Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Tunku Ismail Idris)
Lompat ke: pandu arah, cari
Tunku Ismail Idris
DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR
Istana rasmi Istana Besar Johor Bahru[1]
Istana kediaman Istana Bukit Pelangi Johor Bahru
Pasangan Che Puan Khaleeda Bustaman (k. 2014)
Putera-puteri
1. YAM Tunku Khalsom Aminah Sofiah
Nama penuh
Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail[2][3]
Kerabat diraja Dinasti Temenggong Johor
Ayahanda Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj
Bonda Raja Zarith Sofia binti Almarhum Sultan Idris Iskandar Al-Mutawakkil Alallahi Shah II Afifurlah
Keputeraan (1984-06-30)30 Jun 1984 (umur 33 tahun dan 27 hari)
Johor Bahru, Johor
Agama Islam
Gelaran hormat bagi
Tunku Ismail Idris
Lambang peribadi TMJ.JPG
Bendera tunku mahkota johor.gif
Gaya panggilan Duli Yang Amat Mulia
Gaya pertuturan Duli Yang Amat Mulia
Gaya pilihan Tunku

Duli Yang Amt Mulia Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail[4] (dilahirkan pada (1984-06-30) 30 Jun 1984 (umur 33) di Johor Bahru, Johor)[2] merupakan Tunku Mahkota Johor. Beliau merupakan anakanda pertama baginda berdua dan putera sulung kepada Kerabat Diraja Johor (sebelah ayahanda) dan Kerabat Diraja Perak (sebelah bonda). Tunku Ismail pernah berkhidmat sebagai pegawai Tentera India dan kini Penaung Diraja Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ).

Tunku Ismail merupakan putera sulung Sultan Johor sekarang, Sultan Ibrahim Ismail dan Raja Zarith Sofia Sultan Idris Shah.[2] Beliau merupakan cucunda kepada Sultan Johor yang sebelumnya iaitu Almarhum Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail dan juga Sultan Perak sebelum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, iaitu Almarhum Sultan Idris Shah II.

Tunku Ismail dilantik sebagai Raja Muda pada 8 April 2006 oleh nendanya, Almarhum Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail, sebagai pewaris kedua yang bakal menaiki takhta Kesultanan Johor (kini pewaris takhta utama setelah kemangkatan Sultan Iskandar).[2][5] Tunku Ismail kemudian ditabalkan sebagai Tunku Mahkota Johor pada 26 Januari 2010.[6] selepas ayahandnya ditabalkan menjadi Sultan Johor Darul Takzim ke - 25 pada 23 Januari 2010.

Johor Darul Takzim FC[sunting | sunting sumber]

Tunku Ismail telah mengambil alih Persatuan Bola Sepak Johor dan telah membuat perubahan besar terhadap bola sepak johor ke arah yang lebih profesional.

Pada 12 Julai 2015, Tunku Ismail telah meletakkan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ). Jawatan tersebut telah diambil alih oleh YB Dato' Haji Ismail bin Karim, Setiausaha Kerajaan Johor.

Walaupun begitu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail ibni Sultan Iskandar telah berkenan untuk melantik anakanda baginda, Tunku Ismail sebagai Penaung Diraja Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) pada 21 Julai 2015.

Kelahiran[sunting | sunting sumber]

1. Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar (dilahirkan pda (1984-06-30)30 Jun 1984 (Umur 33 tahun dan 27 hari) di Johor Bahru, Johor.)

2. Yang Mulia Isteri Tunku Mahkota Johor Che Puan Khaleeda Binti Bustaman (dilahirkan pada (1993-07-16)16 Julai 1993 (Umur 24 tahun dan 11 hari) di Kuala Lumpur, Malaysia.)

3. Yang Amat Mulia Tunku Khalsom Aminah Sofiah (dilahirkan pada (2016-06-25)25 Jun 2016 (Umur 1 tahun, 1 bulan dan 2 hari) di Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah di Johor Bahru, Johor.)

Rujukan[sunting | sunting sumber]