Kitab Bilangan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kitab Bilangan (dari Yunani Ἀριθμοί, Arithmoi; Bahasa Ibrani: במדבר, Bəmidbar, "Di gurun...") merupakan kitab keempat dalam Alkitab Ibrani dan juga yang keempat daripada lima kitab Taurat.[1]

Kitab Bilangan bermula di Gunung Sinai, di mana Bani Israel atau kaum Ibrani menerima hukum dan perjanjian dari Tuhan, dan Tuhan menemani mereka di perlindungan itu.[2] Kaum Ibrani ditugaskan untuk mengambil alih Negeri Kanaan. Maka mereka dibilang sementara persiapan dibuat untuk menyambung perarakan mereka. Maka kaum Ibrani memulakan perjalanan, tetapi dengan serta-merta mereka "bersungut" akan kesusah-payahan perjalanan mereka. Mereka tiba di sempadan Kanaan dan menghantar perisik ke negeri itu, tetapi setelah mendengar khabar perisik itu, kaum Ibrani enggan merampas Kanaan, maka Tuhan menghukum mereka mati di keliaran hingga keturunan baru membesar untuk melaksanakan tugas itu. Kitab ini berakhir dengan keturunan baru Ibrani di dataran Moab yang bersiap sedia untuk menyeberangi Sungai Jordan.[3]

Kitab Bilangan merupakan kemuncak kisah pembebasan Bani Israel dari penindasan di Mesir dan perjalanan mereka untuk menguasai tanah yang dijanjikan oleh Tuhan kepada bapa-bapa mereka. Oleh itu, kitab ini mengakhiri tema-tema yang diperkenalkan dalam Kitab Kejadian lalu dikembangkan dalam Kitab Keluaran dan Imamat, bahawa Tuhan telah berjanji kepada Bani Israel bahawa mereka bakal menjadi sebuah bangsa yang hebat, dan mereka akan menjalin hubungan yang istimewa dengan tuhan mereka iaitu Yahweh, dan mereka akan memiliki tanah Kanaan. Oleh yang demikian, Kitab Bilangan juga menekankan kepentingan kesucian, kewarakan dan kepercayaan: biarpun dalam kehadiran Tuhan dan para pendetanya, bangsa Israel kekurangan kepercayaan maka pemilikan tanah itu terserah kepada keturunan yang seterusnya. Kitab ini lama dan rumit sejarahnya, tetapi bentuknya yang muktamad mungkin adalah hasil daripada suntingan oleh paderi ke atas catatan asli Yahwis pada sekitar awal zaman Parsi (abad ke-5 SM).[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Ashley, p.1
  2. Olson, p.9
  3. Stubbs, pp.19-20
  4. McDermott, p.21

Bibliografi[sunting | sunting sumber]