Eswatini

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Swaziland)

Koordinat: 26°30′S 31°30′E / 26.500°S 31.500°E / -26.500; 31.500

Kerajaan eSwatini
كراجاءن ايسواتيني
Umbuso weSwatini (b. Swazi)
Kingdom of eSwatini (b. Inggeris)
Bendera Swaziland
Jata Swaziland
Bendera Jata
Cogan kata
"Siyinqaba" (Swazi)
"Kami kubu"
"Kami sebuah misteri/tanda tanya"
"Kami sorok diri kami sendiri"
Lagu kebangsaan
Nkulunkulu Mnikati wetibusiso temaSwati
Oh Tuhan, Pengurnia Rahmat Swazi

Lokasi  Eswatini  (biru tua) – di Afrika  (light blue & kelabu tua) – di Kesatuan Afrika  (light blue)
Lokasi  Eswatini  (biru tua)

– di Afrika  (light blue & kelabu tua)
– di Kesatuan Afrika  (light blue)

Ibu negaraMbabane (eksekutif)
Lobamba (perundangan)
Bandar terbesarManzini
Bahasa rasmi
DemonimSwazi
KerajaanDwiraja mutlak berparlimen satuan
Raja Mswati III
Ntfombi Tfwala
Russel Dlamini
Badan perundanganParlimen Swaziland
Dewan Senat
Dewan Undangan
Kemerdekaan
• daripada United Kingdom
6 September 1968
1975
Keluasan
• Jumlah
17,364 km2 (6,704 bt2) (ke-153)
• Perairan (%)
0.9
Populasi
• Perkiraan 2020
1,160,164 [1] (ke-155)
• Bancian Penduduk 2017
1,093,238[2]
66.8/km2 (173.0/sq mi) (135th)
KDNK (PPP)2021
• Jumlah
USD10.463 bilion
$9,186 [3]
KDNK (nominal)2021
•  Jumlah
USD4.211 bilion
$3,697[3]
Gini (2016)negative increase 54.6[4]
tinggi
HDI (2019) 0.611[5]
sederhana · ke-138
Mata wangRand Afrika Selatan
Lilangeni Swazi
(SZL)
Zon waktuUTC+2 (SAST)
Bahagian memandukiri
Kod panggilan+268
Kod ISO 3166SZ
DPT internet.sz

Eswatini atau eSwatini[6] (disebut [é.swa.ti.ni]) atau nama rasminya Kerajaan Eswatini (bahasa Inggeris: Kingdom of eSwatini; bahasa Swati: Umbuso weSwatini; nama lama ia: Swaziland [swa.zi.land]) ialah sebuah negara berdaulat terletak di selatan benua Afrika. Negara ini menyempadani Mozambique di timur laut dengan Afrika Selatan di utara, barat dan selatan keseluruhannya dikelilingi daratan. Negara dan rakyatnya ambil nama mereka daripada Raja Mswati II, raja abad ke-19 di bawah pemerintahan wilayah Swazi dikembangkan dan disatukan.[7]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Penamaan[sunting | sunting sumber]

Pada 19 April 2018, Raja Swaziland Raja Mswati III bertitah bahawa nama negara Swaziland dinamakan semula Kerajaan eSwatini menandakan ulang tahun ke-50 kemerdekaan Swazi. Nama baru ini, eSwatini, bermakna "tempat orang Swazi" dalam bahasa Swati.[8][9] Penamaan semula ini juga dilakukan bagi mengelakkan kekeliruan dengan nama negara Switzerland.[10][11]

Geografi[sunting | sunting sumber]

Eswatini mempunyai persekitaran alam yang pelbagai; daripada kawasan pergunungan di sepanjang perbatasan Mozambique sehingga kawasan savana di sebelah timur dan hutan hujan di barat laut. Beberapa sungai mengalir di negara ini speerti Sungai Lusutfu. Dengan 50,000 orang penduduk, Mbabane sebagai ibu kota Eswatini, merupakan kota terbesar, dan kota-kota besar lain termasuk Manzini, Lobamba dan Siteki.

