Abdul Samad Idris

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Abdul Samad Idris

Tan Sri Datuk Abdul Samad Idris dilahirkan di Kampung Bukit Tempurung, Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 23 Oktober 1923. Beliau adalah seorang ahli politik, budayawan, sejarawan dan penulis yang prolifik. Beliau mula menulis pada tahun 1945 ketika menjadi wartawan akhbar 'Majlis' dan 'Utusan Melayu'.

Berkempen di Sarawak[sunting | sunting sumber]

Sekitar tahun 1962, Abdul Samad Idris perfi berkempen di seluruh negeri Sarawak agar penduduk di sana menyokong kemasukan Sarawak menyertai Malaysia. Beliau turut disertai oleh Mohamed Ghazali Jawi. Mereka mengharung arus Sungai Sarawak bagi membawa ketua masyarakat yang berpengaruh menghilir sungai ke Kuching.[1]

Pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Dalam Pilihan raya umum Malaysia 1969 , Abdul Samad Idris menang bertanding di DUN Seri Menanti.Selepas memenangi kawasan Seri Menanti, beliau dilantik sebaga Timbalan Menteri Besar Negeri Sembilan. Dalam Pilihan raya umum Malaysia 1969, Abdul Samad Idris bertanding di parlimen Kuala Pilah menggantikan Datuk Bahaman Samsudin.

Menteri Besar Negeri Sembilan[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah menjadi Timbalan Menteri Besar Negeri Sembilan. Selepas beliau jawatan itu dimansuhkan.Ketika itu Menteri Besar ialah Dr Muhd Said.Dalam pilihan raya 1969, Dr Muhd Said yang direkomen oleh rakan-rakannya menjadi Menteri Besar telah meletak jawatan Menteri Besar. Beliau memberi alasan mahu menumpukan kerjayanya sebagai doktor perubatan di kliniknya. Kerajaan pusat telah membawa orang baru iaitu Mansor Othman seorang eksekutif syarikat Shell di Port Dickson bertanding dalam pilihan raya.

Pernah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan pada tahun 1970-an. Selepas persaraannya Tan Sri A. Samad Idris terus aktif dalam bidang penulisan terutamanya mengenai adat dan budaya di Negeri Sembilan. Beliau juga aktif membantu anak-anak seni dalam dunia perfileman melalui jawatannya sebagai Pengerusi Finas.

Tan Sri Dato' A. Samad Idris meninggal dunia pada tahun 2003.

Hasil karya[sunting | sunting sumber]

  • Biogarafi Tan Sri Abdul Samad Idris oleh Dharmala N.S./Abdul Muluk bin Daud, Penyelidikan Budaya Muzium Negeri Sembilan, 2003
  • Adat Merentas Zaman - Tan Sri A Samad Idris[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Penyandang Terdahulu Menteri Besar Negeri Sembilan
 ???? – 1969
Penyandang Kemudian
Dato' Dr. Mohd Said bin Muhammad Dato' Mansor bin Othman