Digimon Adventure
GenreAksi, Pengembaraan, Komedi, Shōnen
Anime
PengarahHiroyuki Kakudo
StudioToei Animation
Dilesenkan olehJepunBandai Visual
Amerika SyarikatSaban Entertainment
Itali Rai Trade
Sepanyol Arait Multimedia
JermanCTM
Penyiaran AsalJepun Fuji TV
Penyiaran LainAmerika Syarikat Fox
Kanada YTV
United Kingdom ITV 1
United Kingdom Perancis Israel Jetix (formerly Fox Kids)
Australia Network Ten,Fox Kids
Indonesia Indosiar
Filipina ABS-CBN, Animax
Brazil Globo, Fox Kids
Jerman RTL II, Tele 5, Jetix
Portugal TVI, SIC, Canal Panda
Sweden TV3, Fox Kids
Sepanyol La 2, Fox Kids, FDF (Boing block)
Malaysia TV2/ntv7 / Astro Ceria/TV9
Republik Ireland RTÉ
Chile Chilevisión, Fox Kids, Etc...TV
Argentina Canal 7 Argentina, Fox Kids
Itali Rai Due, Rai Gulp
Denmark Fox Kids, TV3, DR Ramasjang
Dikeluarkan pada7 Mac 199926 Mac 2000
Related works
Portal Anime dan Manga

Digimon Adventure (Jepun: デジモンアドベンチャー, Hepburn: Dejimon Adobenchā) merupakan siri pertama dalam siri Digimon. Siri animasi ini dihasilkan oleh Toei Animation. Siri ini mula bersiaran pada 7 Mac 1999 sehingga 26 Mac 2000 di Fuji TV juga pernah bersiaran di ntv7 pada Mac 2001 sehingga Mac 2002, Astro Ceria pada tahun 2008, dan TV9 pada 4 Mac 2017. Selepas Digimon Adventure tamat, ia disambung dengan siri Digimon ke-2 iaitu Digimon Adventure 02 yang berkisahkan tentang peristiwa selepas 3 tahun pengembaraan kelapan-lapan kanak-kanak terpilih di musim pertama.

Sinopsis

Siri ini menceritakan sekumpulan kanak-kanak yang dibawa ke satu alam lain bernama Dunia Digital ("DigiWorld") sewaktu menjalani perkhemahan musim panas. Mereka dibawa ke sana kerana mereka merupakan Kanak-kanak Terpilih yang bakal menyelamatkan Dunia Digital (serta Bumi, menjelang penamat siri ini) daripada kuasa jahat yang mengancam untuk memusnahkannya. Setiap kanak-kanak tersebut menerima seekor makhluk yang dipraprogramkan untuk diikatkan pada mereka, iaitu Digimon mereka, serta alat kecil yang dipanggil Digivice.

Kisahnya bermula ketika tujuh kanak-kanak terpilih telah mengikuti sebuah perkhemahan cuti musim panas yang dianjurkan oleh sekolah mereka. Tujuh kanak-kanak tersebut adalah Taichi, Yamato, Sora, Koushiro, Mimi, Jyou dan Takeru. Mereka dibawa ke dalam Dunia Digital dan bertemu dengan digimon mereka masing-masing iaitu Agumon, Gabumon, Piyomon, Tentomon, Palmon, Gomamon dan Patamon. Mereka bertujuh diarahkan untuk menyelamatkan Dunia Digital dan Dunia Nyata. Pengembaraan mereka bermula apabila mula bertarung dengan digimon-digimon yang telah menjadi jahat akibat Gear Hitam milik Devimon. Setelah berjaya menyelamatkan kesemua digimon-digimon tersebut, mereka bertujuh akhirnya berhadapan dengan Devimon namun kekuatan keenam-enam digimon milik kanak-kanak terpilih yang lain tidak setanding dengan Devimon. Namun disaat akhir sewaktu diambang kematian, digimon Takeru iaitu Patamon telah berubah menjadi Angemon dan mengalahkan Devimon.

