Bandar Baharu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Daerah Bandar Baharu
Coat of arms of Kedah.jpg
Geografi
Status Daerah
Negara  Malaysia
Negeri  Kedah
Daerah Bandar Baharu
Keluasan 269
Daerah di Kedah

Flag of Kedah.svg

Daerah
Kedah Darul Aman
Daerah Bandar Baharu
Pejabat daerah Serdang
Pegawai daerah En Abd. Rahman Bin Haji Salleh, AMK., BCK.
Kawasan
 - Jumlah 27,126.98 km²
Populasi
 - Anggaran 2010 47,628
 - Kepadatan 1.8/km²

Bandar Baharu merupakan daerah yang terletak di Kedah, Malaysia. Tapi, pekannya terletak di sempadan antara Pulau Pinang dengan Perak. Sungai Kerian di sini adalah menjadi garis sempadan negeri Perak dan Kedah melalui susur keluar Bandar Baharu di lebuhraya.

Daerah ini telah dijadikan kawasan inap desa (homestay) oleh Kerajaan Negeri Kedah agar daerah ini menjadi kawasan tarikan pelancong. Inap desa ini telah dibangunkan di Kampung Relau, Mukim Relau dengan nama Homestay Sri Impian Relau.

Pusat pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Rancangan awal pihak kerajaan untuk memindahkan pusat pentadbiran kerajaan yang berada di pekan Bandar Baharu ke Serdang telah ditentang oleh penduduk kampung Sungai kecil hilir dan Relau. Namun Selepas pembinaan jalan tar yang melalui kampung Air Putih hingga Relau dan Sungai kecil hilir, mereka mula menyokong cadangan tersebut. Bermula tahun 1997, pusat pentadbiran kerajaan mula pindah ke Serdang dan bukan lagi di Pekan Bandar Baharu. Serdang dipilih sebagai pusat pentadbiran yang baru kerana ia terletak di tengah-tengah daerah Bandar Baharu. Ini memudahkan orang ramai untuk berurusan. Bagi melicinkan pentadbiran dan pengurusan hal-hal yang berkaitan dengan kerajaan sama ada kerajaan persekutuan, kerajaan negeri ataupun kerajaan tempatan, bererapa buah pejabat dan bangunan pentadbiran dan pengurusan kerajaan diwujudkan oleh pihak yang bertanggungjawab di Serdang. Antaranya adalah seperti berikut:

  1. Pejabat Daerah Daerah Bandar Baharu, Serdang
  2. Pejabat Tanah Daerah Bandar Baharu, Serdang
  3. Pejabat Agama Dan Mahkamah Syariah Daerah Bandar Baharu, Serdang
  4. Pejabat Kesihatan Daerah Bandar Baharu, Serdang
  5. Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Bandar Baharu, Serdang
  6. Pejabat Pendaftaran Daerah Bandar Baharu, Serdang
  7. Majlis Daerah Bandar Baharu, Serdang
  8. Ibu Pejabat Polis Daerah Bandar Baharu, Serdang
  9. Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Bandar Baharu, Serdang

Serdang[sunting | sunting sumber]

Sejak perubahan tempat pemerintahan ke Serdang, Serdang semakin pesat berkembang dan menjadi pusat penempatan utama daerah. Semua pejabat kerajaan beroperasi di Serdang. Antaranya Pejabat Daerah dan Tanah, Majlis Daerah Bandar Baharu, Mahkamah Syariah, Pejabat Agama, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Balai Polis, Pejabat Pos, Hong Leong Bank dan lain-lain lagi. Selain daripada itu, pelbagai rancangan telah dilakukan bagi memastikan kemajuan Daerah Bandar Baharu. Contoh terbaru yang boleh dilihat adalah dengan terbinanya Ibu Pejabat Polis Daerah Bandar Baharu, Balai Bomba, Dewan Serbaguna dan Sekolah Menengah Serdang Baru. Projek yang masih belum dilaksanakan adalah pembinaan Masjid Daerah dan Hospital Daerah.

