Ahmad Maslan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Berhormat Datuk

Ahmad Maslan
Ahmad Maslan.jpg

Timbalan Menteri Kewangan
Penyandang
Tempoh jawatan 
16 Mei 2013

Ahli Parlimen
untuk Pontian, Johor (P164)
Penyandang
Tempoh jawatan 
Mac 2008
Didahului oleh Ir. Hasni Mohamad
Majoriti 14,444

Lahir 30 April 1966
Parti politik BN-100px.jpgBN-UMNO (Malaysia).svgUMNO
Pasangan Datin Noraini binti Sulaiman
Anak 3
Pekerjaan Ahli politik
Agama Islam
Laman web http://ahmadmaslan.blogspot.com/

Yang Berhormat Datuk Ahmad Maslan merupakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia dan juga seorang pelawak terkemuka di Malaysia. Beliau telah dinobatkan johan dalam anugerah Lawak Bodoh Terbodoh 2015. Beliau dilantik oleh Perdana Menteri Malaysia ke-6, Dato' Sri Najib Tun Razak pada 9 April 2009 di Putrajaya.Majlis angkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara. Di peringkat akar umbi, beliau adalah bendahari UMNO dan timbalan ketua bahagian UMNO Pontian.[1]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan di Parit Haji Yusof, Lubuk Sipat, Benut, Pontian, Johor.

Beliau bersekolah SK Seri Bahagia Lubok Sipat ,Benut, Pontian dan menjadi Tokoh Murid sebelum melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Sains Johor, Kluang.Sekali lagi beliau menerima anugerah Pelajar Terbaik SRP dan Pembahas Piala Perdana Menteri.

Seterusnya belajar di Rosehill College, Auckland, New Zealand dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda (Ekonomi & Sains Politik) dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Victoria New Zealand (1986 - 1988). Ketika mengambil Sarjana Pentadbiran Perniagaan, (MBA), UKM Bangi (2001-2003) beliau menerima Anugerah Emas Siswa Terbaik. Beliau menamatkan pembelajarannya di sana dengan CGPA 3.85.[2]

Politik[sunting | sunting sumber]

Ahmad Maslan dipilih sebagai Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia,Setiausaha Politik kepada Datuk Mustapha Mohamed . Beliau kini adalah Timbalan ketua UMNO Bahagian Pontian.

Ahmad Maslan dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO yang pernah disandang oleh Tan Sri Muhammad Muhd Taib,Tan Sri Megat Junid Megat Ayob , Datuk Mustapha Mohamad,Tan Sri Yusof Nor dan Tan Sri Hussein Ahmad. Antara tugasannya ialah menarik golongan muda menyertai UMNO. Daripada 11.7 juta pengundi, hampir separuh adalah golongan muda di bawah 40 tahun. Daripada 11.7 pengundi di Malaysia, terdapat 4.38 juta yang sudah mencecah usia 21 tahun masih belum mendaftar sebagai pengundi dan daripada jumlah itu 2.85 juta atau 60% adalah Bumiputera.Beliau Jadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Letak jawatan sebagai Ketua Penerangan UMNO diganti oleh Tan sri Annuar Musa Juga Pengerusi MARA pada 29 Januari 2016.

Pilihan raya Malaysia 2008 & 2013[sunting | sunting sumber]

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Ahmad Bin Maslan bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Pontian , negeri Johor. Ahmad Bin Maslan telah menang dengan mendapat undi sebanyak 23121.

Calon lawan ialah Mohd Annuar Bin Mohd Salleh dari PKR mendapat 8,677 undi - Kalah . Peratus pengundi yang keluar ialah 75.8 %. Undi rosak sebanyak 1008.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2013, Ahmad Bin Maslan bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Pontian , negeri Johor. Ahmad Bin Maslan telah menang dengan mendapat undi sebanyak 27,804.

Calon lawan ialah Haniff @ Ghazali bin Hosman dari PKR mendapat 14,077 undi - Kalah . Dan mencatatkan majoriti sebanyak 13,727 undi. Undi PKR meningkat sebanyak 5,400 undi kerana pengundi muda mula memberi peluang dan ruang kepada PKR dan tidak yakin dengan kredibiliti YB Ahmad bin Maslan Barisan Nasional. Ahmad bin Maslan lebih popular di kawasan Benut dan tidak popular di kawasan Pontian Kechil.

Rakyat marhaen di kawasan ini lebih senang untuk berjumpa dan membuat aduan dengan Adun Pekan Nenas YB Yeo Tung Siong dari DAP. Ahmad bin Maslan lebih cenderung berada di tapak pasar malam dan pasar tani di kawasan Pontian untuk lebih mendekati rakyat marhaen.

Keputusan pilihan raya 2008[sunting | sunting sumber]

Dewan Rakyat: P164 Pontian, Johor[3]
Tahun Barisan Nasional Undian Pts Penentang Undian Pts
2008 Ahmad Maslan (UMNO) 23,121 70% Mohd Annuar Mohd Salleh (PKR) 8,677 26%

Keputusan Pilihan raya 2013[sunting | sunting sumber]

Dewan Rakyat: P164 Pontian, Johor[3]
Tahun Barisan Nasional Undian Pts Penentang Undian Pts
2013 Ahmad Maslan (UMNO) 27,804 Haniff @ Ghazali Bin Hosman (PKR) 14,077

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Di antara anugerah yang beliau dapat termasuklah:

  • Pingat Jasa Kebaktian(PJK) (Selangor)
  • Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) (Melaka)

Isu dan kontroversi[sunting | sunting sumber]

  • Nasi Goreng GST[4]
  • 100kg gula boleh menghasilkan 100 cawan teh tarik[perlu rujukan]
  • Buat kerja lebih dari satu untuk menampung kehidupan akibat peningkatan kos hidup[5]
  • Harga barang turun selepas GST.

Felda[sunting | sunting sumber]

Beliau menjelajah ke seluruh negara bagi mempertahankan imej Felda yang dituduh bangkrap. Program UMNO Juara Rakyat idea Biro Penerangan UMNO yang dilancarkan oleh Perdana Menteri di Bukit Beruntung,Selangor pada 9 Januari. [6]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]