Sebelum hilang daripada dunia digimon, Devimon sempat mengatakan bahawa ada banyak lagi digimon yang lebih kuat daripadanya. Disebabkan kata-kata Devimon maka itulah munculnya lelaki tua hologram misteri bernama Gennai yang sempat memberitahu mereka bahawa terdapat tujuh lencana yang membolehkan ketujuh-tujuh digimon kanak-kanak terpilih tersebut berubah kepada peringkat yang lebih tinggi bagi menentang musuh-musuh mereka kelak. Perjalanan mereka dalam mencari lencana tersebut bukannya mudah apabila mereka selalu dihalang oleh musuh baharu mereka, Etemon. Kekuatan virus yang ada pada Etemon terkadang membuatkan mereka bertujuh hampir menyerah namun dengan lencana Keberanian Taichi dan Agumon, Etemon akhirnya berjaya dikalahkan. Ketika munculnya musuh baharu mereka, iaitu Vamdemon, Gennai memberitahu kanak-kanak terpilih bahawa terdapat seorang lagi kanak-kanak terpilih yang sepatutnya menyertai mereka sejak mula. Malangnya Vamdemon yang juga mengetahui akan hal tentang kanak-kanak terpilih yang kelapan tersebut kemudian mula bergerak ke Jepun untuk mencari dan ingin membunuh kanak-kanak tersebut. Hal ini membuatkan Taichi dan rakan-rakannya kembali semula ke Jepun bagi menyelamatkan rakan mereka tersebut. Pencarian itu akhirnya berakhir apabila ternyata adik perempuan Taichi, iaitu Hikari adalah kanak-kanak terpilih yang kelapan. Vamdemon kemudian bertindak mencuba untuk membunuh Hikari dan digimonnya, Tailmon yang juga merupakan bekas digimon suruhan Vamdemon.

Bagaimanapun berkat dengan gabungan kekuatan kelapan-lapan digimon mereka yang kini bersatu, Vamdemon akhirnya berjaya ditewaskan. Namun setelah kematian Vamdemon, mereka harus kembali ke Dunia Digital kerana kepincangan Dunia Digital dan Dunia Nyata. Setelah kembali ke dunia digimon, mereka harus berhadapan dengan empat lagi musuh baharu yang kuat digelar Dark Master. Mereka adalah MegaSeadramon, Pinocchimon, Mugendramon dan Piemon. Diawal pertarungan kelapan-lapan kanak-kanak terpilih menentang Dark Master, mereka dikalahkan dengan mudah. Namun, berkat kekuatan mereka berlapan, kesemua Dark Master berjaya dikalahkan. Namun disaat, meraihkan kemenangan mereka tersebut, Gennai sekali lagi muncul dan berpesan bahawa Dark Master bukanlah musuh utama mereka, melainkan Apocalymon, iaitu digimon jahat yang terkuat diantara semua digimon yang pernah mereka lawan sebelum ini. Apocalymon adalah dalang disebalik ketidakseimbangan Dunia Digital dan Dunia Nyata. Kuasa lencana kelapan-lapan mereka telah dihapuskan oleh Apocalymon hingga membuatkan mereka berlapan hampir putus asa untuk menentang musuh baru mereka tersebut. Namun berkat kepercayaan digimon-digimon mereka, kanak-kanak terpilih kini berasa yakin dapat mengalahkan Apocalymon. Akhirnya Apocalymon berjaya dikalahkan dan Dunia Digital kini menjadi seperti sediakala.

