Lebuhraya Kuala Lumpur–Seremban: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
CommonsDelinker (bincang | sumb.)
k Bot: Menggantikan AutobahnCH.svg dengan CH-Hinweissignal-Autobahn.svg.
Baris 61: Baris 61:
{{Templat:Rangkaian Lebuh Raya Malaysia}}
{{Templat:Rangkaian Lebuh Raya Malaysia}}


[[Kategori:Jalan raya dan lebuhraya]]
[[Kategori:Lebuhraya di Malaysia]]
[[Kategori:Pengangkutan di Malaysia]]


[[en:Kuala Lumpur-Seremban Expressway]]
[[en:Kuala Lumpur-Seremban Expressway]]

Semakan pada 02:35, 15 Mei 2009

E37
Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban
Syarikat Konsesi MetaCorp Sdn Bhd
Tempoh Pembinaan 1977-1979
Tarikh Beroperasi
Tarikh Perasmian
Panjang 8 km
Jumlah Tol 1 (berkongsi dengan Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Selatan)
Arah Utara → Selatan
Lebuh Raya Penghubung E2 Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Selatan
E5 Lebuhraya Shah Alam
E37 Lebuh Raya Salak
E38 Terowong SMART
Laman Web www.metacorp.com.my
Plaza Tol Sungai Besi adalah plaza tol terbesar di Malaysia.

Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban E37 adalah sebuah lebuh raya ekspres perbandaran di Kuala Lumpur, Malaysia.

Sesetengah peta melabelkan lebuh raya ini sebagai E2 memandangkan ia berhubung terus dengan Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Selatan; namun tanggapan tersebut adalah kurang tepat memandangkan sebelum ini lebuh raya tersebut belum diberikan sebarang kod laluan daripada kerajaan. Satu lagi sebab ialah kerana jajaran lebuh raya ini juga tidak diuruskan oleh PLUS Expressway Berhad, sebaliknya diuruskan oleh MetaCorp (dahulunya dikenali sebagai Metramac Corporation) - oleh itu, kadar bayaran tol di Plaza Tol Sungai Besi turut memasukkan bayaran tambahan bagi Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban.

Baru-baru ini, lebuh raya ini diberikan kod laluan E37 bersama-sama dengan Lebuhraya Salak.

Sejarah

Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban mula dibuka pada tahun 1979. Lebuh raya tersebut menjadi laluan perintis kepada Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Selatan E2. Pembinaan bermula pada tahun 1977 dan dibuka kepada lalu lintas dua tahun kemudian. Kini, nama Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban hanya diguna pakai pada bahagian dari Razak Mansion ke Plaza Tol Sungai Besi setelah PLUS Expressway Berhad mengambil alih bahagian lebuh raya tersebut dari Plaza Tol Sungai Besi dan seterusnya ke arah selatan.

Senarai persimpangan

(Jambatan Sungai Kuyoh)

(Jambatan Sungai Kerayong)

Pautan luar

  • MetaCorp (dahulunya dikenali sebagai Metramac Corporation)