Kok Wee Kiat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Dato'
Kok Wee Kiat
AMN
Ahli Parlimen Malaysia
untuk Selandar
Dalam jawatan
1986–1990
Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri I
Dalam jawatan
1986–1990
Didahului oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin
Digantikan oleh Chua Jui Meng


Dato' Kok Wee Kiat[1] kini adalah Pengerusi and Pengarah Enviro-LIFT Services Sdn Bhd. Beliau juga adalah bekas Ahli Parlimen Selandar, Melaka dan Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri Malaysia dari 1986 hingga 1990.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Undang Undang dari University of Singapore. Kemudian menyambung pengajian pasca ijazah di Osgoode Hall Law School, Toronto, Kanada.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau telah menjadi pengamal undang-undang komersil dari Januari 1965 hingga Disember 2000. Pada 1968, beliau telah bertugas di Pierson, Ball & Dawd

Politik[sunting | sunting sumber]

Beliau adalah bekas Ahli Parlimen Selandar, Melaka dan merupakan bekas Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri dari 1986 hingga 1990.

Perniagaan[sunting | sunting sumber]

Selain daripada mempunyai perniagaan keluarga, beliau juga menjadi Ahli Lembaga Pengarah kepada beberapa buah syarikat tempatan dan asing termasuklah Bank of Nova Scotia, Bata Malaysia Berhad, Makro Malaysia, Alcom Malaysia, UCB Malaysia dan Alam Sekitar Malaysia.

Aktiviti Kemasyarakatan[sunting | sunting sumber]

Beliau adalah Penaung Bersama Majlis Perniagaan Malaysia-Kanada dan Pengarah Majlis Perniagaan Malaysia-Belanda. Beliau juga adalah Presiden Kehormat Majlis Perundingan Pembangunan Perniagaan di Malaysia. Beliau juga adalah Pengerusi Majlis Kawalan Kualiti Alam Sekitar Malaysia.

Anugerah[sunting | sunting sumber]

  • Dato' Seri Ketam (Selangor) yang membawa gelaran Dato'
  • Ahli Mangku Negara (AMN)
  • Commendatore Del Lavoro (Italy)
  • Order Bernado O'Higgins (Gran Official) (Chile)

Rujukan[sunting | sunting sumber]