Feniks (buruj)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Phoenix
Buruj
Phoenix
Nama LatinPhoenix
SingkatanPhe
GenitifPhoenicis
Sebutan
  • /feniks/
  • genitif /fenisis/
SimbolismeFeniks
Pencerapan
(Epok J2000)
23j 26.5m hingga 02j 25.0m[1]
Keserongan−39.31° hingga −57.84°[1]
SukuanSQ1
KeluargaBayer
Keluasan469 darjah persegi (ke-37)
Bintang
Bintang utama4
25
Bintang dengan planet
10
Bintang terang (lebih daripada 3.00m)
1
Bintang dalam 10.00 pc
(32.62 ly)
1
Bintang paling terang
α Phe (Ankaa) (2.40m)
Bintang terhampirGliese 915
(27.24 tc, 8.35 pc)
Objek
Objek Messier0
Pancuran meteor
Buruj bersempadan
Catatan
Boleh dilihat pada garis lintang antara +32° dan −80°.
Penglihatan terbaik pada jam 21:00 (9:00 malam) ketika bulan November.
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Feniks atau Phoenix (Phe) ialah sebuah buruj kecil di langit selatan. Dinamai sempena feniks dalam mitos, buruj ini pertama kali digambarkan dalam sebuah atlas samawi oleh Johann Bayer dalam karyanya pada 1603, Uranometria. Penjelajah dan ahli astronomi Perancis, Nicolas Louis de Lacaille, mencartakan bintang-bintang lebih cerah dan memberi bintang-bintang itu designasi Bayer pada 1756. Buruj ini menganjur kasar-kasar dari sudut istiwa −39° hingga −57°, dan dari 23.5h hingga 2.5h jarak hamal. Buruj-buruj Phoenix (Feniks), Grus (Keria), Pavo (Merak) dan Tucana (Burung Tukang), dikenali sebagia Burung-burung Selatan.

Bintang tercerahnya, Alpha Phoenicis, dinamai Ankaa, sepatah kata bahasa Arab yang bermaksud "feniks". Bintang ini ialah sebuah raksasa jingga bermagnitud ketara 2.4. Yang seterusnya ialah Beta Phoenicis, sebenarnya merupakan satu sistem bintang dedua yang terdiri daripada dua buah raksasa kuning dengan magnitud ketara gabungan sebanyak 3.3. Nu Phoenicis mempunyai cakera debu, sementara buruj ini mempunyai sepuluh sistem bintang dengan planet yang diketahui dan gugusan-gugusan galaksi yang baru-baru ini ditemui El Gordo dan Gugusan Feniks—terletak sejauh 7.2 dan 5.7 bilion tahun cahaya masing-masing, dua daripada objek-objek terbesar di alam semesta boleh cerap. Phoenix bersinar dengan dua pancuran meteor tahunan: Pancuran Feniks pada Disember, dan Pancuran Feniks Julai.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Kategori berkenaan Feniks (buruj) di Wikimedia Commons

  1. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan boundary tidak disediakan

Templat:Bintang dalam Phoenix

Koordinat: Peta langit 00h 00m 00s, −50° 00′ 00″