Politik[sunting | sunting sumber]

Eswatini ialah sebuah negara raja mutlak berdasarkan perlembagaan, undang-undang dan adat istiadat Swazi.[12] Ketua negara ialah raja atau Ngwenyama ("Singa"), raja kini ilaha Raja Mswati III yang menaiki takhta pada 1986 setelah kemangkatan ayahandanya Raja Sobhuza II pada 1982. Menurut perlembagaan negara, Ingwenyama ialah simbol perpaduan dan keabadian bangsa Swazi.[13]

Demografi[sunting | sunting sumber]

Bancian rasmi 2007 menetapkan jumlah penduduk Eswatini pada 912,229 orang penduduk, sedikit berkurang daripada jumlah penduduk dalam bancian rasmi sebelumnya (929,718 orang, 1997); pengurangan jumlah penduduk ini dikatakan berlaku akibat penghijrahan besar-besaran penduduk Eswatini ke Afrika Selatan dengan tujuan mencari kerja.[14] Eswatini memiliki kadar pesakit HIV/AIDS tertinggi dunia dengan peratusan sebanyak 27.2% (14 ke 49 tahun).[15][16]

Bahasa utama negara, siSwati (juga dikenal sebagai Swati, Swazi atau Siswati) ialah bahasa Bantu daripada Kumpulan Nguni, yang dituturkan di Eswatini dan Afrika Selatan.[17] Bahasa ini mempunyai 2.5 juta penutur dan diajar di sekolah. Bahasa ini diangkat sebagai bahasa rasmi Eswatini, bersama-sama dengan bahasa Inggeris, dan salah satu bahasa rasmi Afrika Selatan.[18] Selain itu, kira-kira 77,000 orang penduduk negara bertutur dalam bahasa Zulu.[19] Di samping itu, bahasa Portugal juga mula diajar sebagai bahasa ketiga di sekolah-sekolah Eswatini.[20]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Population, total – Eswatini". The World Bank Group. Dicapai pada 11 July 2021.
  2. ^ "Swaziland Releases Population Count from 2017 Census". United Nations Population Fund. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 August 2018. Dicapai pada 7 August 2018.
  3. ^ a b "Report for Selected Countries and Subjects". imf.org.
  4. ^ "Gini Index coefficient". CIA Factbook. Dicapai pada 17 July 2021.
  5. ^ Human Development Report 2020 The Next Frontier: Human Development and the Anthropocene (PDF). United Nations Development Programme. 15 December 2020. m/s. 343–346. ISBN 978-92-1-126442-5. Dicapai pada 16 Disember 2020.
  6. ^ "Swaziland king changes the country's name". 19 April 2018 – melalui www.bbc.com.
  7. ^ Kuper, Hilda (1986). The Swazi: A South African Kingdom. Holt, Rinehart and Winston. m/s. 9–10.
  8. ^ "Swaziland king changes the country's name". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 2018-04-19. Dicapai pada 2018-04-19.
  9. ^ "Swaziland kini dikenali sebagai `eSwatini'". Utusan Online. 20 April 2018. Dicapai pada 20 April 2018.
  10. ^ "Swaziland king changes the country's name". BBC News. 19 April 2018. Dicapai pada 19 April 2018.
  11. ^ "Kingdom of Eswatini Change Now Official". Times Of Swaziland. 18 Mei 2018. Dicapai pada 25 Mei 2018.
  12. ^ "Our governance". Gov.sz. Dicapai pada 16 August 2014.
  13. ^ The Constitution of The Kingdom of Swaziland Act, 2005, Chapter 1, Section 4(2)
  14. ^ Nolen, Stephanie (2009-04-03). "Where have all the Swazis gone?". The Globe and Mail. Diarkibkan daripada yang asal pada December 26, 2015. Dicapai pada 2015-12-26.
  15. ^ "Swaziland 2016 Country factsheet". UNAIDS. Dicapai pada 14 January 2018.
  16. ^ "Prevalence of HIV, total (% of population ages 15–49)". The World Bank. Dicapai pada 6 May 2014.
  17. ^ U.S. Department of State. "Background Note:Swaziland". Dicapai pada 29 December 2009.
  18. ^ "The Constitution of the Kingdom of Swaziland Act, 2005" (PDF). m/s. 12. Dicapai pada 3 June 2018.
  19. ^ Lewis, M. Paul (2009). "Ethnologue: Languages of the World, Sixteenth edition". Dicapai pada 29 December 2009.
  20. ^ "África do Sul será primeiro país não europeu com ensino complementar de língua portuguesa". IILP. 2018. Dicapai pada 23 October 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]