Lembaga Pembangunan Sastera Perak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari LEPAS)
Jump to navigation Jump to search

Lembaga Pembangun Sastera Perak (LEPAS) ditubuhkan pada 23 Mac 1951 di Central Malay School, Kuala Kangsar, Perak. Seramai 33 orang penulis, guru-guru dan peniaga dari seluruh negeri Perak hadir. Perjumpaan ini hasil usaha Cikgu Omar Nordin dan rakan-rakan.Jawatankuasa sementara dibentuk :

  1. Ketua -Khalid Abas bin Adam
  2. Wakil Ketua -Sariah binti Rashid
  3. Setiausaha -Mohd Asri bin Haji Muda
  4. Penolong Setiausaha -Omar Nordin
  5. Bendahari Cikgu Ghazali bin Duyup
  6. Jawatankuasa -Haji Abdul Samad Noh, Cikgu Habsah Rajis, Cikgu Raja Azizah binti Raja Lop, Abdullah Sani
  7. Pemeriksa Kira-kira -Cikgu Hashim Nor, Che Nordin.

Perlembagaan Lepas diluluskan dalam mesyuarat agung LEPAS yang pertama pada 3 Ogos 1951. Pengerusi mesyuarat ialah Raja Kamarulbahrin, Nazir Sekolah-Sekolah Melayu.

Perubahan jawatankuasa :

  1. Ketua -Khalid Abbas bin Adam
  2. Wakil Ketua -Hajjah Sakinah binti Djunaid
  3. Setiausaha -Mohd Asri bin Haji Muda
  4. Penolong Setiausaha -Omar bin Nordin
  5. Bendahari - Mohd Daud Yatimy
  6. Setiausaha Penerangan dan Persuratan -Cikgu A. Aziz bin Sulaiman
  7. Setiausaha Penerbitan -Haji Fadhil Khalid
  8. Setiausaha Syarahan dan Perbahasan -Cikgu Ibrahim
  9. Pemeriksa Kira-kira -Cikgu Hairi, Cikgu Habsah Rajis.
  10. Penaung : DYMM Raja Perempuan, Raja Taayah.

Pendaftaran ialah no 43 ,Perak. Seramai 3 wakil dan seorang pemerhati dihantar menghadiri Kongres Persuratan Melayu SeMalaya di Sea View Hotel Singapura pada 12-19 April 1952. Mereka ialah Khalid Abbas, Mohd Asri Haji Muda, Haji Fadhil Khalid, Mohd Daud Yatimy sebagai pemerhati.

Setiausaha LEPAS Mohd Asri terpilih menjadi Jawatankuasa Penyiasat mengenai tulisan rumi dan jawi yang digunakan oleh masyarakat dan jabatan-jabatan kerajaan di utara Malaya. Bagaimanapun di Pulau Pinang dan Seberang Perai diserahkan kepada ASAS UTAMA manakala di Kedah dan Perlis kepada Lembaga Pembangun Bahasa Melayu (LPBM).

Cikgu Harun Aminurrashid dan penolongnya ialah Cikgu Mahmud Ahmad, Setiausaha Kamaluddin Mohamad (Keris Mas) dan Penolong Setiausaha Ramli A. Hadi. Cikgu Buyong Adil sebagai Jawatankuasa di Borneo Utara dan Singapura. Cikgu Yusof Harun - selatan Malaya. Abdul Samad Idris - barat Malaya dan Che Ahmad Woojdy - timur Malaya.

Tujuan[sunting | sunting sumber]

Antara tujuan penubuhan LEPAS ialah :

  1. Mempertinggi dan memperluaskan bahasa dan kesusasteraan Melayu
  2. Mempelajari dan memperdalam aliran fikiran yang membawa kepada kemajuan bangsa dan agama dengan mengadakan perpustakaan, penerbitan, perbahasan, syarahan dan sebagainya
  3. Memperlindungi dan mempertahankan hak serta kepentingan ahlinya.

"LEPAS ini berdasarkan PERIKEMANUSIAAN"

Ketika Kongres Persuratan di Singapura, LEPAS telah mencadangkan supaya ditubuhkan sebuah gabungan yang terdiri daripada badan-badan persuratan Malaya (seperti GAPENA sekarang). Lepas mencadangkan slogan "Bahasa Jiwa Bangsa" sebagaimana Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hari Sastera 80 diadakan di Ipoh, Taiping dan Pulau Pangkor. Antara yang terlibat ialah Fahmi Kassim (Setiausaha 2), Yusof Bakar (Pengerusi Lawatan Kebudayaan ke Taiping) dan Abdul Halim bin Mat Awin (Pengerusi Lawatan ke Pulau Pangkor).

LEPAS menentang kuat penubuhan Ikatan Persatuan Penulis Perak (IPPP) pada 1970-an .Ini kerana LEPAS mempunyai wakil dari Kuala Kangsar, Taiping, Padang Rengas, Manong, Ipoh dan Kampar. Ibu pejabat terletak di Kuala Kangsar. Rayuan Prof Tan Sri Ismail Hussein agar IPPP diterima, akhirnya dihormati.

Pemimpin LEPAS dan GAPENA mengadakan rombongan keluar negara seperti ke Kunming, Madagaskar , Afrika Selatan, Mindanao, Pontianak, Singkawang ,Sambas Langsa, Lhokseumawe, Sigli dan Banda Aceh. Rombongan juga pergi ke Moscow dan St Petersburg, Pekan Baru, Batam, Pulau Rempang, Pulau Penyengat, Tanjung Pinang dan Pulau Daik di Riau. Semua perbelanjaan ke luar negara dibiayai sendiri. [1]

turut mengambil bahagian dalam Malam Puisi Sastera dan Alam pada 323 April 2011 yang bertema alam sekitar yang lestari di SRZ Resort, Kati, Kuala Kangsar.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]