Konsert Tahun Baru Vienna

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Konsert Tahun Baru Vienna Philharmonic Orchestra (dalam bahasa Jerman: Das Neujahrskonzert der Wiener Philharmoniker) ialah sebuah konsert muzik klasik yang dilakukan setiap tahun pada pagi 1 Januari di Vienna, Austria. Disiarkan di seluruh dunia dengan penonton yang mencapai satu bilion di 44 negara (tahun 2006).

Konduktor[sunting | sunting sumber]

  • Clemens Krauss, 1939, 1941–1945, 1948–1954
  • Josef Krips, 1946–1947
  • Willi Boskovsky, 1955–1979
  • Lorin Maazel, 1980–1986, 1994, 1996, 1999, 2005
  • Herbert von Karajan, 1987
  • Claudio Abbado, 1988, 1991
  • Carlos Kleiber, 1989, 1992
  • Zubin Mehta, 1990, 1995, 1998, 2007, 2015
  • Riccardo Muti, 1993, 1997, 2000, 2004
  • Nikolaus Harnoncourt, 2001, 2003
  • Seiji Ozawa, 2002
  • Mariss Jansons, 2006, 2012
  • Georges Prêtre, 2008, 2010
  • Daniel Barenboim, 2009, 2014, 2022[1]
  • Franz Welser-Möst, 2011, 2013, 2023[2]
  • Gustavo Dudamel, 2017[3]
  • Christian Thielemann, 2019[4]
  • Andris Nelsons, 2020 [5]

Penonton[sunting | sunting sumber]

Konsert ini sangat popular di seluruh Eropah, dan terakhir ini di seluruh dunia. Permintaan tiket sangat tinggi sehingga orang perlu memesannya satu tahun sebelumnya agar dapat menontonnya pada tahun yang akan datang. Banyak kerusi yang dikhususkan oleh keluarga Austria dan diwariskan dari generasi ke generasi.

Acara ini disiarkan oleh Eurovision Network yang mempunyai banyak rangkaian televisyen di seluruh Eropah (termasuk BBC Two di British Raya). Juga disiarkan melalui PBS di Amerika Syarikat (bermula tahun 1985), TVE di Sepanyol, NHK di Jepun, MetroTV di Indonesia, SBS di Australia, dll. Sejak 2006, konsert ini telah disiarkan kepada penonton di beberapa negara Afrika (Botswana, Lesotho, Malawi, Mozambik, Namibia, Swaziland, Zambia dan Zimbabwe) dan di Amerika Latin (Ekuador dan Bolivia).

Konsert Tahun Baru lain di Vienna[sunting | sunting sumber]

Peringatan Tahun Baru tradisional Vienna Hofburg Orchestra dilakukan pada 31 Disember di Vienna Hofburg. Konsert Tahun baru [1 Januari] dilakukan di Musikverein Wien. Program ini menampilkan pelbagai waltz dan melodi operet terkenal oleh Johann Strauss, Emmerich Kalman, Franz Léhar dan opera arias oleh Wolfgang Amadeus Mozart.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Recordings[sunting | sunting sumber]

  1. ^ New Year's Concert Diarkibkan Ogos 27, 2014 di Wayback Machine, wienerphilharmoniker.at
  2. ^ "Franz Welser-Möst leitet Neujahrskonzert 2023" (dalam bahasa Jerman). ORF. 2022-01-01. Dicapai pada 2022-01-03.
  3. ^ New Year's Concert 2017 with Gustavo Dudamel, wienerphilharmoniker.at
  4. ^ Di., 01. Jänner 2019, 11.15 Uhr: Neujahrskonzert, DIRIGENT: Christian Thielemann Diarkibkan Januari 1, 2020 di Wayback Machine wienerphilharmoniker.at (Hozzáférés: 2020. január 1.)
  5. ^ Neujahrskonzert 2020 mit Andris Nelsons