Bahasa Melayu Pattani: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Mohamad Azr (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Mohamad Azr (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 28: Baris 28:
Bahasa Melayu Patani/Kelantan-Patani ini adalah serumpun dengan [[Bahasa Melayu Kelantan]] malah ada persamaan sedikit dengan [[Bahasa Melayu Kedah]] serta mungkin juga bahasa induk/akar/asal kepada [[Bahasa Melayu Kedah Ulu]] iaitu di daerah [[Baling]] dan [[Sik]] serta [[Bahasa Melayu Ulu Perak]] di daerah [[Grik]] juga [[Bahasa Melayu Terengganu]].
Bahasa Melayu Patani/Kelantan-Patani ini adalah serumpun dengan [[Bahasa Melayu Kelantan]] malah ada persamaan sedikit dengan [[Bahasa Melayu Kedah]] serta mungkin juga bahasa induk/akar/asal kepada [[Bahasa Melayu Kedah Ulu]] iaitu di daerah [[Baling]] dan [[Sik]] serta [[Bahasa Melayu Ulu Perak]] di daerah [[Grik]] juga [[Bahasa Melayu Terengganu]].


Persamaan Bahasa Melayu Pattani dan Bahasa Melayu Kelantan adalah hampir 90% namun perbezaan kedua-dua bahasa ini adalah dari segi beberapa perkataan dan cara penyebutan dan intonasi. Ini kerana Bahasa Melayu Pattani telah terpengaruh sedikit oleh Bahasa Thai dan Bahasa Siam manakala Bahasa Melayu Kelantan terpengaruh oleh loghat Bahasa Melayu dan dialek Melayu yang lain di Malaysia serta Bahasa Inggeris.
Persamaan Bahasa Melayu Pattani dan Bahasa Melayu Kelantan adalah hampir 90%, kerana itulah bahasa ini layak digelar sebagai Bahasa Melayu Kelantan-Patani. Namun perbezaan kedua-dua bahasa ini adalah dari segi beberapa perkataan dan cara penyebutan dan intonasi. Ini kerana Bahasa Melayu Pattani telah terpengaruh sedikit oleh Bahasa Thai dan Bahasa Siam manakala Bahasa Melayu Kelantan terpengaruh oleh loghat Bahasa Melayu dan dialek Melayu yang lain di Malaysia serta Bahasa Inggeris.


Sebutan
Sebutan

Semakan pada 17:27, 18 Mac 2021

Bahasa Melayu Kelantan-Patani
ยาวี Yawi atau "Baso Nayu/Kecek Nayu"
Asli kepada Thailand,  Malaysia
KawasanWilayah Pattani, Narathiwat, Yala, Songkhla, Satun (Thailand), Kelantan, Besut, Terengganu, Ulu Kedah, Utara dan Hulu Perak (Malaysia)
EtnikMelayu Patani dan Melayu Kelantan
Penutur bahasa
3,300,000 (1998)
Austronesian
Tulisan Rumi, Tulisan Jawi, Tulisan Thai
Kod bahasa
ISO 639-3mfa

Bahasa Yawi, (Tulisan Jawi: بهاس جاوي) merupakan transkripsi perkataan Bahasa Thai ภาษายาวี (Phasa Yawi), yang difahami oleh Orang Thai sebagai Bahasa Melayu Kelantan-Patani (Jawi: بهاس ملايو كلنتن فطاني)

Bahasa Yawi juga dipanggil Baso Nayu atau Kecek Nayu dituturkan secara meluas di wilayah-wilayah selatan Thailand, iaitu Narathiwat, Yala, Pattani, dan sesetengah kawasan di Songkhla serta Satun, selain itu ia juga dituturkan di beberapa kawasan utara semenanjung Malaysia terutama sekali Kelantan dan di daerah Baling dan Sik di Kedah. Dianggarkan bahawa terdapat 3 juta orang penutur Bahasa Yawi[1].

