Pergi ke kandungan

Pulau Pangkor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pulau Pangkor merupakan pulau ketiga terbesar terletak di negeri Perak, Malaysia di perairan Selat Melaka. Luasnya cuma 2,200 hektar dan penduduknya berjumlah kira-kira 25,000 orang. Pulau Pangkor merupakan salah satu destinasi pelancongan utama di Malaysia. Pulau Pangkor boleh diterokai dengan berjalan kaki, atau menggunakan kenderaan darat seperti menaiki teksi Pangkor, kereta atau motosikal. Sekelilingnya sesuai untuk aktiviti laut seperti berenang, snorkeling, berkayak, dan memancing.

Pada 1 Januari 2020, Pulau Pangkor telah diisytiharkan sebagai Pulau Bebas Cukai atas titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Perak Darul Ridzuan.[1]

Pulau Pangkor merupakan antara salah satu kawasan di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Manjung. Setelah ia diisytiharkan sebagai pulau bebas cukai, satu unit khusus Unit Pengurusan Pulau Bebas Cukai (UPPBC) telah ditubuhkan pada 1 Julai 2022 yang berperanan mengurus segala perkara di Pulau Pangkor termasuk pembangunan, perancangan, promosi dan pelancongan.

Pulau Pangkor terkenal sejak sekian lama dengan peninggalan sejarah antaranya adalah campur tangan Inggeris dengan kesultanan Tanah Melayu suatu ketika dahulu; Perjanjian Pangkor.

Kubu Kota Belanda, 2008

Cara ke Sana

[sunting | sunting sumber]
Jeti Pulau Pangkor
  • Perjalanan dari Kuala Lumpur, melalui Lebuh raya Utara Selatan, diikuti susur keluar Gopeng dan masuk ke arah Lumut/Sitiawan.
  • Juga boleh menggunakan Lebuh raya Kuala Lumpur - Kuala Selangor, diikuti susur keluar Kuala Selangor dan menggunakan laluan FR5 (Jalan Teluk Intan- Klang), and masuk semula ke WCE untuk ke Lumut/ Sitiawan.
  • Perjalanan dari Ipoh ke Pulau Pangkor mengambil masa selama kurang lebih 1 jam atau sejauh 90 km Barat daya bandar Ipoh dengan mengguanakan Lebuh raya Ipoh-Lumut atau Lebuhraya Pantai Barat. Untuk memasuki Pulau Pangkor, perlulah melalui jalan air iaitu dengan menaiki feri. Terdapat sebuah jeti awam di Lumut dengan waktu perjalanan selama 30 minit.
  • Terdapat satu lagi jeti kompleks di Marina Island Pangkor dengan waktu perjalanan selama 15 minit.
  • Tambang feri dikenakan sebanyak RM20.00 untuk dewasa dan RM10.00 untuk kanak-kanak bagi dua hala.
  • Terdapat Jalan Udara iaitu dengan menaiki Kapal terbang Berjaya Air dari Lapangan Terbang Subang. (2023: beroperasi untuk penggunaan persendirian sahaja).
  • Untuk mengelilingi Pulau Pangkor, boleh menaiki Teksi Pangkor dengan kadar RM40.00~ RM80.00 bagi pusingan satu pulau.

Kumpulan Etnik

[sunting | sunting sumber]

Pangkor mempunyai jumlah penduduk seramai 11,264 orang dan merupakan salah sebuah pulau berpenghuni di Malaysia yang mempunyai majoriti penduduk berbangsa Cina. Kaum Cina merangkumi 54% daripada keseluruhan penduduk, diikuti oleh Melayu (38%) dan India (8%). Penduduk Pulau Pangkor tertumpu di beberapa petempatan utama, iaitu Pekan Pangkor yang terdiri daripada 54% Cina, 25% Melayu dan 21% India; Sungai Pinang Besar (54% Cina, 41% Melayu, 5% India); Sungai Pinang Kechil, sebuah petempatan yang didominasi oleh masyarakat Cina dengan 94% Cina, 5% Melayu dan 1% India; serta Telok Gedong, yang merupakan petempatan majoriti Melayu dengan 99% Melayu dan 1% India. Komposisi ini menjadikan Pangkor sebagai salah sebuah pulau berpenghuni di Malaysia yang mempunyai majoriti penduduk Cina, di samping mengekalkan komuniti Melayu dan India yang signifikan di beberapa kawasan.