Pihak berkuasa tempatan[sunting | sunting sumber]

Majlis Daerah Bandar Baharu
09800 Serdang,
Kedah Darul Aman
Hotline : 1-700-81-9131
Telefon : 04-407 7264
Faks : 04-407 8873
E-mel : mdbb@mdbb.gov.my
E-mel aduan : unit_aduan@mdbb.gov.my
Pejabat Tanah Daerah Bandar Baharu
09800 Serdang,
Kedah Darul Aman
Telefon : 04-4079732
Faks : 04-4079733
E-mel : www.ptbb@kedah.com
Ibu Pejabat Polis Daerah Bandar Baharu
09800 Serdang,
Kedah Darul Aman
Telefon : 04-4077222
Email: kpdbbharu@rmp.gov.my

Infrastruktur[sunting | sunting sumber]

Keselamatan[sunting | sunting sumber]

  1. Balai Polis Serdang 04-4077222
  2. Balai Bomba Serdang 04-4077444
  3. Pusat Serenti Serdang 04-4077539
  4. Pejabat Rela Serdang 04-4077561

Perkhidmatan[sunting | sunting sumber]

  1. Pejabat Pos Serdang 04-4079568
  2. Pejabat Pendaftaran Daerah Bandar Baharu,Serdang 04-4076353
  3. Pejabat Kesihatan Daerah Bandar Baharu,Serdang 04-4079446
  4. Klinik Kesihatan Serdang 04-4079446
  5. Poliklinik Dr Azhar Dan Rakan-Rakan,Serdang 04-4079969
  6. Klinik Dr Swaran
  7. Kedai TNB Serdang 04-4077020/9701
  8. JBA Serdang 04-4076943
  9. Pejabat Vetinier Daerah Bandar Baharu,Serdang 04-4077211
  10. Pejabat Pertanian Daerah Bandar Baharu 05-7178166
  11. Pejabat Penerangan Serdang 04-4079073

Bank[sunting | sunting sumber]

  1. Hong Leong Bank Serdang

Penginapan[sunting | sunting sumber]

  1. Homestay Serdang
  2. Homestay Bandar Baharu

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Sekolah menengah
  1. Sekolah Menengah Kebangsaan Serdang09800,Serdang 04-4077223
  2. Sekolah Menengah Kebangsaan Serdang Baru 09800,Serdang
  3. Sekolah Menengah Kebangsaan Selama09800,Serdang
  4. Sekolah Menengah Kebangsaan Lubuk Buntar098000,Serdang
  5. Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Kerat Telunjuk
  6. Sekolah Menengah Kebangsaan Sg.Kechil Ilir
  7. Sekolah Menengah Kebangsaan Sg.Kechil Ulu
  8. Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Pasir
  9. Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin Jalan Permatang Pasir
Sekolah rendah
  1. SK Jalan Serdang,09800 Serdang 04-4078230
  2. SK Sungai Salleh,09800 Serdang 04-4079044
  3. SK Air puteh,09800 Serdang 04-4078423
  4. SK Lubok Buntar 044078343
  5. SK Dato Hj Zainuddin,09800 Serdang 04-4078964
  6. SK Permatang Kerat Telunjuk,34950 Bandar Baharu Kedah
  7. SK Sungai Kecil Ulu,34950 Bandar Baharu
  8. SK Bandar Baharu,34950 Bandar Baharu
  9. SJK Tamil Ganesar Serdang,09800 Serdang 04-4077868
  10. SJK Tamil Ladang Somme,09800 Serdang
  11. SJK Tamil Ladang Buntar,09800 Serdang 04-4078428
  12. SJK Cina Serdang,09800 Serdang 04-4078486
  13. SJK Cina Poay Chai,09800 Serdang 04-4076355
  14. SJK Cina kwang Hwa,34950 Bandar Baharu