Bahasa Melayu Kelantan-Patani merupakan sebuah Bahasa Austronesian dan menggunakan Tulisan Jawi dan Tulisan Thai. Bahasa Melayu dan kemungkinan juga Bahasa Melayu Patani pernah berpengaruh ke arah utara hingga Segenting Kra, Phuket (berasal daripada perkataan Bahasa Melayu iaitu "bukit") dan Surat Thani semasa zaman Srivijaya. Lagipun, banyak nama tempat di selatan Thailand berasal daripada Bahasa Melayu.

Bahasa Melayu Patani/Kelantan-Patani ini adalah serumpun dengan Bahasa Melayu Kelantan malah ada persamaan sedikit dengan Bahasa Melayu Kedah serta mungkin juga bahasa induk/akar/asal kepada Bahasa Melayu Kedah Ulu iaitu di daerah Baling dan Sik serta Bahasa Melayu Ulu Perak di daerah Grik juga Bahasa Melayu Terengganu.

Persamaan Bahasa Melayu Pattani dan Bahasa Melayu Kelantan adalah hampir 90%, kerana itulah bahasa ini layak digelar sebagai Bahasa Melayu Kelantan-Patani. Namun perbezaan kedua-dua bahasa ini adalah dari segi beberapa perkataan dan cara penyebutan dan intonasi. Ini kerana Bahasa Melayu Pattani telah terpengaruh sedikit oleh Bahasa Thai dan Bahasa Siam manakala Bahasa Melayu Kelantan terpengaruh oleh loghat Bahasa Melayu dan dialek Melayu yang lain di Malaysia serta Bahasa Inggeris.

Sebutan

  • / a / diikuti oleh perubahan konsonan sengau ke / ɛː /  

ayam (ايم) menjadi aye; makan (ماکن) menjadi make

  • / a / pada akhir suku kata perubahan / ɔ /  

minta مينتا menjadi Mito  

  • / ah / perubahan / ɔh /  

rumah رومه menjadi rumoh

  • /i/ changes to /iŋ/

Sini سيني menjadi sining

  • / ua / perubahan / ɔ /  

buaso بواسو menjadi Boso  

  • / aj / menjadi / aː /  

Sungai سوڠاي menjadi sunga  

  • / aw / menjadi / a /  

Pisau ڤيساو perubahan kepada pisa  

  • / EP / sebelum perubahan vokal sengau untuk = / ijɛ /  

siam سيام menjadi siye  

  • / EP / perubahan / ɛ /  

Biasa بياسا menjadi Beso  

  • / s / dan / f / pada akhir suku kata perubahan kepada / h /  

malas مالس perubahan malah  

  • / m / dan / n / pada akhir suku kata perubahan / N /  

حاکيم hakim perubahan kepada hakeng  

  • / r / perubahan / ʀ /  

orang اورڠ menjadi oghe  

  • konsonan akhir sering hanya disebut sebagai letupan/hentian glotis.  

bukit بوکيت menjadi buke (bukiʔ)  

  • kata-kata disebutkan berlainan antara konsonan awal yang dipanjangkan

Bule ('bulan') vs bu:le ('beberapa bulan'); katok ('menyerang') vs ka:tok ('katak'); Siku ('siku') vs si:ku ('alat tangan')

Lihat juga/ليهت جوݢ

Senarai pustaka/سناراي ڤوستاک

  • ประพนธ์ เรืองณรงค์. บุหงาปัตตานี: คติชนไทยมุสลิมชายแดนภาคใต้. กทม. มติชน. 2540
  • Ishii, Yoneo. (1998). The Junk Trade from Southeast Asia: Translations from the Tôsen Fusesu-gaki 1674–1723. Institute of Southeast Asian Studies. ISBN 981-230-022-8.
  • Cummings, Joe et al. (2005). Thailand Lonely Planet. ISBN 1-74059-697-8.
  • Laver, John. (1994). Principles of Phonetics. Cambridge University Press. ISBN 0-521-45655-X.
  • Smalley, William A. (1994). Linguistic Diversity and National Unity. University of Chicago Press. ISBN 0-226-76288-2.