Operasi Overlord

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Jangan dikelirukan dengan Operasi Overlord (1971).
Operasi Overlord
Sebahagian daripada Barisan Barat dalam Perang Dunia II
NormandySupply edit.jpg
Kapal pendarat kereta kebal, bersama belon baraj terapung di udara, memunggah bekalan ke Pantai Omaha untuk persiapan memecah keluar dari Normandy.
Tarikh 6 Jun – 30 Ogos 1944
Lokasi Utara Perancis
Hasil Kemenangan Bersekutu
Pihak yang terlibat
 Jerman Nazi
Komandan
Kekuatan
  • 1,452,000 askar (pada 25 Julai)[a]
  • 2,052,299 (pada akhir Ogos)[7]
  • 380,000 askar (pada 23 Julai)[8] – 1,000,000 (pada akhir Ogos)[9]
  • 2,200[9] – 2,500 kereta kebal dan meriam serangan[10][11]
Korban
  • 225,606 hingga 226,386 kasualti
  • 4,101 pesawat[12]
  • ~4,000 kereta kebal[13]
  • 400,000 kasualti[14] hingga 530,000+ terbunuh atau ditawan[15]
  • 2,127 pesawat[16]
  • ~2,200–2,400 kereta kebal dan meriam serangan musnah[10]
Kematian Orang Awam:
  • 11,000–19,000 terkorban semasa pengeboman pra-penyerbuan[17]
  • 13,632–19,890 terkorban semasa penyerbuan[18]
  • Jumlah: 25,000–39,000 terkorban

Operasi Overlord adalah nama kod bagi Pertempuran Normandy, iaitu operasi Pihak Bersekutu yang melancarkan penyerbuan yang berjaya ke atas Barat Eropah taklukan Jerman semasa Perang Dunia II. Operasi ini telah dilancarkan pada 6 Jun 1944 dengan pendaratan Normandy (Operasi Neptune, lebih dikenali sebagai D-Day). Sejumlah 1,200-pesawat serangan payung terjun mendahului serangan amfibia yang melibatkan lebih daripada 5,000 kapal. Hampir 160,000 askar menyeberangi Selat Inggeris pada 6 Jun, dan lebih daripada dua juta askar Bersekutu berada di Perancis pada akhir bulan Ogos.

Keputusan untuk melakukan serbuan lintas selat pada tahun 1944 telah diambil dalam Persidangan Trident di Washington pada Mei 1943. Jeneral Dwight D. Eisenhower telah dilantik sebagai Panglima Markas Tertinggi Angkatan Ekspedisi Bersekutu (SHAEF), dan Jeneral Bernard Montgomery dinamakan sebagai Panglima Kumpulan Tentera Darat Ke-21, yang mengandungi semua pasukan darat yang terlibat dalam penyerbuan ini. Pantai Normandy telah dipilih sebagai lokasi penyerbuan, dengan pihak Amerika ditugaskan mendarat di sektor bernama Utah dan Omaha, pihak British di Sword dan Gold, manakala pihak Kanada di Juno. Untuk berdepan dengan keadaan yang dijangkakan di tumpuan pantai Normandy, teknologi khas telah dibangunkan, seperti dua pelabuhan tiruan yang dipanggil pelabuhan Mulberry dan barisan kereta kebal khusus yang diberi nama Hobart's Funnies. Berbulan-bulan sebelum penyerbuan itu, pihak Sekutu menjalankan muslihat tentera yang besar, Operasi Bodyguard, menggunakan maklumat elektronik dan visual yang salah. Ini mengelirukan pihak Jerman tentang tarikh dan lokasi pendaratan utama Bersekutu. Adolf Hitler meletakkan Fil Marsyal Erwin Rommel memimpin pembinaan barisan kubu di sepanjang Tembok Atlantik bagi menentang penyerbuan tentera Bersekutu.

Pihak Sekutu gagal mencapai objektif hari pertama mereka, tetapi mendapat sedikit tapak dimana mereka secara perlahan-lahan berkembang setelah pelabuhan Cherbourg ditawan pada 26 Jun dan bandar Caen pada 21 Julai. Kegagalan serangan balas oleh tentera Jerman pada 8 Ogos menyebabkan 50,000 askar Tentera Darat Ke-7 terperangkap dalam Kelompok Falaise. Pihak Sekutu melancarkan satu penyerbuan di selatan Perancis (diberi nama kod Operasi Dragoon) pada 15 Ogos, dan diikuti Pembebasan Paris pada 25 Ogos. Tentera Jerman berundur merentasi sungai Seine pada 30 Ogos 1944, menandakan berakhirnya Operasi Overlord.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

Nota penerangan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Around 812,000 were American and 640,000 were British and Canadian (Zetterling 2000, halaman 408).

Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "American casualties" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "British casualties" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "Rockets" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "British command" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "Other divisions" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.

Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "tanks" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.

Petikan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Beevor 2009, m/s. 82.
  2. ^ a b Williams 1988, m/s. x.
  3. ^ Beevor 2009, m/s. 492.
  4. ^ US Navy website.
  5. ^ Luxembourg Army website.
  6. ^ Beevor 2009, m/s. 76.
  7. ^ Badsey 1990, m/s. 85.
  8. ^ Zetterling 2000, m/s. 32.
  9. ^ a b Shulman 2007, m/s. 192.
  10. ^ a b Wilmot 1997, m/s. 434.
  11. ^ Buckley 2006, m/s. 117–120.
  12. ^ Tamelander & Zetterling 2003, m/s. 341.
  13. ^ Tamelander & Zetterling 2003, m/s. 342.
  14. ^ Whitmarsh 2009, m/s. 109.
  15. ^ Giangreco, Moore & Polmar 2004, m/s. 252.
  16. ^ Tamelander & Zetterling 2003, m/s. 342–343.
  17. ^ Beevor 2009, m/s. 519.
  18. ^ Flint 2009, m/s. 336–337.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]