Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Berhormat Dato' Seri

Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
TAMBUN.JPG

Menteri Kewangan II
Tempoh jawatan
18 Mac 2008 – 7 Julai 2016
Didahului oleh Nor bin Mohamed Yakcop
Diganti oleh Johari Abdul Ghani
Majoriti 9,325 (PRU-13)

Ahli Parlimen
untuk P63 Tambun, Perak
Penyandang
Tempoh jawatan 
8 Mac 2008

Lahir 21 Julai 1952
Negeri Perak Ipoh, Perak
Parti politik Barisan Nasional Logo.svg Barisan Nasional
UMNO (Malaysia).svg UMNO
Pasangan Datin Seri Fauziah binti Kamarudin
Anak 4
Pekerjaan Malaysia Menteri Kewangan II, Ahli Parlimen
Agama Islam

Dato' Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah merupakan Menteri Kewangan II Malaysia. Beliau juga merupakan Ahli Parlimen bagi bahagian Tambun di Perak.

Beliau dilahirkan pada 21 Julai 1952 di Ipoh, Perak dan bekerturunan Suku Banjar[1]. Beliau pernah belajar di Sekolah Rendah St. Micheal, Ipoh pada 1959. Selepas tamat Tingkatan 6 di Sekolah Datuk Abdul Razak di Seremban, Negeri Sembilan, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi pada 1976. Beliau turut mempunyai Sijil Ekonomi Islam Universiti Islam Antarabangsa serta Sijil Perakaunan dan Kewangan dari Institut Pengurusan Malaysia. Beliau berkahwin dengan Datin Seri Fauziah Kamarudin dan dikurniakan 4 orang cahaya mata.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Politik[sunting | sunting sumber]

  • 1983 - Mula menyertai UMNO cawangan Sungai Rokam
  • 1983 - Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tambun
  • 1985 - Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tambun
  • 1987 - Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tambun
  • 1993 - Ketua UMNO Bahagian Tambun

Pilihan Raya[sunting | sunting sumber]

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1999 , Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengisytiharkan Ahmad Husni menang di Tambun dengan majoriti sebanyak 7,084.Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 Ahmad Husni menewaskan Dr Khairuddin Abd Malek dari PAS dengan majoriti 17,360.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Ahmad Husni Bin Mohamad Hanadzlah bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Tambun , negeri Perak. Ahmad Husni Bin Mohamad Hanadzlah telah menang dengan mendapat undi sebanyak 27,942. Calon lawan ialah Mohamad Asri Othman dari PKR, mendapat 22,556 - Kalah . Peratus pengundi yang keluar ialah 75 %. Undi rosak sebanyak 927.

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

  • Pada 3 November 2016, Dato' Seri Husni bersama 2 orang bekas menteri kabinet, iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal telah disabitkan dengan Akta Hasutan 1948 kerana membidas dan mempertikai syarikat sarat hutang, 1MDB.

Rujukan[sunting | sunting sumber]