Kontroversi plet kereta WWW1

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kontroversi plet kereta WWW1 dikira bermula apabila Jabatan Pengangkutan Jalan membuka tender kepada orang ramai untuk membida nombor plet kereta yang dikira istimewa pada tahun 2012. WWW itu bermaksud "World Wide Web".Ramai pihak termasuk VIP , sultan, raja-raja, menteri dan ahli perniagaan ingin membida plet kereta Wilayah Persekutuan ini.

Tokoh wibawa PAS Mohammad Nizar Jamaluddin juga bekas Menteri Besar Perak telah mengkritik bidaan itu. Antara maksud twitter yang dihantar ialah 'RM520,000 itu sepatutnya boleh digunakan untuk membantu rakyat miskin di Johor mahupun membina lagi 20 rumah Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT)'.


Plet WWW1[sunting | sunting sumber]

Sultan Johor telah berjaya membida plet WWW1 dan memasangnya pada kereta Proton]] Satria Neo warna oren milik baginda. Sultan mempunyai koleksi kereta antik dan model kereta terbaru . Sultan Ibrahim mendahului 9,999 pembida lain termasuk Yang di-Pertuan Agong, yang memenangi nombor plat "WWW 5", dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, memenangi nombor plat "WWW 15". Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha mengumumkan pembida-pembida yang berjaya.

Plet "MCA 1" pada tahun 2010 yang telah dijual pada harga RM300,100.

Namun bekas Menteri Besar Perak yang disingkirkan , Datuk Seri Nizar Jamaluddin melalui Twitter telah memberi komen yang menyinggung perasaan rakyat Johor , Sultan Johor dan anakandanya. Media arus perdana dan blog di internet telah mengecam tindakan tindakan Pesuruhjaya PAS Perak itu terhadap negeri Johor. Nizar telahpun meminta maaf tetapi tidak diendahkan.

Tindakan Nizar ibarat 'paku dulang paku serpih'. Kerajaan Negeri Perak semasa beliau menjadi Menteri Besar pada 2008, telah membeli 16 kereta Toyota Camry dengan nombor plat AGS 10 (Proton Perdana milik Nizar), AFD 11, AFD 22, AFD 33, AFD 55, AFD 66, AFD 77, AFD 88, AFD 99, AFD 333, AFD 999, AFF 33, AFF 88, AFF 99, AGS 828 dan AEU 606. [1]

Bantahan[sunting | sunting sumber]

Ekoran itu, pada 3 Jun 2012, kira-kira 500 orang daripada 26 persatuan di Johor memprotes tindakan biadap itu Mereka berarak di bandaraya Johor Baharu . Pihak Ketua Polis Johor Datuk Mokhtar Shariff menerima lebih 40 laporan polis.Twitter itu dikira menghasut di bawah Akta Hasutan 1948 dan dilaksanakan oleh Jabatan Peguam Negara.[2]

Ketua Pemuda UMNO Johor , Mohd. Fadil Muskon menuntut PDRM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan terhadap Mohammad Nizar atau mana-mana individu yang menyalahgunakan Twitter atau Facebook. Beberapa NGO seperti Persatuan Pesara Kerajaan; Persatuan Pemandu Teksi dan Kereta Sewa; Kelab Rakan Muda dan Persatuan Sahabat membawa sepanduk anti Nizar.[3]

Pada 30 Mei 2012, Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM) menerusi Presidennya, A. Rahman Mahadi menggesa Nizar Jamaluddin memohon ampun kepada Sultan Johor. [4]

Siasatan[sunting | sunting sumber]

Pada 6 Jun 2012, PDRM diwakili Ketua Siasatan Jenayah IPD Johor, DSP Sanawi Muhamad dan DSP Sukiman Arshad datang ke ibu pejabat PAS di Ipoh untuk mendapatkan maklumat lanjut.[5]

Reaksi Sultan[sunting | sunting sumber]

Pada 29 Mei 2012, Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut memberi reaksi melalui akaun Twitternya @HRHJohor2.[6] Duit kerajaan langsung tidak disalahguna kerana disalurkan ke Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim.[7][8] Kerabat diraja Johor tidak pernah mengambil satu sen pun duit daripada kerajaan sejak pemerintahan Almarhum Sultan Ibrahim Sultan Abu Bakar.

Pada 10 Jun 2012, sekali lagi rakyat Johor berkumpul di Istana Pasir Pelangi menyatakan sokongan kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim. Seramai 30,000 berarak dari Sangkar Kristal, Taman Pelangi ke Istana Pasir Pelangi ke majlis Himpunan Menjunjung Kasih dan Taat Setia Sultan Johor anjuran Majlis Penyelaras Gabungan NGO Melayu Negeri Johor (Gabung). Turut hadir ialah Raja Zarith Sofia (asal negeri Perak) dan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Idris. [9]

Mempertahankan diri[sunting | sunting sumber]

Pada 4 Jun 2012, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Dr. Raja Ahmad Raja Yusof menuding jari kepada tabloid Kosmo kerana menyiarkan karikatur bertajuk Plat berharga RM500,000 pada pada 28 Mei 2012. Karikatur berunsur sama disiarkan sekali lagi pada 30 Mei 2012 dengan tajuk WWW 1 paling mahal.

Akhhbar "Kosmo! dibaca oleh seluruh rakyat Malaysia berbanding Twitter yang dibaca oleh orang-orang tertentu sahaja. Ucapan Nizar mungkin terpengaruh dengan akhbar Kosmo kerana Mohammad Nizar membuat kenyataan itu pada pukul 4.07 petang iaitu selepas kenyataan yang dibuat oleh Kosmo!. Penolong Setiausaha Dewan Pemuda Pas Perak, Safarizal Saleh membuat laporan polis terhadap terhadap Kosmo! supaya akhbar itu disiasat sekiranya karikatur berkenaan didapati berkaitan dengan Akta Hasutan 1948.[10]

Pelbagai pihak turut menyiarkan pelbagai plet khas yang dimiliki oleh penjawat awam, menteri, Menteri Besar termasuk Menteri Besar Perak dan Menteri Besar Kelantan sendiri .Menteri Kesihatan Malaysia yang berjaya membida plet WWW15 turut dipersoalkan oleh media internet.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Nizar Jamaluddin seperti 'paku dulang paku serpih'...
  2. ^ Nizar Akan Beri Kenyataan Polis Rabu Ini - Hishammuddin
  3. ^ Pasukan khas siasat kenyataan Nizar
  4. ^ Bekas MB Perak digesa mohon ampun kepada Sultan
  5. ^ Dua pegawai polis Johor ambil keterangan Mohammad Nizar hari ini
  6. ^ Pas patut hukum Mohammad Nizar
  7. ^ Tengku Mahkota Johor Bidas Nizar Jamaluddin
  8. ^ "Nizar disiasat di bawah Akta Hasutan isu bidaan no plat Sultan Johor". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-06-01. Dicapai pada 2012-06-10.
  9. ^ 30,000 ikrar taat setia kepada Sultan Johor
  10. ^ Isu Nizar: Pemuda Pas salahkan Kosmo!