Kumpulan Tentera Darat Keenam Amerika Syarikat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kumpulan Tentera Darat Keenam Amerika Syarikat
Insignia bahu Kumpulan Tentera Darat Keenam
Aktif1944–45
NegaraAmerika Syarikat Amerika Syarikat
CawanganBendera Tentera Darat Amerika Syarikat Kenteteraan Amerika Syarikat
JenisKumpulan tentera darat
PerananMarkas Kumpulan Tentera Darat
Saiz200,000: Tentera Darat Ketujuh A.S. dan Tentera Darat Pertama Perancis
Sebahagian daripadaAngkatan Ekspedisi Bersekutu
PertempuranPerang Dunia II
Komander
Komander
terkenal
Jacob L. Devers

Kumpulan Tentera Darat Keenam Amerika Syarikat ialah sebuah kumpulan tentera darat Pihak Bersekutu yang berperang di Kancah Operasi Eropah semasa Perang Dunia II. Dibentuk daripada ketumbukan-ketumbukan Tentera Darat Amerika Syarikat dan Tentera Darat Perancis, ia bertempur di Perancis, Jerman, Austria, dan, secara singkat, Itali. Juga dirujuk sebagai Kumpulan Tentera Darat Selatan, ia telah ditubuhkan pada Julai 1944 dan diperintah keseluruhan masanya oleh Jeneral Jacob L. Devers.

Untuk peranan utamanya dalam Operasi Undertone, Tentera Darat Ke-7 dibawahnya berjaya menyeberangi Sungai Rhine hingga masuk ke Jerman, menawan Nuremberg dan kemudian Munich. Akhirnya ia merentasi Brenner Pass dan berhubung dengan Tentera Darat Kelima AS di Vipiteno, Itali.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kumpulan Tentera Darat Keenam pada asalnya ditubuhkan di Corsica, Perancis (secara khusus diaktifkan pada 29 Julai 1944[2]) sebagai "MK Hadapan Angkatan Bersekutu", sebuah markas khas dalam AFHQ (iaitu ibupejabat Henry Maitland Wilson, Pemerintah Tertinggi Kancah Mediterranean) diperintah oleh Leftenan Jeneral Jacob L. Devers. Peranan awalnya ialah menyelia perancangan gabungan tentera Perancis dan Amerika yang menyerbu selatan Perancis dalam Operasi Dragoon dan menyediakan hubungan antara ketumbukan ini dan AFHQ.[3][4] Dragoon ialah tanggungjawab operasi Tentera Darat Ketujuh Amerika Syarikat yang diperintah oleh Lt. Jen. Alexander Patch.[3] Tersedia untuk Patch ialah tiga kor (Kor VI AS dan Kor I dan II Perancis) dan 24,000 anggota Maquis Forces Francaises de l'Interieur.[4] Dua kor Perancis ini menubuhkan Tentera Darat B Perancis yang diperintah oleh Général Jean de Lattre de Tassigny[5] yang kemudian dinamakan semula Tentera Darat Pertama Perancis. Walaupun Markas Kumpulan Tentera Darat Keenam secara rasminya diaktifkan pada 1 Ogos, ia hanya terdiri daripada anggota Detasmen Hadapan AFHQ dan, atas sebab-sebab keselamatan, mengekalkan nama detasmen. Markas Detasmen Hadapan di Corsica tidak mempunyai tugas-tugas perintah atau operasi dan berfungsi sepenuhnya sebagai agensi penghubung dan koordinasi disamping mempersiapkan dirinya untuk memulakan operasi di Perancis sebagai markas Kumpulan Tentera Darat Keenam.[2]

Markas Devers kekal dibawah AFHQ semasa pencerobohan dan beberapa minggu selepas itu kawalan operasi pasukan-pasukan di tempat tersebut tinggal dengan Patch sehingga ketumbukannya berhubung di Dijon, Perancis bersama Tentera Darat Ketiga AS Kumpulan Tentera Darat Kedua Belas Amerika Syarikat mara dari barat selepas memecah keluar dari tumpuan pantai Normandy. Ketika ini, pada 15 September, markas Devers telah dibentuk semula sebagai Kumpulan Tentera Darat Keenam untuk mengambil alih kawalan Tentera Darat Ketujuh dan Tentera Darat B Perancis dan diletakkan dibawah arahan keseluruhan Jeneral Dwight D. Eisenhower, Pemerintah Tertinggi SHAEF (Markas Tertinggi Angkatan Ekspedisi Bersekutu).[6]