Senarai episod

  • Episod 1 : Terdampar! Sebuah Pulau Pengembaraan
  • Episod 2 : Letusan Evolusi! Greymon
  • Episod 3 : Serigala Biru! Garurumon
  • Episod 4 : Berkilaulah Birdramon
  • Episod 5 : Serangan Elektrik! Kabuterimon
  • Episod 6 : Kemarahan Perubahan Palmon
  • Episod 7 : Ngauman Ikkakumon
  • Episod 8 : Cahaya Kegelapan! Devimon
  • Episod 9 : Bercanggah! Digimon Salju
  • Episod 10 : Kentarumon! Si Penjaga
  • Episod 11 : Hantu Menari! Bakemon
  • Episod 12 : Pengembaraan! Patamon dan Saya
  • Episod 13 : Bangkitnya Angemon
  • Episod 14 : Berangkat! Menuju ke Benua Baru
  • Episod 15 : Etemon! Penjahat Terhebat
  • Episod 16 : Evolusi Kegelapan! SkullGreymon
  • Episod 17 : Kapten Ilusi Kapal, Cockatorimon!
  • Episod 18 : Sang Pari-pari, Piccolomon!
  • Episod 19 : Nanomon Dari Labirin
  • Episod 20 : Evolusi Level Sempurna! MetalGreymon
  • Episod 21 : "Pertarungan Besar Koromon" di Tokyo
  • Episod 22 : Iblis Kecil yang Bising, PicoDevimon!
  • Episod 23 : Kau Adalah Sahabatku, WereGarurumon
  • Episod 24 : Hancurkan! AtlurKabuterimon
  • Episod 25 : Raja Yang Tidur! TonasamaGeckomon
  • Episod 26 : Sayap Bersinar! Garudamon
  • Episod 27 : Istana Kegelapan Vamdemon
  • Episod 28 : Kejar! Cepatlah Ke Jepun!
  • Episod 29 : Pertempuran dengan Mammon di Hikarigaoka
  • Episod 30 : Penyerangan Digimon di Tokyo!
  • Episod 31 : Raremon! Serangan diteluk Tokyo
  • Episod 32 : Menara Tokyo yang Membara! DeathMeramon
  • Episod 33 : Pump dan Gotsu adalah Digimon jenis Shibuya
  • Episod 34 : Ikatan Takdir! Tailmon
  • Episod 35 : Pari-pari di Odaiba! Mekarnya Lilimon
  • Episod 36 : Hancurkan Penghalang, Kilat Zudomon
  • Episod 37 : Semua Digimon Level Sempurna Bertindak - Angewomon!
  • Episod 38 : Bangkitnya! Sang Iblis, VenomVamdemon
  • Episod 39 : Dua Perubahan Mega! Kalahkan Kegelapan!
  • Episod 40 : Empat Raja dari Gunung Kejahatan, Dark Master
  • Episod 41 : Raja Laut yang Liar! MetalSeadramon
  • Episod 42 : Kesunyian Bawah Laut! Whamon
  • Episod 43 : Permainan yang Berbahaya! Pinocchimon
  • Episod 44 : Jureimon dan Hutan Keraguan
  • Episod 45 : Pertarungan Level Mega! WarGreymon VS MetalGarurumon
  • Episod 46 : Serangan Balas MetalEtemon
  • Episod 47 : Oh Angin! Oh Cahaya! SaberLeomon
  • Episod 48 : Arahan Pengeboman! Mugendramon
  • Episod 49 : Selamat Tinggal, Numemon
  • Episod 50 : Pertarungan Wanita! LadyDevimon
  • Episod 51 : Badut dari Neraka, Piemon!
  • Episod 52 : Pahlawan Kudus! HolyAngemon
  • Episod 53 : Digimon Jahat yang Terakhir
  • Episod 54 : Sebuah Dunia Baru

Watak

Kanak-kanak terpilih

Musuh utama

  • Apocalymon
  • Dark Masters
    • Metal Seadramon
    • Pinocchimon
    • Mugendramon
    • Piemon
  • Devimon
  • (Metal) Etemon
  • (Venom) Vamdemon
  • Pico Devimon

Media

Anime

Digimon Adventure disiarkan sebanyak 54 episod di Fuji TV di Jepun bermula pada 7 Mac 1999 sehingga 26 Mac 2000. Syarikat Saban Entertainment dihasilkan dalam versi Bahasa Inggeris yang disiarkan di Fox Kids di Amerika Syarikat dan di Kanada YTV pada 14 Ogos 1999 dan 24 Jun 2000. Versi Jepun disiarkan dengan sarikata Bahasa Inggeris pada Crunchyroll pada tahun 2008, diikuti oleh Funimation Entertainment pada April 2009. Versi Bahasa Melayu telah bersiaran di ntv7 pada Mac 2001 sehingga April 2002 juga ulangi bersiaran di Astro Ceria pada tahun 2008. Pada 2017, TV9 Malaysia menayangkan siri ini bermula 4 Mac 2017 setiap sabtu dan ahad jam 7:00 malam.

Lagu tema

Lagu pembukaan
  • "Butter-Fly" oleh Wada Kouji
Lagu penutup
  • "I wish" (Episod 1-26) oleh AiM (Ai Maeda)
  • "keep on" (Episod 27-54) oleh AiM (Ai Maeda)
Sisipan lagu
  • "brave heart" ("Jantung Berani") oleh Ayumi Miyazaki (lagu pertukaran)
  • "Seven" oleh Wada Kouji
  • "Yuki o Tsubasa ni Shite" oleh Fujita Toshiko

Trivia

  • Pulau Fail yang selalu menyerupai Isla Nublar dari kisah Jurassic Park

Pautan luar