Tempat-tempat menarik

[sunting | sunting sumber]

Gugusan Pulau Pangkor

[sunting | sunting sumber]

Draf Perancangan

[sunting | sunting sumber]

Draf Rancangan Tempatan Pulau Pangkor (DRTPP) dilaksanakan mengikut Seksyen 12 (1) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976.

Zon Pembangunan

[sunting | sunting sumber]
  • zon pembangunan pelancongan
  • zon pengekalan
  • zon pembangunan terhad
  • zon pelancongan budaya
  • zon pembangunan bercampur
  • lapangan terbang
  • sungai/laut
  • jalan raya, trek pejalan kaki dan kontor.

Lima Kawasan Perancangan

[sunting | sunting sumber]

Kawasan Rancangan Tempatan Pulau Pangkor meliputi lima blok perancangan, iaitu:

  • Teluk Dalam
  • Teluk Cempedak
  • Sungai Pinang
  • Teluk Segadas
  • Pangkor Laut.

Guna tanah

[sunting | sunting sumber]

Hanya 30% daripada kawasan DRTPP akan dimajukan menjelang tahun 2015 dan selebihnya dikekalkan sebagai kawasan hutan simpan.

  • perdagangan dan pelancongan 14.35%
  • perumahan 11.09%,
  • Pembangunan perdagangan termasuk rumah kedai, pejabat, kompleks perdagangan, pusat makanan dan gerai.
  • Pembangunan pelancongan termasuk hotel, chalet, rumah tumpangan, kedai cenderamata dan sebagainya.

Kemudahan awam

[sunting | sunting sumber]
  • Di Teluk Dalam akan dibina pondok polis, perumahan kakitangan kerajaan dan pusat penerangan pelancongan. Teluk Dalam sebagai Bandar Marina.
  • Di Sungai Pinang akan dibina pejabat penghulu, perpustakaan dan hospital.
  • Teluk Nipah dimajukan sebagai Pusat Perkhidmatan Baru

Komponen-komponen yang akan dimajukan di kedua-dua kawasan ini termasuklah kawasan perniagaan, pusat kebudayaan, kraftangan, hotel, pusat persidangan, pusat pameran maritim dan sebagainya.

  • Hutan Simpan Pulau Pangkor - dimajukan sebagai eko-pelancongan dan hutan lipur. Diadakan pusat maklumat, rintis hutan iaitu taman tumbuh-tumbuhan dan herba. Kemudahan di hutan lipur seperti trek pejalan kaki, titi gantung, menara pandang, kemudahan berehat, musalla, tandas awam, papan penamaan pokok dan sebagainya akan dimajukan.
  • Teluk Chempedak dijadikan pusat kraf tangan, hasilan laut, makanan ringan serta produk pelancongan yang diusahakan secara kecil-kecilan. Perusahaan membaik pulih bot nelayan dan kapal.

Lawatan Raja Nazrin Shah

[sunting | sunting sumber]

Pada 19 Februari 2010, Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Muizzuddin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah melawat ke Pulau Pangkor bersama Raja Puan Besar Perak Tuanku Zara Salim Davidson. Baginda pergi ke Sekolah Kebangsaan Sri Pangkor di Kampung Masjid dan sembahyang di Masjid Teluk Raja Bayang dan menghadiri majlis sambutan Tahun Baru Cina di Dataran Pangkor.

Turut serta ialah Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Kong Cho Ha dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  1. Mohd Iskandar Ibrahim (Oktober 27, 2017). "Pulau Pangkor diisytihar pulau bebas cukai". Pulau Pangkor diisytihar pulau bebas cukai.