Singa Kecil (buruj)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Leo Minor
Buruj
Leo Minor
Nama LatinLeo Minor
SingkatanLMi
GenitifLeonis Minoris
Sebutan/leon minor/,
genitif /lenonis minoris/
SimbolismeSinga Kecil
Pencerapan
(Epok J2000)
9j 22.4m hingga 11j 06.5m
Keserongan22.84° hingga 41.43°[1]
SukuanNQ2
KeluargaUrsa Major
Keluasan232 darjah persegi (ke-64)
Bintang
Bintang utama3
34
Bintang dengan planet
3
Bintang terang (lebih daripada 3.00m)
0
Bintang dalam 10.00 pc
(32.62 ly)
0
Bintang paling terang
46 LMi (Praecipua) (3.83m)
Bintang terhampir11 LMi
(36.46 tc, 11.18 pc)
Objek
Objek Messier0
Pancuran meteor
Buruj bersempadan
Catatan
Boleh dilihat pada garis lintang antara +90° dan −45°.
Penglihatan terbaik pada jam 21:00 (9:00 malam) ketika bulan April.
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Singa Kecil, Asad Kecil, atau Leo Minor (LMi) ialah sebuah buruj kecil dan malap di hemisfera samawi utara. Namanya dalam bahasa Latin bermaksud "singa (lebih) kecil", berlawanan dengan Leo (Singa), singa (lebih) besar. Buruj ini terletak di antara Ursa Major (Beruang Besar) yang lebih besar dan lebih mudah kecam ke utara dan Leo (Singa) ke selatan. Leo Minor tidak dianggap sebagai buruj terpisah oleh ahli astronomi klasik; buruj ini didesignasi oleh Johannes Hevelius pada 1687.[2]

Terdapat 37 buah bintang yang lebih cerah daripada magnitud ketara 6.5 dalam buruj ini; tiga buah bintang adalah lebih cerah daripada magnitud 4.5. 46 Leonis Minoris, sebuah raksasa jingga bermagnitud 3.8, terletak kira-kira 95 tahun cahaya dari Bumi. Pada magnitud 4.4, Beta Leonis Minoris ialah bintang kedua tercerah dan satu-satu bintang dalam buruj ini dengan designasi Bayer. Bintang ini ialah bintang dedua, yang komponen lebih cerahnya ialah sebuah raksasa jingga dan yang lebih malap ialah bintang jujukan utama kuning-putih. Bintang ketiga tercerah ialah 21 Leonis Minoris, sebuah bintang jujukan utama putih cepat berputar bermagnitud putara 4.5 Buruj ini juga menyertakan dua buah bintang dengan sistem planet, dua pasang galaksi bersaling tindak, dan objek langit lepas yang unik, Voorwerp Hanny.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Kutipan

Sumber

Sumber dalam talian

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Bintang dalam Leo Minor

Koordinat: Peta langit 10h 00m 00s, +35° 00′ 00″