Tentera Darat Ketujuh Amerika Syarikat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bagi latar belakang terperinci tentang Tentera Darat Ketujuh dalam Perang Dunia II dan Perang Korea, lihat Tentera Darat Eropah Amerika Syarikat.
Tentera Darat Ketujuh A.S.
Seventh United States Army DUI.png
Insignia Tentera Darat Ke-7 AS.
Aktif1943–45
1950–kini (Tentera Darat Eropah Amerika Syarikat)
Negara Amerika Syarikat
KesetiaanBendera Tentera Darat Amerika Syarikat Tentera Darat Amerika Syarikat
Moto"Pyramid of Power!" (rasmi), "Seven Steps to Hell!" (tidak rasmi)[1][2]
Komander
Komander
terkenal
George S. Patton
Mark W. Clark
Alexander Patch
Tanda kebesaran
Insignia[3]Seventh United States Army CSIB.svg
FlagFlag of the Seventh United States Army.svg

Tentera Darat Ketujuh adalah sebuah tentera darat medan AS yang diwujudkan semasa Perang Dunia II yang berubah menjadi Tentera Darat Eropah Amerika Syarikat (USAREUR) sewaktu era 1950an dan 1960an. Ia berkhidmat di Afrika Utara dan Itali dalam Kancah Operasi Mediterranean dan Perancis serta Jerman dalam Kancah Eropah antara tahun 1942 dan 1945.

Pada awalnya Kor I Armor dibawah pemerintahan Leftenan Jeneral George S. Patton, ia mendarat di Maghribi semasa Operasi Torch sebagai Pasukan Petugas Barat, pasukan pertama A.S. yang memasuki perang Eropah. Berikutan kejayaan mengalahkan Wehrmacht dibawah Fil Marsyal Erwin Rommel di Afrika Utara, Kor I Armor telah dibentuk semula menjadi Tentera Darat Ketujuh pada 10 Julai 1943 sewaktu dalam perjalanan laut untuk menceroboh Sicily selaku pasukan pemimpin Operasi Husky.

Selepas penaklukan Palermo dan Messina Tentera Darat Ketujuh mempersiapkan pencerobohan Perancis melalui pantai Mediterraneannya sebagai elemen utama Operasi Dragoon pada Ogos 1944. Ia kemudian mengusir tentera Jerman yang berundur ke utara dan kemudian ke barat arah Alsace, diserap kedalam Kumpulan Tentera Darat Keenam Amerika Syarikat yang baru diwujudkan pada pertengahan September. Pada Januari 1945 ia menangkis penyerangan balas musuh semasa Operasi Nordwind Jerman, kemudian melengkapkan penguasaannya ke atas wilayah itu menjelang pertengahan bulan Mac.

Memegang peranan utama dalam Operasi Undertone pada 15 Mac, Tentera Darat Ketujuh berjuang melepasi Sungai Rhine masuk ke Jerman, menawan Nuremberg dan kemudian Munich. Elemen-elemennya mencecah Austria dan melintasi Genting Brenner masuk ke Itali pada 4 Mei, diikuti oleh pengakhiran perang pada VE-Day, 8 Mei 1945.[4]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Veterans of the Seventh Army wore a tab reading "Seven Steps to Hell" under the patch, but this tab was never officially authorized.
  2. ^ "Seventh Army History". Dicapai pada 29 May 2012.
  3. ^ The shoulder sleeve insignia for the Seventh Army was approved on 23 June 1943. The letter "A" (for "army") is formed by seven steps indicating the numerical designation of the unit. The colors suggest the three basic combat branches which make up a field army - blue for infantry, red for artillery, and yellow for armor (cavalry).
  4. ^ Fifth Army History • Race to the Alps, Chapter VI : Conclusion [1] "On 3 May the 85th and 88th [Infantry] Divisions sent task forces north over ice and snow 3 feet deep to seal the Austrian frontier and to gain contact with the American Seventh Army, driving southward from Germany. The 339th Infantry [85th Division] reached Austrian soil east of Dobbiaco at 0415, 4 May; the Reconnaissance Troop, 349th Infantry [88th Division], met troops from [103rd Infantry Division] VI Corps of Seventh Army at 1051 at Vipiteno, 9 miles south of Brenner."
  5. ^ http://www.eur.army.mil/7atc/about.html