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

  1. Stesen Bas dan Teksi Serdang
  2. Mara Liner Antarabandar
  3. Mara Liner Bandar(Kulim-Serdang-Selama)
  4. Mara Liner Bandar(Serdang-Parit Buntar)
  5. Jadam Ekspress(Butterworth-Kulim-Serdang-Selama)

Pelancongan[sunting | sunting sumber]

  1. Taman Seri Tasik, Serdang
    Asalnya taman ini adalah merupakan sebuah bekas lombong tinggal. Memandangkan ia terletak di tengah-tengah Serdang, pihak Majlis mendapati ia berpotensi untuk dibangunkan sebagai taman riadah. Pada masa ini, di kawasan tersebut telah pun terdapat sebuah taman permainan kanak-kanak dan juga alatan senaman yang mana hasil dari peruntukan dari Jabatan Landskap Negara. Pihak Majlis juga telah mendapat peruntukan dari Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia bagi menambah komponen-komponen sediada di kawasan tersebut seperti membina wakaf, menyediakan kerusi dan meja berkelah, menyediakan jambatan konkrit bagi menghubungkan dua tasik, ruang pejalan kaki dan lampu hiasan di sekeliling tasik tersebut. Pihak Majlis juga merancang untuk membina rumah rehat dan restoran terapung bagi menarik pengunjung untuk mengunjung ke Taman Seri Tasik.
  2. Rimba Rekreasi Batu Hampar Air Puteh, Serdang
  3. Tebing Sungai Kerian
    Sungai Kerian merupakan lokasi acara tradisi sukan sungai bagi tiga daerah bersempadan iaitu Daerah Kerian, Perak, Daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang dan Daerah Bandar Baharu sendiri. Di sungai itu juga merupakan tumpuan pemancing untuk memancing dan merupakan antara sungai yang kaya dengan udang galahnya dan Ikan Kelisa Emas di Malaysia. Pihak Majlis telah mengambil kesempatan di atas projek JPS yang membina Ban sepanjang 400 m di Tebing Sungai Kerian bagi mengatasi masalah banjir yang sering berlaku pada musim tengkujuh yang mana pihak Majlis telah menerima peruntukan dari Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan bagi menjalankan projek di Tebing Sungai Kerian seperti membina wakaf, menyediakan tapak penjaja, membina ruang pejalan kaki dan pemasangan lampu hiasan di tebing tersebut.

Lebuh raya dan jalan utama[sunting | sunting sumber]

  1. Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Utara (E1): Persimpangan Bandar Baharu-Serdang-Parit Buntar
  2. Lebuhraya Jelas : Persimpangan Serdang (Perancangan)
  3. Lebuhraya Kedah Selatan : Persimpangan Serdang (Perancangan)
  4. Jalan Serdang-Kulim (136)-(K802)-(136)
  5. Jalan Serdang-Selama-Taiping (K7)-(A115)-(A6)
  6. Jalan Serdang-Parit Buntar (136)-(1)
  7. Jalan Serdang-Sungai Kecil Hilir-Relau

Agama[sunting | sunting sumber]

  1. Mahkamah Syariah Dan Pejabat Agama Daerah Bandar Baharu,Serdang Pejabat Agama 04-4077930
  2. Zakat 04-4079670
  3. Masjid Serdang
  4. Kuil Subramaniam Serdang
  5. Kuil Mariamman Batu Lintang
  6. Kuil Buddha Serdang

Kebajikan[sunting | sunting sumber]

  1. Pejabat Kebajikan Serdang 04-4076131

Sukan[sunting | sunting sumber]

  1. Pejabat Belia Dan Sukan Serdang 04-4076224

Pusat penempatan utama[sunting | sunting sumber]

  1. Mukim Bagan Samak
  2. Mukim Kuala Selama
  3. Mukim Permatang Pasir
  4. Mukim Relau
  5. Mukim Serdang
  6. Mukim Sungai Batu
  7. Mukim Sungai Kechil
  8. Bandar Baharu
  9. Bandar Serdang
  10. Pekan Lubuk Buntar
  11. Pekan Selama
  12. Pekan Sungai Kecil Illir
  13. Pekan Relau

