Beruang Kecil (buruj)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Buruj
Ursa Minor
Nama Latin Ursa Minor
Singkatan UMi[1]
Genitif Ursae Minoris[1]
Sebutan /ursa minor/,
genitif /urse minoris/
Simbolisme Beruang Kecil[1]
Pencerapan
(Epok J2000)
Jarak hamal 15
Keserongan +75
Sukuan NQ3
Keluarga Beruang Besar
Keluasan 256 darjah persegi (ke-56)
Bintang
Bintang utama 7
Bintang Bayer/Flamsteed 23
Bintang dengan planet 4
Bintang terang (lebih daripada 3.00m) 3
Bintang dalam 10.00 pc
(32.62 ly)
0
Bintang paling terang Polaris[2] (1.97m)
Bintang terhampir UU UMi
(42.60 tc, 13.06 pc)
Objek
Objek Messier 0
Pancuran meteor Pancuran Beruang
Buruj bersempadan Draco (Naga)
Camelopardalis (Zirafah)
Cepheus
Nota
Boleh dilihat pada garis lintang antara +90° dan −10°.
Penglihatan terbaik pada 21:00 (9:00 malam) ketika bulan Jun[2].
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Beruang Kecil atau Ursa Minor (UMi) ialah sebuah buruj di langit utara. Seperti Beruang Besar, ekor Beruang Kecil juga boleh dilihat seperti tangkai senduk, maka ada nama Gayung Kecil. Buruj ini merupakan salah sebuah daripada 48 buah buruj yang disenaraikan oleh ahli astronomi abad ke-2, Ptolemy, dan kekal sebagai salah sebuah daripada 88 buah buruj moden/ Ursa Minor adalah ketara kerana lokasi kutub samawi utara, tetapi ini akan berubah selepas beberapa abad oleh sebab liukan ekunikos.

Polaris, bintang tercerah dalam buruj ini, ialah sebuah raksasa super kuning-putih dan bintang berubah Cepheid tercerah di langit malam, berjulat daripada magnitud ketara 1.97 hingga 2.00. Beta Ursae Minoris, juga dikenali sebagai Kochab, hanyalah sedikit lebih malap, dengan magnitud ketara sebanyak 2.08. Sebuah bintang menua yang telah mengembang dan menyejuk menjadi sebuah gergasi jingga, bintang ini dijumpai pada 2014 dengan sebuah planet yang mengorbitnya. Bintang ini dan Gamma Ursae Minoris bermagnitud 3 telah dipanggil 'penjaga-penjaga bintang kutub'. Tiga lagi sistem bintang lain telah ditemui mengandungi planet.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

Kutipan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Ursa Minor." International Astronomical Union – The Constellations <https://www.iau.org/public/themes/constellations/>.
  2. ^ a b "Ursa Minor." Jabatan Astronomi. Universiti Wisconsin-Madison, 1995. Web. 3 Januari 2015.<http://www.astro.wisc.edu/~dolan/constellations/constellations/Ursa_Minor.html>.

Teks kutipan[sunting | sunting sumber]

  • Wagman, Morton (2003). Lost Stars: Lost, Missing and Troublesome Stars from the Catalogues of Johannes Bayer, Nicholas Louis de Lacaille, John Flamsteed, and Sundry Others. Blacksburg, Virginia, Amerika Syarikat: The McDonald & Woodward Publishing Company. ISBN 978-0-939923-78-6. 

Templat:Bintang dalam Ursa Minor

Koordinat: Peta langit 15h 00m 00s, +75° 00′ 00″