Lalat (buruj)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Untuk genus biologi Musca, sila lihat Musca (genus). Untuk kampung Muşca di Romania, sila lihat Lupşa.
Buruj
Musca
Nama Latin Musca
Singkatan Mus
Genitif Muscae
Sebutan
  • /muska/
  • genitif /muse/
Simbolisme Lalat
Pencerapan
(Epok J2000)
Jarak hamal 11j 19.3m hingga 13j 51.1m[1]
Keserongan −64.64° hingga −75.68°[1]
Sukuan SQ3
Keluarga Bayer
Keluasan 138 darjah persegi (ke-77)
Bintang
Bintang utama 6
Bintang Bayer/Flamsteed 13
Bintang dengan planet 3
Bintang terang (lebih daripada 3.00m) 1
Bintang dalam 10.00 pc
(32.62 ly)
1
Bintang paling terang α Mus (2.69m)
Bintang terhampir LP 145-141
(15.07 tc, 4.62 pc)
Objek
Objek Messier Tiada
Buruj bersempadan
Nota
Boleh dilihat pada garis lintang antara +10° dan −90°.
Penglihatan terbaik pada 21:00 (9:00 malam) ketika bulan Mei.
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Lalat atau Musca (Mus) ialah sebuah buruj kecil di langit lepas selatan. Buruj ini merupakan salah sebuah daripada dua belas buah buruj yang dicipta oleh Petrus Plancius daripada pencerapan oleh Pieter Dirkszoon Keyser dan Frederick de Houtman dan pertama kali muncul pada glob samawi bergaris tengah 35 cm (14 in) yang diterbitkan pada 1597 (atau 1958) di Amsterdam oleh Plancius dan Jodocus Hondius. Gambaran pertama buruj ini dalam atlas samawi adalah dalam Uranometria oleh Johann Bayer pada 1603. Buruj ini juga dikenali sebagai Lebah atau Apis selama dua ratus tahun atau juga Lalat Selatan atau Musca Australis. Musca kekal di bawah ufuk bagi kebanyakan pencerap dari Hemisfera Utara.

Banyak bintang cerah buruj ini merupakan anggota Sekutuan Kala–Sentaur, sekelompok longgar bagi bintang-bintang biru-putih panas yang kelihatan mengongsi asal usul dan pergerakan sepunya di sepanjang Bimasakti. Ini termasuk Alpha, Beta, Gamma, Zeta2 dan (mungkin sekali) Eta Muscae, serta HD 100546, sebuah Bintang Ae/Be Herbig biru-putih yang dikelilingi oleh sebuah cakera puing kompleks yang mengandungi sebuah planet atau kerdil perang dan protoplanet mungkin. Dua sistem bintang lanjut telah ditemui mempunyai planet. Buruj ini juga mengandungi dua buah bintang berubah Cepheid yang boleh dilihat dengan mata kasar. Theta Muscae ialah satu sistem bintang kembar tiga, yang anggota tercerahnya ialah bintang Wolf–Rayet.

Catatan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan boundary tidak disediakan
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "Horvatin" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Media berkenaan Lalat (buruj) di Wikimedia Commons

Templat:Bintang dalam Musca

Koordinat: Peta langit 12h 27m 36s, −70° 20′ 24″