Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat 2010

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat 2010 diadakan pada hari Jumaat-Ahad, 28-30 Mei 2010 di Dewan Konvensyen Kelantan Trade Centre, Kota Bharu,Kelantan.Ia merupakan kali ke-6 PKR. Persidangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita Keadilan pada 28 Mei 2010 .

Sebelum ini kongres 2009 ditangguhkan ke Mei 2010. Ketua penerangan PKR Latheefa Koya menyatakan ia dtangguhkan kerana kongres khas diadakan bagi meminda Perlembagaan PKR.

Timbalan Presiden PKR Syed Husin Ali merasmikan kongres sayap Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) .

Lompat katak[sunting | sunting sumber]

Ahli parlimen PKR melompat parti kerana ada masalah peribadi, masalah kewangan ,marah tidak dapat jawatan, tidak dapat bekerjasama dengan anggota dan pemimpin bawahan parti. Ada yang gagal menjalankan tugas sebagai wakil rakyat. Selain itu mudah dibeli. Jadi lompat parti adalah proses penyucian. Antara yang melompat parti ialah Zahrain Mohd Hashim (Bayan Baru 12 Februari 2010); Tan Tee Beng (Nibong Tebal 1 Mac 2010), ; Mohsin Fadzil Samsuri (Bagan Serai 3 Mac 2010) ; Zulkifli Nordin (Kulim Bandar Baharu 6 Mac 2010) dan Wee Choo Keong (Wangsa Maju 14 Mei 2010 ) . Tapisan ketat mestilah diadakan bagi mengelak calon lompat parti tidak berulang.

DAP dan PAS malah UMNO berhadapan masalah lompat parti. Presiden PAS Asri Muda dan setiausaha agung PAS Othman Abdullah turut meninggalkan PAS.[1]

Bilangan yang keluar parti PKR tidaklah ramai, ia hanya diperbesar-besarkan oleh media arus perdana. 5000 ahli baru setiap bulan . Malah 50000 permohonan ahli baru dalam tempoh 3 bulan.

Kerajaan negeri Selangor[sunting | sunting sumber]

Wakil Kedah Dr Krisna Moorthy menggesa kerajaan negeri Selangor supaya segera menukar pemimpin BN yang masih wujud bagi membanteras rasuah. Kepimpinan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor hendaklah diubah demi meningkatkan prestasi. Wakil Terreganu, Rafizi Ramli bimbang kerana BN giat merampas kembali Selangor. Jika Selangor kekal di tangan PR, mudahlah menguasai pentadbiran di Putrajaya.

Amran Ghani selaku wakil Kelentan dan ahli parlimen Tanah Merah mendesak diadakan majlis Pakatan Rakyat di setiap negeri. Kekalahan PKR dalam Pilihan raya kecil Hulu Selangor 2010 pada 25 April 2010 membuktikan PKR masih gagal menarik sokongan rakyat terutama bangsa Melayu. Sokongan peneroka Felda seperti di Hulu Selangor hendaklah diusahakan.

Ramli Logan dari Pahang mendesak aga nasib Orang Asli tidak diabaikan. Isu tanah adat hendaklah diselesaikan. Selama ini Orang Asli dikelaskan bukan Bumiputera tetapi termasuk dalam kaum kaum lain.[2]

Utusan tidak diundang[sunting | sunting sumber]

Media arus perdana, wartawan Utusan Malaysia tidak diundang tetapi wartawan, jurukamera dan jurufoto tidak dihalau.[3]

  1. ^ 'Lompat katak' perkukuhkan PKR
  2. ^ "K'jaan Pakatan S'gor jadi tumpuan perbahasan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-06-01. Dicapai pada 2010-05-29.
  3. ^ Kongres PKR: Utusan M'sia - media tak diundang