Pada akhir 1944 dan awal tahun 1945 Kumpulan Tentera Darat Keenam terlibat dalam pertempuran sengit di Alsace dan menangkis kemaraan Jerman semasa Operasi Nordwind dan seterusnya bertempur untuk menutup Kelompok Colmar. Divisyen Ke-63 Infantri ialah unit pertama Tentera Darat Ketujuh yang melintasi Garis Siegfried, dan yang pertama dapat membawa seluruh divisyen melepasinya. Divisyen Ke-3 Infantri mengalami kasualti tertinggi dalam keseluruhan divisyen AS, dengan lebih 27,000 kasualti.

Kumpulan Tentera Darat tersebut kemudian mara melalui Bavaria, dan akhirnya masuk barat Austria pada penghujung peperangan. Elemen-elemen Kumpulan Tentera Darat Keenam bergabung di selatan Brenner Pass pada 4 Mei 1945 dengan pasukan Tentera Darat Kelima Amerika Syarikat Kumpulan Tentera Darat Ke-15 Bersekutu yang mara dari arah utara Itali.[1]

Selepas berakhirnya perang, Tentera Darat Ke-7 A.S. kekal sebagai ketumbukan pendudukan dan pertahanan di selatan Jerman untuk beberapa dekad. Ia juga menduduki sebahagian Austria sehingga negara itu dibebaskan daripada pendudukan pada pertengahan 1950-an.

Senarai tempur – 8 Mei 1945[sunting | sunting sumber]

Senarai tempur kerap beralih tempat dalam Kumpulan Tentera Darat Keenam, tetapi accelerated dramatically during its late-war push through selatan Bavaria hingga ke Austrian Alps to head off German establishment of a National Redoubt and close off passes to Nazi escape. Senarai Tempur pada 8 Mei represents a significantly different disposition in some instances than in the weeks and even days leading up to it.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Petikan dan nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Fifth Army History • Race to the Alps, Chapter VI : Conclusion [1] "On 3 May the 85th and 88th [Infantry] Divisions sent task forces north over ice and snow 3 feet deep to seal the Austrian frontier and to gain contact with the American Seventh Army, driving southward from Germany. The 339th Infantry [85th Division] reached Austrian soil east of Dobbiaco at 0415, 4 May; the Reconnaissance Troop, 349th Infantry [88th Division], met troops from [103rd Infantry Division] VI Corps of Seventh Army at 1051 at Vipiteno, 9 miles south of Brenner."
  2. ^ a b Clarke & Smith 1993, m/s. 30.
  3. ^ a b Clarke & Smith 1993, m/s. 28.
  4. ^ a b Jackson, pp. 176 to 178
  5. ^ Jackson, p. 176 (footnote)
  6. ^ Clarke & Smith 1993, m/s. 224.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Clarke, Jeffrey J.; Smith, Robert Ross (1993). Riviera to the Rhine. United States Army in World War II: European Theater of Operations. Washington DC: Office of the Chief of Military History, Department of the Army.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Jackson, General Sir William; Gleave, Group Captain T.P. (2004) [1st. pub. HMSO:1987]. Butler, Sir James (penyunting). The Mediterranean and Middle East, Volume VI: Victory in the Mediterranean, Part 2 - June to October 1944. History of the Second World War, United Kingdom Military Series. Uckfield, UK: Naval & Military Press. ISBN 1-84574-071-8. Unknown parameter |lastauthoramp= ignored (bantuan)
  • Toomey, Denis W. (2005). "Montelimar: Slaughterhouse on the Rhone". dogfacesoldiers.org website. Tansy Publishing. External link in |work= (bantuan)

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:US Army navbox