Kumpulan Tentera Darat Ke-15
Kumpulan Tentera Darat Ke-15 | |
---|---|
Aktif | 1943–45 |
Negara | United Kingdom & Amerika Syarikat, disertai banyak negara Sekutu |
Kesetiaan | Pihak Bersekutu |
Jenis | Kumpulan tentera darat |
Peranan | Markas Kumpulan Tentera Darat |
Saiz | 200,000 anggota |
Komander | |
Komander terkenal | Harold Alexander Mark W. Clark |
Kumpulan Tentera Darat Ke-15 ialah sebuah kumpulan tentera darat yang terdiri daripada beberapa tentera darat medan British dan Amerika yang merangkumi sejumlah kor, divisyen dan briged daripada pelbagai tentera Bersekutu (Kanada, India, Poland, Afrika Selatan, Greece, Brazil dan New Zealand) dalam Perang Dunia II.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Kumpulan Tentera Darat Ke-15 telah diaktifkan pada tahun 1943 di Algiers, Afrika Utara, untuk penyerbuan Sicily yang dirancang, nama kod Operasi Husky. Ketumbukan utama untuk tugas ini ialah Tentera Darat Ketujuh A.S. di bawah Leftenan Jeneral George Patton, dan Tentera Darat Kelapan British, di bawah Jeneral Bernard Montgomery. Susulan penaklukan Sicily, kumpulan tentera darat ini dipertanggungjawabkan untuk pencerobohan tanah besar Itali yang mana Tentera Darat Ketujuh A.S. telah digantikan oleh Tentera Darat Kelima A.S. di bawah Leftenan Jeneral Mark Clark. Pada Januari 1944, kumpulan tentera darat ini telah dibentuk semula sebagai angkatan Bersekutu di Itali dan kemudian Angkatan Pusat Bersekutu Mediterranean.
Pada Mac 1944, kumpulan tentera darat ini dinamakan semula Ketumbukan Bersekutu di Itali. Sepanjang tempoh ini, kumpulan tentera darat berada di bawah perintah Jeneral British Sir Harold Alexander. Pada akhir tahun 1944, kumpulan tentera darat tersebut telah mara ke arah utara merentasi Itali, menawan Rom, dan menolak tentera Paksi berundur ke utara Itali. Pada bulan Disember, Leftenan Jeneral Amerika Mark Clark menjadi panglima baru dan kumpulan tentera darat ini telah dinamakan semula sekali lagi kepada Kumpulan Tentera Darat Ke-15. Tentera Paksi di Itali akhirnya dikalahkan dalam Penyerangan musim bunga 1945 di Itali dan meletakkan senjata pada bulan Mei.
Pada 5 Julai, Kumpulan Tentera Darat Ke-15 telah disusun semula dan dibentuk semula sebagai Angkatan Pendudukan Austria A.S. Markas Ketumbukan Kor II, Divisyen Ke-11 Armor, Divisyen Ke-42 Infantri dan Divisyen Ke-65 Infantri, yang sebelum ini ditugaskan kepada Tentera Darat Ketiga A.S. dan Kumpulan Tentera Darat Ke-12, telah ditugaskan pada 6 Julai kepada Angkatan Pendudukan Austria AS yang baru dibentuk, yang mana panglimanya ialah Jeneral Mark Clark.
Senarai tempur bagi Kumpulan Tentera Darat Ke-15, Ogos 1944
- Kumpulan Tentera Darat Ke-15 - (Jeneral Sir Harold Alexander)
- Tentera Darat Kelapan British - (Leftenan Jeneral Sir Oliver Leese)
- Kor V British (Leftenan Jeneral Charles Keightley)
- Fail:1ukdiv.svg Divisyen Pertama Armor British - (Mejar Jeneral Richard Hull)
- Divisyen Ke-4 Infantri British - (Mejar Jeneral Alfred Dudley Ward)
- Fail:Indian4DivBadge.JPG Divisyen Ke-4 Infantri India - (Mejar Jeneral Arthur Holworthy)
- Divisyen Ke-46 Infantri British - (Mejar Jeneral John Hawkesworth)
- Divisyen Ke-56 Infantri British - (Mejar Jeneral John Yeldham Whitfield)
- Briged Ke-25 Kereta Kebal British
- Kor I Kanada - (Leftenan Jeneral E. L. M. Burns)
- Kor II Poland - (Leftenan Jeneral Władysław Anders)
- Divisyen Ke-3 Carpathian Infantri - (Mejar Jeneral Bronisław Duch)
- Divisyen Ke-5 Kresowa Infantri - (Mejar Jeneral Nikodem Sulik)
- Briged Ke-2 Armor Poland
- Kor X British - (Leftenan Jeneral Sir Richard McCreery)
- Kor V British (Leftenan Jeneral Charles Keightley)
- Tentera Darat Kelima A.S. - (Leftenan Jeneral Mark W. Clark)
- Kor II AS - (Mejar Jeneral Geoffrey Keyes)
- Divisyen Ke-34 Infantri - (Mejar Jeneral Charles L. Bolte)
- Divisyen Ke-88 Infantri - (Mejar Jeneral John E. Sloan)
- Divisyen Ke-91 Infantri - (Mejar Jeneral William G. Livesay)
- Kor IV AS - (Mejar Jeneral Willis D. Crittenberger)
- Divisyen Ke-6 Armor Afrika Selatan - (Mejar Jeneral Evered Poole)
- Divisyen Ke-85 Infantri - (Mejar Jeneral John B. Coulter)
- Divisyen Ke-92 Infantri - (Mejar Jeneral Edward Almond)
- Pasukan Tempur Rejimen Ke-442 - (Kolonel Virgil R. Miller)
- Divisyen Pertama Brazil - (Mejar Jeneral Mascarenhas de Morais)
- Divisyen Ke-10 Gunung - (Mejar Jeneral George Price Hays)
- Kor XIII British - (Leftenan Jeneral Sidney Kirkman)
- Divisyen Pertama Infantri British - (Mejar Jeneral Charles Loewen)
- Divisyen Ke-6 Armor British - (Mejar Jeneral Horatius Murray)
- Fail:Indian8DivWWIIBadge0001.jpg Divisyen Ke-8 India Infantri - (Mejar Jeneral Dudley Russell)
- Simpanan Kumpulan Tentera Darat
- Divisyen Pertama Armor AS - (Mejar Jeneral Vernon Prichard)
- Kor II AS - (Mejar Jeneral Geoffrey Keyes)
- Tentera Darat Kelapan British - (Leftenan Jeneral Sir Oliver Leese)