Antinous (buruj)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Buruj Antinous (bawah) dan Helang ("Adler" dalam bahasa Jerman). Daripada Vorstellung der Gestirne oleh Johann Bode (1782)

Antinous merupakan buruj lapuk yang tidak lagi digunakan oleh ahli falak dimana ia telah digabungkan menjadi buruj Helang (Aquila) dan ia bersempadan di Utara.

Buruj ini direka oleh maharaja Hadrian pada 132. Menurut legenda, ahli ramal memberitahu Hadrian bahawa kematian orang yang paling disayanginya akan menyelamatkannya daripada bahaya besar. Adalah pasti bahawa Antinous, lelaki kacak yang disayangi oleh Hadrian mati, ketika menyelamatkan maharaja itu daripada lemas di sungai Nil. Bagi memperingati Antinous, Hadrian mengenal pasti asterisme di langit dengan Antinous.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Tycho Brahe pada asalnya diberi kredit untuk mencipta Antinous, tetapi penemuan semasa termasuklah daripada glob samawi oleh jurupeta Caspar Vopel pada 1536 yang mengandungi Antinous[1][2] menunjukkan Brahe hanya mengukur langit dengan tradisi kontemporari dan memutuskan untuk memberikan Antinous jadual yang berasingan dalam katalog bintangnya.[3]

Pada zaman moden berikutnya, Antinous telah pun dianggap sebagai asterisme dalam buruj Helang atau sebagai buruj yang berasingan, sehinggalah Kesatuan Astronomi Antarabangsa membuangnya apabila memformalkan buruj pada tahun 1930.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Star Tales — Antinous oleh Ian Ridpath
  2. ^ An Outline Sketch of the Origin and History of Constellations and Star-Names oleh Gary D. Thompson, carian untuk "Antinous"
  3. ^ Tycho B., (ed.) "Stellarum Inerrantium Plurimarum et Praecipuarum...", Astronomiae Instauratae Progymnasmata, Uraniburgi Daniae, 1602, p. 269 l.
    Kepler, J., (ed.) "Catalogus Stellarum Fixarum, Mille ex Accuratis...", Tabulae Rudolphinae, Pragae Bohemiae, 1627, p. 108.[1] (oleh Kepler, Brahe, Bartsch di Universitätsbibliothek Kiel scan, masukkan 257 dalam kotak teks dan tekan "Zu Zeite..."!)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]