Mukim Serdang (poskod 43300)[sunting | sunting sumber]

  1. Serdang
  2. Taman Serdang
  3. Taman Aked
  4. Taman Cempaka
  5. Taman Kenanga
  6. Taman Melur
  7. Perumahan Awam 1
  8. Perumahan Awam 2
  9. Kampung Ayer Itam
  10. Kampung Badlisha
  11. Kampung Bangol Durian
  12. Kampung Bangol Limau
  13. Kampung Baru Serdang
  14. Kampung Batu 8
  15. Kampung Batu 10
  16. Kampung Batu 12
  17. Kampung Batu 16
  18. Kampung Batu 18
  19. Kampung Ayer Putih
  20. Kampung Batu Hampar
  21. Kampung Batu Lintang
  22. Kampung Bendang Sera
  23. Kampung Bukit Aping
  24. Kampung Bulikt Buluh
  25. Kampung Cina
  26. Kampung Chelong
  27. Kampung Durian Burung
  28. Kampung Ee Guan
  29. Kampung Jalan Selama
  30. Kampung Jermai
  31. Kampung Kuala Air Puteh
  32. Kampung Kuala Dingin
  33. Kampung Leret
  34. Kampung Medan
  35. Kampung Paya Salak
  36. Kampung Pekan Lama
  37. Kampung Setali
  38. Kampung Sungai Buluh
  39. Kampung Sungai Kasai
  40. Kampung Sungai Saleh
  41. Kampung Sungai Setol
  42. Kampung Sungai Taka
  43. Kampung Sungai Tegas
  44. Kampung Sungai Tegas Terap
  45. Kampung Telok Kelian
  46. Kampung Telok Sera
  47. Kampung Tengah
  48. Kampung Terap
  49. Kampung Titi Akar
  50. Ladang Chim Khoon
  51. Ladang Somme
  52. Ulu Riau

Mukim Bagan Samak (poskod 34950 dan 09800)[sunting | sunting sumber]

  1. Bandar Baharu
  2. Kampong Permatang Kerat Telunjuk
  3. Kampong Baru Bagan Samak
  4. Kampung Kubu, Parit Nibong
  5. Kampung Sg. Tepus/Pasir Debu
  6. Kampung Bukit Aping
  7. Kampung Parit Teropong
  8. Kampung Sg. Kechil Ulu
  9. Kampung Parit Nibong/Asam Kumbang
  10. Kampung Bagan Samak
  11. Kampung Rumah Murah/Tebuk Mat Rashid
  12. Kampung Lubok Buntar
  13. Kampung Berjaya Batu 26
  14. Kampung Batu 22

Mukim Permatang Pasir (poskod 34950)[sunting | sunting sumber]

  1. Kampung Permatang Simpor
  2. Kampung Permatang Pasir

Pusat Penempatan Kecil[sunting | sunting sumber]

Mukim Kuala Selama dan Sungai Batu (poskod 09800 dan 09810)[sunting | sunting sumber]

  1. Kampung Kuala Dingin
  2. Kampung Sg. Itam Dalam
  3. Kampung Sg. Tengas
  4. Kampung Terap Dalam
  5. Kampung Seribu Relong
  6. Kampung Baru Selama
  7. Kampung Selama Luar
  8. Kampung Sungai Tengas Ilir

Mukim Relau (poskod 34950)[sunting | sunting sumber]

  1. Kampong Tengah Relau
  2. Kampong Ulu/Relau
  3. Kampong Padang
  4. Kampong Sungai Rambai
  5. Kampong 300 Kaki Relau
  6. Kampong Kilang Batu
  7. Kampong Paya Semambu
  8. Taman Relau Indah

Mukim Sg. Kechil Ilir (poskod 34950)[sunting | sunting sumber]

  1. Kampung Belakang Pekan (Kampung Masjid)
  2. Kampung Keda
  3. Kampung Balai Lama

Rujukan[sunting | sunting sumber]