Ong Kian Ming

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Yang Berhormat Dr.
Ong Kian Ming
AP
王建民
در. ءوڠ كيان مينڠ
Ong Kian Ming (15984939196).jpg
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Memegang jawatan
2 Julai 2018
Menteri Sabah Heritage Party Logo.svg.png Darell Leiking
Didahului oleh Barisan Nasional.png UMNO (Malaysia).svg Ahmad Maslan
Barisan Nasional.png Flag of the Malaysian Chinese Association.svg Chua Tee Yong
Ahli Parlimen Malaysia
untuk Bangi, Selangor
Memegang jawatan
6 May 2013
Didahului oleh Democratic Action Party Flag.svg Teo Nie Ching (DAP)
Majoriti 42,206
Butiran peribadi
Lahir (1975-09-12) 12 September 1975 (umur 43)
Kuala Lumpur Kuala Lumpur, Malaysia
Parti politik Pakatan-harapan-logo.jpg Democratic Action Party Flag.svg DAP
Pasangan Yeoh Ee Leng[1]
Dr. Iezua Ong Kian Ming
Kediaman Malaysia
Pendidikan Ph.D (Sains Politik)
Alma mater Amerika Syarikat Universiti Duke
England Universiti Cambridge
England London School of Economics
Pekerjaan Ahli politik
Laman sesawang http://www.ongkianming.com


Dr Ong Kian Ming (Cina ringkas: 王建民pinyin: Wáng Jiàn Mín; Jawi: در. ءوڠ كيان مينڠ ; lahir 1975) adalah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, seorang ahli akademik, penganalisis politik dan kini menjadi ahli strategi pilihan raya bagi Parti Tindakan Demokratik (DAP). Ong merupakan bekas penganalisis politik terkemuka dalam senario politik Malaysia . Rencana-rencana beliau tersiar dalam Malaysiakini , Malaysian Insider , The Edge dan lain-lain. Kerjaya beliau bermula sebagai pensyarah di Fakulti Ekonomi dan Dasar Sains, Universiti UCSI dan menjadi pakar rujuk bagi 'Blue Ocean Strategies. Beliau pernah menjadi penganalisis dasar untuk Sosio Ekonomi Pembangunan dan Penyelidikan (SEDAR) dan Institut Analisis Strategik dan Penyelidikan Dasar (INSAP). Selain itu, beliau juga merupakan perunding bersekutu untuk Kumpulan Perudingan Boston, Kuala Lumpur. [2][3][4]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Ong belajar peringkat PhD dalam bidang sains politik dari Universiti Duke , Amerika Syarikat. Beliau juga mempunyai Ijazah Sarjana Ekonomi dari Universiti Cambridge dan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari London School of Economics . Sebelum itu beliau adalah seorang sarjana Asean di Institusi Raffles dan Kolej Rendah Raffles, Singapura .

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Ong mempunyai abang dan adik perempuan. Beliau dibesarkan di Petaling Jaya . Bapanya adalah seorang arkitek.

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Sekumpulan lelaki menceroboh masuk ke rumahnya di SS2 pada 10 Julai 2012. Selaku wakil DAP, beliau banyak berunding dengan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia bagi memastikan perjalanan pilihan raya di Malaysia lebih telus dan wibawa.

Keputusan Pilihan Raya[sunting | sunting sumber]

Parlimen Malaysia
Tahun Kawasan Kerajaan Undi Peratusan Pembangkang Undi Peratusan Jumlah undi Majoriti Keluar undi
2013 P102 Serdang, Selangor Ong Kian Ming (DAP) 79,238 67.98% Yap Pian Hon (MCA) 37,032 31.77% 118,314 42,206 88.87%
2018 P102 Bangi, Selangor Ong Kian Ming (DAP) 102,557 65.60% Liew Yuen Keong (MCA) 19,766 12.64% 156,327 68,768
Shafie Ngah (PAS) 33,789 21.61%
Dennis Wan (Bebas) 215 0.14%

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Senarai Timbalan Menteri dan pasangan
  2. ^ "Why I joined the DAP — Ong Kian Ming". Dicapai 28 September 2012. 
  3. ^ "Political analyst Ong Kian Ming joins DAP". Malaysiakini. Dicapai 28 September 2012. 
  4. ^ "Ong Kian Ming Profile". Dicapai 28 September 2012.